24 June 2015

Sambal Tumis Udang



Assalamualaikum,

Memandangkan ada yang tanya macam mana sambal udang aku kehitaman warnannya. adakah ada letak kicap atau sebarang pewarna tiruan yang menjadikan sambal aku sebegitu rupa.Macam mana cara nak sediakan dan ape ramuan rahsia. hoihoi..hagak-hagak lah takda ramuan rahsia der. Heheh.. am not the expertise dalam bidang masakan, tapi yang pasti aku suka memasak. Memasak apa saja yang tergerak diminda. Agak2 tak tahu aku search Mr Google sudah.

So resepi yang aku nak sahre kali ni adalah Sambal Tumis Udang.

Bahan-bahan

Udang bersize sederhana dalam 10 ekor
Bawang besar 2 (satu diblend 1 lagi potong slice)
2 ulas bawang putih (blend)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula melaka
sedikit air asam jawa ikut tahap kemasaman yg korang suka
garam secukup rasa
daun bawang sebagai hiasan dan tambahan rencah

Cara-cara

Goreng udang sekejap dlm minyak sederhana. Toskan letak tepi. (jangan dibuang air udang tadi ok.)
Tumiskan semua bahan kisaran tadi sehingga pecah minyak. Masukkan air perahan asam jawa dah masakkan lagi hingga nampak kering dan garing. Masukkan air lebihan udang yang digoreng tadi. garam secukup rasa . Dan masukkan bawang slice dan juga daun bawang kacau rata then SIAP!!!
Senang bukan??

Selamat mencuba!!

Tips : Air lebihan yang goreng udang tadi jangan dibuang tau, guna pakai balik dalam tumisan tadi sebab ia menghasilkan rasa manis yang asli datang dari udang. Udang kan manis. So takdalah korang perlu guna gula pasir untuk hasilkan kemanisan masakan. Atau korang juga boleh tambahkan petai kalau suka ok. (dan esoknya jangan share toilet yer)

 

2 comments:

Mek Ila JV said...

Memang nampak sedap. Ooh, sebab guna gula melaka ye. Bolehlah Mek ila cuba nanti :-)

ComelComot said...

Mek Ila- hihi manis die pun terkawal. Jemput cuba yer nt.

Cuba Klik tengok apa jadi!