4 March 2015

Asam Pedas Ringkas cara SDTKC



Assalamualikum, rajin lak harini nak update pasal menu masakan dinner malam tadi. Kegembiraan teserlah bila yang merasa memberikan pujian. Tak sangka sebab asam pedas pertama dan pertama kali aku buat sendiri. Yer masak sendiri. Sebelum ni hanya mampu makan yang mak masak. Tak pun tunggu bila singgah Melaka umah BFF aku Dak Rai. Dapatlah merasa asam pedas yang mak dia masak. Sedap!!!!

So terdetik kat kepala otak ni nak try masak asam pedas sendiri. Pakar dalam masakan memang tak lah tapi bila terdetik hati nak buat nak-nak mood tengah rajin. mula lah nak berekperiment benda baru. Memandangkan masakan asam pedas ni pertama kali aku buat dan kebetulan weekend lepas en asben belikan stok bahan basah banyak termasuk ada ikan merah. So apa lagi laju-laju search Mr Google untuk dapatkan keterangan lanjut bahan dan cara penyediaan asam pedas. Kredit to DAPUR MALAYSIA sebab tunjukkan cara nak sediakan asam pedas simple ni. Untuk beginner macam aku sesuai lah web masakan ni, untuk rujukan hidangan harian korang. 

Malas potpet panjang lebar meh usha hasil air tangan aku plak. dan cara aku sediakan.

Bahan-bahan

2 ekor ikan kerisi (Aku punya size tapak tangan punya ni)nak pakai ikan apapun boleh je.. janji ikan yang sinonim untuk masakan asam pedas yer.

7 ulas bawang merah – ditumbuk
1 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci kunyit hidup – ditumbuk
2 batang serai – dititik
Sedikit belacan
1senduk besar cili kisar (sebab aku suka pedas)
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
8-10 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan – dibelah dua
10 biji bendi
1 biji tomato – dihiris
1 sudu sos tiram
Garam dan gula

Cara masak


  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. 
  • Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (5 minit).
  • Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.Masukkan sos tiram.
  • Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan lambat )takut nanti hancur sebab sayur rapuh kan? Last skali...
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Senangkan?! oklah selamat mencuba ya (Baca dalam nada Farah Quinn)

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

Rajin comel masak. Asam pedas johor ikan pari paberet momoy . nnt buat tau. momoy datang. hahaha

comel nak tanya. apa color rambut comel ? cantik laaa

ComelComot said...

heheh owh yeke.. ok2 nanti comel buat momoy kena datang tau.. xdatang cml majuk patplohtawun.

owh warna kaler rambut cml dark mocha momoy.

Cuba Klik tengok apa jadi!