6 May 2015

Weekend with Love 1st May 2015

Cerita cuti sempena labour day. 


Macam biasa, memandangkan jatuh pada hari Jumaat hinggalah membawa ke Isnin depan, Makanya aku ikut en asben balik gemas. Sebabnya parent aku balik Kelantan cuti hari buruh.

Aktiviti kat kampung macam biasalah, selain ulang alik ke pekan gemas, makan nasih ayam gemas dan best part aktiviti adalah melilau 10 kali round ke kedai RM2. Seriously kedai-kedai macam nilah yang akan buat korang jadi giler. Owhhh.. lupa.. aku ni golongan marhaen je. Takda heran der pakai tupperware kedai RM2. Bukan apa kalau ilang rosak ataupun terpecah tak ralat sangat. Betul x? Selalu aku tengok kalau orang pakai tupperware mesti senang orang curi. Hahahahah beli mahal-mahal orang rembat. Tak ke sakit hati dan terkesima tu.Kahkahkah

Tapi bukan itu yang aku nak sembang. Aku nak bagitahu aktiviti yang aku buat sepanjang cuti dan bila aku balik kampung. Hihihi. Selain memperelokkan bilik aku dan jugak, bagi ruang kebebsan kepada hero aku Azriel untuk melasak sepuas hati kat umah nenek dia yang besar bagai istana.

Aktiviti pada hari Sabtu. Along planning pegi lepak mMelaka jalan-jalan cuci mata. Konon katanya nak naik Cruise tepi sungai melaka tu. Tapi haram.. sebab esoknya Wesak Day dan plak cuti panjang , niat tu terbatal di saat akhir bila mana asal kita orang nak lalu je, semua laluan tutup dan plak parking penuh. Stress sepanjang hari hadap Jammed!! giler lah..

Sudahnya last resort kitaorang lepak kat The Big Bad Wolf sebelah bangunan MITC. Time ni seharian au try call dan whatapp kawan kesayangan aku Rai. Tapi harapan hampa. Rai time tu juga tengah duk balik sungai rimba mana tah. Katanya xda line dan bila aku call tak dengar suara aku. Sedih.. Sedangkan hari tu jugak hari lahir dia.

Last skali inilah hasilnya..


Yang berjaya di bawa pulang. Sebenarnya Kebanyakkan buku yang ada kali ni tak berapa menarik minat aku terutama untuk section kanak-kanak. Sama macam tahun lepas dan Azriel memang dah ada buku yang dorang jual tu.



Untuk aku semestinya. Nak mem baking di zaman berstatuskan IBU ni, memang agak sukar. Tapi niat dah ada dan buku jugak dah di beli. Tinggal masa , kelapangan dan kerajinan untuk aku masuk kitchen kacau tepung.





Pillow book comes with sound. tekan je terus bunyi setiap binatang yang ada dalam buku tu. So stakat ni, bila azriel press that "Press to Play" dia akan ikut buat bunyi.




p/s :  1st adalah satu tarikh yang aku takkan lupa walau mati hidup balik. Sebab jari telunjuk aku penah hampir putus kena dawai besi masa tolong pakcik gantung frame gambar. huhu.. sakit masa tu tak leh bayang kot. Sebab aku tak boleh pakai baju inner aku sendiri selama 2 minggu. sedih rasa macam paralyse.  sob..sob.. Tak guna nak ingat sebab skang jari aku dah bersambun g dan berfungsi secara baik.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!