Restoran Nasi Ayam Nana Puncak Jalil.

by - May 10, 2015

Assalamualaikum,,,


Hari ni hujung minggu kebiasaannya aku memang tak perlu masak. So food hunter untuk lunch dah jadi kebiasaan setiap hujung minggu. So harini jugak en suami bawa kitaorang makan tempat baru. Nama kedai ni Restoran Nasi Ayam Nana.

Restoran ini diterajui oleh pemilik cina muslim yang berkolabrasi bersama melayu. Unik bukan?. Lihat saja nama Restorannya. Restoran Nasi Ayam Nana.


Nasi Lemak Nana
Malaysian Restaurant and Asian Restaurant
NO.36,Jalan PUJ 3/2, (Taman Puncak Jalil), Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Waktu operasi : semua hari bukak selain Jumaat cuti.

 
Sememangnya harga yang kebiasaan dan sangat berbaloi baloi (mampu bayar)

Dan kami cuba makan..



 
RM6.90

nama pun nasi ayam kan? harus lah order nasi ayam. Dan rase dan persembahan superb. Macam makan kat Chicken Rice Shop. Sedapp.. macam nasi ayam masyarakat cina gitu. (bukan racism) ek. memang sedap lah. Trade mark nasi ayam ni adalah sambal cili dia. Aku adalah pengemar cili yang sangat hardcore dan sambal nasi ayam dia memang awesome!! siap aku simbah dalam wantan mee aku. uwargghhh.. sedap kot. 


RM6.90

Wantan kicap pilihan aku. portion bersaiz sederhana tapi.. aku tak mampu habiskan sebab bahan dalam hidangan yang pelbagai. Untuk kedua dua pilihan kali ni aku bagi 5 BINTANG*****.

Apa yang menarik tentang restoran ini, bilangan pelanggan yang tak putus-putus, serta pekerja dan tuan kedai ni sangat lah mesra rakyat. Dan lagi mereka sangat rajin untuk bertanya tentang pendapat pelanggan tentang masakan dan juga khidmat yang mereka jalankan. Bagus bukan?? macam ni baru syiok. Siap cakap akan beli pinggan untuk kanak-kanak supa senang untuk kendalikan food antara anak dan mak. mampu?!! keep it up Nasi Ayam Nana. Semoga Tuhan memurahkan rezeki kamu.

Sekitar kedai yang bersih serta lapang. Lebih kepada suasana terbuka dan santai.

Air tak sempat nak snap sebab Azriel dah melalak mintak A.... sedut sampai suku air dalam gelas. Bertuah punya anak.. Dan Fresh orange dia sedap dan gelas sederhana besar.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.