6 March 2015

Pertama kali merasa bawak Atv

Pertama kali merasa naik Atv. Sejujurnya aku mengaku yang aku tak reti bawak basikal. hihi (bagitahu sambil tutup muka). Naik pandah kayuh pun reti. Tapi dari segi balancing. FAIL!! Tah camne lah dorang imbangi badan. Kagum aku di buatnya. Kadang-kadang tengah duk drive on the way balik kerja, mata tercuit untuk mengintai side mirror kereta. Di celah-celah laluan antara kereta dan kereta di tengah-tengahnya adalah motor. Lagi kagum bila tengok pemboceng itu adalah seorang wanita. Weii terernya ko. Mana kau dapat keberanian secekal itu untuk carry tengeleng tu di tengah tengah kota yang sarat dengan kenderaan gergasi. fuhhhh (lap pluh kat dahi).


Sebelum beraksi, kena pakai dulu head cover. Sebab? helmet tu korang share reramai so.. paham paham ajelah peluh2 jantan terbiak di situ.. eeeuwwww...


Berbalik pada cerita Atv yang pertama kali aku merasa menatang ni. Tak penah kot. Nak-nak gayat seyh bawak benda alh ni. Barulah aku tahu ..owhhhh.. camni rasenya bila bawa motor.. boleh tahan gak. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lapisan kulit muka ku yang kusam sebab membiarkan ia terdedah terik seharian. Seronok punya pasal layankan saja. 




Gaya penting yer... pandai tak pandai belakang citer hahahha...


Perasaan sangat cuak. Masa mula-mula start Atv tu. kawan-kawan aku yang lain selamber dog je bawak. Tak heran kot sebab dorang datang keje naik motor. So tak berbangkit isu atau istilah gayat melainkan ia datang dari statement mulut aku. (lap pluh lagi)... Gagah lah aku cuba memahami synchronization bila bawak motor kena selari kaki, hand break dan minyak. Tapi apakan daya. Dah tua-tua ni baru nak kenal sukan ni. Gigihlah duk tahan Atv tu dari beregerak laju guna kaki. Iyer aku break guna kaki. Tak yakin break kat tangan (hahah padahal aku start kompius bila aku tekan break die stop dan tangan aku keras kejung duk tahan stereng dalam masa yang sama tak reti nak maintainkan kedudukan kiri ke kanan). Sudahnya aku manjang corner masuk gaung... dekat ngan 20 minit lah jugak aku duk macam tuh. Kawan- kawan aku dah naik fedup tunggu aku  sebab lembab nau. Huhuhu.. rileks lah korang baby nak pandai jalan pun , kena blaja merangkak dulu. Ni pun sama kes dengan aku woi. Bila asyik tekan minyak je melantun je si Atv tu, jadikan aku fedup.. selamber dog aku turun .. skali Atv tu bergerak lah, Budak yang jaga tu cakap kena lock enjin dulu. Hahahah mengelumpur aku panjat balik tekan sekuat hari pedal hand break. Adoiiyaiii seksanya. lama- kelamaan dah tinggal baki terakhir dalam 15 minit tu barulah aku terjumpa sinar keserasian.. Hahahah tapi tak guna sebab distance nak sampai ke penamat dah kelihatan sejengkal dari inci bebola mata ko. ayam betul.. baru bajet-bajet hustler kekonon skali masa dah time. coiii..

Tapi takpa lah itu adalah satu pengalaman menarik aku. dan yang penting Atv ada 4 tayar, tak perlukan balancing dan kudrat untuk mengayuh macam naik basikal. heheheh..



Lepas layan Atv aku layan memanah plak. Yer tak serik sempat lagi tambah game. Memanah RM10 untuk 10 batang anak panah. Berbaloi baloi apa. Owh.. lupa nak bagitahu Atv tadi RM30 untuk 45minit. Ronda dan treasure masuk hutan, lopak air dan tanah merah sambil menikmati permandangan laut di gigi anak bukit. Cun woooo...

Tempat ni dikenali sebagai Xtreme Theme Park Port Dickson. Kat sini semua ada, Go Cart, buggy, Atv , Achery,paint ball. sume tulah. Harga yang pasti korang akan berpuas hati. budak-budak pekerja pun baik. Semua malu-malu kambing je ngan aku.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!