4 February 2015

"smokey eye day out" Tutorial

Ok kali ni entry aku kita borak pasal make up stuff je ok. Biasanya aku zaman bujang rajin lah jugak duk update pasal product review ni, memandangkan bujang kan?. Tapi lepas ada anak ni paham-paham jela yer. Cuma sejak Azriel dah besar sikit dan mudah nak kendali, serta en suami da belikan gadget/device yang mana sangat banyak membantu aku memudahkan kerja ,so gigihlah aku menghupdate segala aktiviti selagi sempat dan kerja documentation aku selesai. Boleh lah aku proceed dengan entry baru. 


Berbalik kepada tujuan entry aku kali ni. Ramai yang tanya dan ada je yang tegur tentang coretan pada wajah. Ada yang cakap "sempat ko tonyoh muka kaler-kaler ek?, Eh make up beria pukul brapa bangun? ataupun Hakak takda lah nak rajin macam kau ni dik, dah ada anak nak tonyoh-tonyoh muka ni memang takda masa lah. nak solat lah nak urus anak lah belum lagi bab uruskan laki. Alahai kak. Jangan lah macam tu. Masa kita anak dara dulu bukan main lagi ko nak maintain melecun bak retis, takkan dah kawen ada anak dah nak surrender kak. Tak boleh lah macam tu. Nanti laki kko usha lain ko jugak yang panas hati. Ada juga yang bagi alasan tak pandai nak make up. Tak silap aku kat youtube dan mana mana media cetak ada bekalkan tutorial dan langkah-langkah asas untuk bersolek. Itu berbalik kepada rajin atau tidak diri kita dalam menjaga penampilan. Jangan biarkan muka kosong tanpa secalit make up, pusat lesi pun tak elok kan. Ada jugak yang cakap "alah cukuplah dengan air wudhuk untuk serikan wajah dik oii" . Iyer kak saya tak nafikan, Tapi berhias untuk suami jugak penting kalau suami tengok muka kosong je kadang mendatangkan jemu juga. Jangansalahkan suami kalau tiba-tiba dia akan bandingkan atau menoleh pada yang lain. Walau hanya sekadar menoleh tapi besar maknanya kenapa dia menoleh. Mungkin kerana dia mendambarkan alangkah bagusnya kalau wife dia macam tu. Itu adalah survey yang aku sendiri buat untuk mendapatkan kepastian yer. Kalau gitu boleh lah kiranya calitkan sikit walaupun hanya lipbalm yang berkaler. Bagi muka nampak fresh gitu. Bagi golongan yang suami memang tak suka korang melawa tu, takpe lah jangan dilanggar, daulat namanya tu.

Jadinya entry julung kali ni, aku nak tunjukkan basic paling asas dan mudah, cepat serta menjimatkan masa untuk hakak-hakak level aku yang pegang banyak tanggungjawab serta character di dalam rumah dan luar rumah. Jangan isau kak. Kalau takda kos yang tinggi untuk make up product ni. pakai je mana ada. janji wajah tampak fresh gitu. So mula-mula kena sediakan benda asas seperti kat bawah ni ok. Ini tutorial untuk "smokey eye day out" gitu.. nama tak tahan.. huh.. alah make up yang bikin mata nampak seksi.. nampak smudge tapi mantain seksi. Hurm camne tuh?. Xpelah tengok je step tutorial ni kang, tahu lah end result apa jadi yer.



Ok inilah yang kita perlukan sebelum memulakan tutorial kali ni. Dan kalau korang perasan takda bedaak kan? haah sebab aku memang tak paakai bedak.Tak berapa suka sangat.

Jom mula.....


Ok muka ngeri aku tanpa solekan. Yer burok tahap mak Limah kan? aku dah sedia maklum. pusat lesi.


make sure sapukan lip essence ataupun lipbalm dulu, untuk menjaga kelembapan kulit bibir korang yer.

Next amik secoet BB cream dari Cosmoderm dan Za moisturizer day use. gaul bersama sebatikan dan sapukaan menggunakan tapaak taangaan, brush ataupun sponge. Aku ketiga-tiga cara ni memang guna lah. Kebiasaannya aku suka guna sponge ataau brush. nampak lebih sekata dan finishing nampaak sangaat natural.


Tenyeh jangan tak tenyeh. Aku guna brush kabuki khas untuk sapuaan foundation yang bercorak rata. Ini baagi melancarkan sapuan cream pada wajah.

Kemuadian amik blusher. yang aaku guna ni sticky blusher dari NYX. sangat senang dan sapuaanya sempurna


Guna brush yang sama dan raataakan blusher padaa pipi yer. sapu bagi nampak sehingga seakan akan naturaal pinkish gitu kulit pipi korang.


Nampak? natural bukan? hah trick tu bila nak sapu jangan keterlaluaan sebab aku tak nak nanti orang anggap korang badut.



 
ini paling aku suka, bab calit mata ni. Nampak x eye pellet aku ni baru je beli. dari brand NYX. Macam mana nak sapu? korang ikut je turutan paallet daari teraang ke gelap. Cuma yaang gelap sekali tu korang kena sapu kat crease area jela.
 



Nampak tak? camtulah finishing ending untu pembayang mata.

Lukis kening lak..


kepit bulu mata wajib sebab bulu mata aku panjang ke bawah.


Eyeliner pensil... toreh kat alis mata bagi nampakkan effect alis mata yang tajam.


Mascara WAJIB!! nak nampak dramatik gitu...


Last but not least Lipstick yer..


Finally siap!!!




Selamat mencuba ya...










4 comments:

Amietz JFKay said...

Waaaa... i like. Tq for sharing... nanti nak try juge lah

ComelComot said...

Amietz JFKay- hihi most welcome. Sy bukak expertise tapi make up ni xmnampakkan wajah kita badut. Jadi lah.
Slamat mencuba ya.

.::: Princess MOMOY :::. said...

cantikkkk sangat. tapi momoy dah bertahun tak make up nih. hihi...
rasanya lepas stop jadi japan hime gyaru momoy dah stop bermake up. huhu

ComelComot said...

Momoy- awk make up ke tak tetap macam k pop. putih dan cantik. cml lagi suka tgk momoy. mati2 ingat momoy cina huhuhu...

yela kje momoy yg jd pnghalang momoy nak make up kan.. cian momoy

Cuba Klik tengok apa jadi!