26 March 2015

Ayam masak merah simple style SDTKC



Dengar ayam masak merah mesti kalut nak pikirkan bahan-bahan apakah yang menjadikan hidangan ni, salah satu menu utama dalam setiap hidangan lauk kenduri kawen kat malaysia ni kan?. Owh.. Tapi rasenya yang catering buat tu complicated skit kot bahan dia. Tapi yang aku punya ni paling mudah cepat ringkas, Dan semestinya bahan-bahan ni memang ada dalam koleksi rempah kat cabinet dapur korang. Jom.. Takyah bebel sangat meh usha bahan yang aku guna.


Bahan A
Ayam 6 ketol (potong siap)
Minyak masak tuk mengoreng dan menumis.



Bahan B
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (lagi molek bawang bangali)sbb ada rase manis-manis disitu.
2inci halia
1 btg mulut kayu manis
(bunga lawang,bunga cengkih Dan rempah sup)
Adam keeping 2kpg
2 btg Serai
Garam,gula, secukup rase.
Cili kering 16 tgkai - ikut tahap kepedasan mizah masing-masing yer. (rebuskan dulu then blend) @ guna cili boh pun boleh.
Sos tomato 1sb
Sos tiram 1sb
Santan kotak 1 senduk.

Cara-cara
Bahan A
Gaul ayam dengan kunyit Dan garam serta gorengkan siap-siap letak tepi.

Bahan B

Bawang, halia, serai, (nak blend pun boleh, nak racik halus pun boleh)
Tumiskan dengan rempah ratus serta mulut kayu Mani's hingga naik Baru Dan warna bertukar kekuningan. Lepas tu masukkan cili kering kisar@ciliboh, tumis hingga pecah minyak. Masukkan santan, tumis lagi hibgga pecah minyak dan masukkan sos tomato,sos tiram Gaul sekata. Last but not least masukkan garam gula secukup rasa tekak masing-masing. Siap!!!! Dihidang, makan dengan nasi panas.. Perghhh.. Letopppp kepedasannya.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

hehe...my fave ni comel tau

ComelComot said...

yeke, kalau dekat dah lame jemput momoy lepak umah n comel masakan

Cuba Klik tengok apa jadi!