16 June 2015

Ikan kembong masak stim dari SDTKC


Aku bukanlah tukang masak yang paakar untuk menyiapkan juadah yang superb!! bagi aku apa yang teringin dek tekak, insyaAllah aku akan cuba usahakan belajar. Zaman dah maju. Segalanya terlalu mudah untuk di kenali dan diketahui. Apa susah Mr Google kan hado.

So Resepi kali ni adalah kembong masak stim. Actually kalau korang nak pakai ikan ape sekalipun ikut suka lah, masing-masing punya selera. Kenapa aku guna kembong tak guna jelawat ke kerapu atau bawal?? jawapan adalah sangat simple. Aku tak makan ikan besar dan paling utama aku hanya makan ikan kembong. Tapi sekarang dah blaja mkn ikan tongkol.. Lagi-lagi dalam masakan singgang atau gulai nasi dangan perghh!!boleh tahan.. 

Jom berbalik pada resepi stim aku ni.. Jangan korang baca naik stim lak.. haipp.. notty. Ini adalah pertama kali aku masak stim. Mana dapat resepi?? Google sudah.. Senang ngupanya masak stim ni ek.. so 

Bahan-bahannya

Ikan kembong 2 ekor (size sederhana)
1 biji asam boy @ gantikan dengan 1sk gula
halia (size ibu jari (racik)
garam secukup rasa
Serai 2 batang (diketuk)
2 helai daun limau purut
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sb pati limau 
1 sb Sos ikan
3 helaian daun ketumbar
1/2 Kiub ayam knor
3 biji cili api (diketuk dan ikut tahap kepedasan)

cara-cara


Sambil-sambil nak bagitahu yang aku dah rasmikan aku punya piyuk baru.. hihi.. baguih betul ek piyuk mahal ni..kagum kejap..


Masukkan semua bahan dan ditutup dididihkan dalam size api sederhana sehingga ikan tadi masak.


Ikan diperap dengan halia dan garam sehingga 10-15minit. Masukkan sedikit air kedalam pan pengukus atau kuali biasa. Masukkan ikan yang diperap tadi. Kira bahan-bahan tadipun dihumbankan sekaliguna seperti gambar diatas. Biarkan dalam api sederhana. Dan mendidih. Rasakan garam gula manis masin sume. Rasa dah yakin. Masak boleh hidang. Siap!! Senang bukan??

2 comments:

abdul rahman faruok said...

kukus ke rebos ni

wong meimot said...

abdul rahman faruok- rebus.. rasanya lagi umphmmmm..

Cuba Klik tengok apa jadi!