2 May 2015

Kasihnya ibu Membawa ke syurga



Dialah ibu yang paling aku cinta dan sayang. Dulu masa aku kecik memang tak berapa rapat dengan dia. Maklumlah. Aku banyak lebih kepada ayah. Anak ayah katakan. Tapi bila dah besar dah baligh, lagi lagi bila dah berumah tangga, haruslah tiba tiba je rapat dengan mak.

Kasihnya ibuMembawa ke syurgaKasihnya saudaraMasa berada
Berkorban ragaRela binasaBerkorban nyawaTanda kasihnya
Kasihnya ayahSanggupkah berpisahDan kasih anaknyaBerkorban nyawa
Biar pun jiwaAkan tersiksaIkhlas dan relaAsal kau bahagia


Itu kemestian kot bagi semua pompuan la kot. Begitu juga lah aku. Yela masa tulah ko tiba2 rapat dengan mak. Nak tanya resepi masakan lah. Cara cara petua untuk ambil hati mertua. Dan paling penting masalah dalaman kaum wanita. Yela dia kan ibu kita yang dah melalui asam garam lebih dulu dari kita. Apa apa akan berhubunglah secara lansung dan akhirnya menjadi rapat tanpa disangka sangka. Semestinya waktu tu gelaran anak ayah lansung tak di endahkan. Sebab sikit sikit sebarang soalan aku tuju ayah akan cakap " tanyalah mak awak, dia lebih tahu. Nampak tak kuasa veto seorang ibu?!

Mak ni paham segala macam masalah yang aku hadapi, dan dia sebaik mungkin menasihati juga memberi pandangan yang sangat membina. setiap kali aku stress, aku akan hubungi mak. Meluahkan apa yang terbuku. Aku berani jamin, lepas je luah mesti aku akan rasa sangat release. Happy dan tenang. Itulah kuasa seorang ibu. Mak memahami setiap anak anak punya character. Bagi aku dia ibu terbaik yang aku penah ada. Sebabnya setiap kali aku mngadu tentang kekecewaan atau sesuatu yang membebankan aku, mesti dia akan cakap. Sabar Allah tengah duga awak. Jangan mengeluh dengan apa yang awak hadapi sebab ada yg lagi teruk keadaan dan situasi yang Allah bagi kat dorang. Bila mak cakap macam tu. Aku terus terbuka mata hati untuk menerima apa yang mak cakap.

Sekarang mak aku tak berapa sihat. Baru je elok dari keadaan kritikal. Setiap hari lepas waktu keje, aku akan call dia dan kami akan borak sepanjang jalan sampai lah aku jemput Azriel. Itulah rutin aku seharian.. Rindu mak sangat sangat. Harap keadaannya akan pulih seperti sediakala. Yang penting aku nak die segar dan kuat seperti dulu. Tempoh hari aku ada hadiahkan handphone baru kat ayah, maklumlah zaman teknologi skang, teringin juga orang tua kita ada gadget yang mampu menghubungkan anak-anak bersama. walaupun melalui media sesawang fiber optik. Apa lagi ber Whatapps lah ayah dengan girangnya. Tapi teriba mak plak majuk sebab katanya aku sayangkan ayah je sebab belikan hp kat ayah je. kat mak takda. Owhh..taknak kecewakan org tua kita. Aku berjaya belikan satu set hp lagi untuk dia. Korang tahu bila dia dapat tahu yang aku dah berjaya belikan hp baru kat dia. Bukan main girang lagi. Alasan dia nak hp baru dan canggih adalah, untuk memerhatikan anak dan tanya khabar anak dengan lebih rapat walaupun bukan F2F, terima kasih TEKNOLOGI!!! Alhamdulillah nampak mak makin ceria gembira. Oppss... ceria sebab dapat hp baru ek.. hihi..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!