11 June 2015

Nasi Goreng Planta dengan Telur dan Sosej Kegemaran Azriel


Nasi Goreng Planta dengan Telur dan Sosej nampak simple tapi rasanya sangat sedapppp...


Kali ni aku nak shared resepi nasi goreng kegemaran azriel yang mana sangat sesuai bagi kanak-kanal satu tahun ke atas. Yer Azriel sukakan nasi.. Dan selalunya bukan nasi putih semata. Kalau boleh nasi nak kena ada perasa. Dan warna. Paling penting kena ada rasa sikit pedas. Iyer awak..awak sume Azriel suka makan pedas. Kalau gulai lemak cili api, kari mamak atau sambal nasi lemak memang dia akan makan bertambah lah jawab nya. Tapi berpadalah nak masak pun kan?? pedas budak apa lah sangat.

So Nasi goreng yang aku maksudkan adalah "Nasi Goreng Planta dengan Telur dan Sosej". Cara tersenang termudah untuk memasak yer. Penyediaan yang sangat ringkas.

Bahan-bahan

1 ulas bawang putih (diketuk)
1ulas bawang merah (cincang nipis)
stgh kiub pati ayam Knorr
1 st cili boh (taknak pun xpe)
3 ketol so9sej ayam (Ramlee) - Potong slice
1sb planta
1 biji telur ayam
2cawan nasi putih.
secubit garam.

Cara-cara;

Panaskan planta sehingga cair dan kemudian tumis bawang merah,putih dan sosej hingga naik bau dan bertukar warna keperangan. Masukkan kiub pati ayam knorr dan gaul rata. kemudian masukkan cili boh masakkan dalam 1 minit atau lebih. masukkan garam semetara tu last sekali masukkan nasi. gaul rata sehinggan sebati dan sekata perasa seluruh nasi kemudian barulah pecahkan telur dan gaul lagi sehingga agak-agak kering garing keemasan nasi tadi. sedia dihidang. mommy pun boleh tumpang makan. hihi 

p/s : suka tengok azriel makan nasi goreng ni semalam, bukan main rancak die mintak tambah. 3kali tambah = 3 senduk. Budak umur 2 tahun punya selera. Syukur alhamdulillah anak mommy sihat bagai johan.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!