Letihnya tubuh sakitnya belakang ni hah

by - February 15, 2015

Letihnya 2, 3 bulan ni. Badan ni trasa lemah betul. Sakit belakang aku plak makin menjadi jadi. Tah kenapa. Bila check kata doktor kesan dari case epidural yang doktor injected masa lahirkan Azriel.

Letihnya badan. Keje opis macam biasa lah. Hari-hari akan ada paper yang kena buat, belum keje kat umah. Bayangkan kudrat aku akan bekerja 7hari seminggu non stop. Akulah pekerja. Akulah isteri. Akulah ibu dan aku jugak lah student. Sakit belakang memang tak penah kurang. Menjadi jadi sengal urat belakang ni. Tah apa yang silap. Berdiri lame sikit pun sakit apatah lagi duduk. Baring pun boleh jadi lenguh lumpuh satu badan.

Makan ubat . Vitamin dah macam-macam, masih jugak tak elok. Bahu pun sakit.. kira dah macam orang tua lak ngase.. sengal satu badan. Bila pikir balik. Nak jer buat tak tau kat semua keliling.

Tugas seorang wanita bekerja macam aku bukanlah mudah. Sebabnya terlalu banyak benda aku nk kena buat sendiri dan semua tu memerlukan kuvdrat yang kuat. Bayangkan start dari bangun tido pada pagi Isnin jam 5.30pg. Aku akan bersiap sembhyang dan letak barang azriel untuk dibawa ke rumah pengasuh. 7pg keluar rumah. Kalau malas drive ke opis aku akn naik train. Biasanya jarak parking ke train station dalam 1.5km. Belum lagi jarak jalan kaki aku dr ampang park ke opis. Sebab tak sanggup menghadap jam. So dalam kul8.30pg aku smpai opis aku akan bkerja lah sampai 5.30 tajam. Ngam-ngam aku pecut balik. Risau jemput azriel lambat nanti kena charge OT lak. Hihi.. sampai umah jam 6.45ptg letak bag dan start masuk dapur. Pakai baju keje je. Malas nak salin dan start masak dinner. Lepas masak hidang dinner bagi anak dan suami makan kemaskan meja dan bersihkan rumah dan dapur. Untuk memastikan rumah sentiasa bersih. Yela ada anak kecik kan?. Pahtu buat susu dan tidokan azriel. Barulah aku berehat. Tupun jam dah pukul 10.30mlm. Belum lagi kalau en suami mintak tolong urut ke atau apa-apa lagi. Badan baru nak berehat tapi masih perlu bertugas. Fuhhh... exhausted kot. Mau-mau pukul 12.30 jugak aku boleh baring. Dan seterusnya bangun macam biasa. Dan begitulah hari hari aku dalam minggu bekerja. Lain kisah bila hari cuti. Walaupun sabtu atau ahad. Aku tetap bangun pagi. Untuk solat subuh semestinya dan masak breakfast untuk anak. Time tula aku kena buat keje lagi. Basuh baju. Jemur baju. Mop lantai lap2 perabot rumah. Bersihkan habuk-habuk dan tukar cadar. Setiap weekend camtulah kejenya. Bila Ahad. Aku akan pungut baju bersih dan lipat. Kemaskan baju azriel untuk keperluan seminggu di rumah pengasuh dan gosokkan baju en suami untuk sminggu bkerja. Huhu belum ditambah bila ada kelas kena attend. Lagi singkat lah waktu aku berehat.. exhausted nya. Nak buat apa pun takda mood dah time ni. Korang yang dah jadi ibu yang bekerja ni semua banyak keje macam aku ke?? Camna korang handle semua duty tu ek?.

Aku ni dah tak larat dahni. Ngase nak tido taknak bangun-bangun rasanya. Tido tanpa gangguan.. wahhh heavenya... skang tak payah sebok diet sebab badan sendiri susut.. which is that part aku suka. Tapi susut dengan cara tak sihat itu sangat tak baguskan? Alahaii. . Apa jamu lagi aku nak kena makan ni ek. Supaya lebih bertenaga dan semangat buat keje?

Lega sikit sekarang sebab azriel lebih suka pada daddynya. So lega di situ untuk aku berehat walaupun tak lama... cuma bab tido, susu, tukar tetap aku lagi lah kena handle. Cepatlah besar dik. Nanti blaja buat sendiri tau.. hihi..

Bila ditanya taknak tambah anak ke? Yang sulung kan dah besar. Jawapan aku muktamad. Tak! Nak!! Belum masa dan aku belum bersedia. Memang aku belum nak.. kot sape yang duk suruh aku tambah atau suh aku beranak atau nak suh aku bagi adik kat azriel tu. Korang branak sendiri la yer. Aku tak daya lagi nak handle dua anak kecik sorang-sorang..harap maklum. Badan aku letih lagi ni. Kang esok.. anak kemana aku kemana kang.

Apapun harapan aku moga aku tabah serta cekal pikul tanggujawab sebagai seorang anak.isteri.ibu.pekerja dan pelajar dengan penuh kesabaran. Aamiin. .

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.