Gempa bumi di ranau 5/6/20015 7.15am

by - June 05, 2015




KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.




Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa. Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama.

Sumber berita dari BHonline


P/s : huhu takutnya bila baca berita tentang bencana alam ni. Tak dapat nak gambarkan perasaan mangsa-mangsa korban. Tak dapat nak gambarkan keadaan masa tu. dengan anak kecil dan ahli keluarga. Belum lagi hilang trauma dengan banjir tahun lepas, sekarang gempa bumi. Tulah bumi kita dah tua, dah tak larat nak menampung perubahan yang di buat oleh kaum manusia. Harapan aku semoga mangsa yang berada disekitar kejadian berada dalam keadaan selamat. Terutama sekali keluarga officemate aku Hamizah sebab ibu dia ada kat sana waktu ni.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.