From my point of view BB Cream by SEQY BEAUTY.

by - February 09, 2015



Assalamuaalaikum, kali ni aku nak share dengan korang satu produk kecantikkan iaitu BB Cream keluaran bumiputra. Tak sangka kan, anak melayu pun mampu jadi founder untuk produk kecantikkan, tak semestinya nak tunggu sekaya dan sefemes Dato' CT. Dari kalangan kebanyakkan pun mereka mampu hasilkan satu fomula yang menjadi sebutan ramai iaitu SEQY BEAUTY BB Cream.

Sapa yang masih waswas dan kurang yakin pada produk ni, meh aku explain satu persatu bagi korang paham apa fungsi dan kebaikan BB Cream ni. So kenalah korang standstill kat page aku ni kalau betul korang berminat nak tahu nak cuba atau nak beli. Kesemua keterangan yang aku huraikan nanti, adalah dari hasil research aku sendiri. Yer! aku buat experiment kat kulit muka aku sendiri yer tuan puan. Tak caya korang baca sampai abis ek.

Bagi korang yang tak suka make up tebal-tebal, nak bajet-bajet make up no make up, inilah salah satu bahan yang mampu memanipulasikan pandangan orang bila memandang korang dengan pemakaian BB Cream dari SEQY BEAUTY ni. Tekstur yang likat dan pekat dan sekali pump saja cukup untuk seluruh wajah. Korang akan rasa light sangat kat muka, berbeza bila korang tepek bedak atau pun langkah asas dalam make up dimana korang kena apply moisturizer-UV cream-dan seterusnya BB cream brang (?)- dan akhirnya di akhiri bedak tabur atau compact powder. Leceh kan? Tapi BBC SEQY BEAUTY ni, di fomulasikan secara kursus untuk Pelbagai kegunaan, diman ialah moisturiser, ialah UV cream dan ia jugak lah bedak alas. Hah tak jimat tuh?


Size cute secoet je..nak sama kurus ngn jari jemariku..


Kebaikkan BBC ni juga mampu dipakai oleh semua jenis kulit, sapuan rata hanya mengunakan jari (macam iklan Rejoice tu.. guna jari pun boley).  Aku pun guna jari jer, jimat skit. hahah dasar kudukut nak jimat kan,, sayang weii cream bagus kot. Menutup cela sudah tentu. hah berita gembira bagi korang-korang kat lua sana yang ada masalah pigmentasi ataupun tompokkan hitam di pipi tu, Meh cuba kalu produk BBC by SEQY BEAUTY ni. Aku jamin mesti korang keriangan sambil lompat bintang spuluhsatudua, sebab happy tengok muka korang tiba-tiba flawless dan fresh je setelah apply BBC ni. Satu lagi Yang aku tahu BBC ni ada satu ciri yang mana mampu melambatkan proses penuaan, almaklum lah sejak dah berada dalam kalagan three series ni, mula lah ko akan kelam kabut cari produk yang mampu bikin kulit muka tegang bak suntik vitamin C yang paling mahal. Tapi tidak bagi BBC by SEQY BEAUTY ni. 

Dahla murah, harga mampu milik lah orang kata, pelbagai kebaikan dan kelebihan paling utama mengahalang sinar UV terus shoot ke kulit muka korang yang ber SPF 30. Pelindung lah kiranya BBC ni. Hah camne Korang punya pandangan setelah baca review aku.?? Eh sebelum terlupa, Kebaikkan yang tak penah dijangka adalah , dari pengalaman aku sendiri yer, Sebelum ni aku pengguna BBC tapi dari brand lain lah. jangan ditanya harga, kalau dihitungkan untuk basic cream pelindung UV sahaja, mengalahkan harga untuk sebotol BBC SEQY BEAUTY, belum termasuk moisturiser dan foundation lagi.  Tapi kebiasaannya bila di sebelah pagi opkos lah muka pagi penuh bercahaya fresh kan. Tapi bila masuk ke petang je. Tu dia, minyak boleh tadah buat minyak dagu. Memandangkan aku pemilik kulit kombinasi kering/minyak. Kebiasaannya kawasan T Zone aku akan bercahaya bak lampu spotlight. nak-nak lagi aku memang tak pakai bedak dan tak suka berbedak muka. Semua tu berubah setelah pertama kali penggunaan BBC by SEQY BEAUTY ni. Semua tu tak ada.

Dari segi packaging semestinya pouch bag pun mampu disumbat, sebab design botol yang super solid dan slim, mampu diselit walau dalam poket baju kurung. KO MAMPU!!??

Jangan risau aku ada bukti yang aku memang pakai BBC by SEQY BEAUTY ni. Alhamdulillah baru 3 hari guna tapi keputusan dan kesan pada kulit tidak disangka. Terja memang teruja. Kenapa muka aku nampak fresh sepanjang hari? Owh rupanya kandugan berikut terkandung dalam BBC By SEQY BEAUTY ni seperti Aqua Cream, Beeswax, Cetyl Alcohol, Octyl Methoxycinnamate, Cyclopentasiloxane, Dimenthicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Propylene Glycol, Titanium Dioxide, Iron Oxides, Sodium Chloride, Phenoxyethanol, dan disebabkan inilah muka korang sentiasa kelihatan lembab dan terlindung dari sebarang cela dan sinar UV yang terus ke muka. Am proud of being one of the customer for this product sebab ia adalah 100% keluaran anak Bumiputra. bangga tak? opkos lah bangga sangat-sangat kan..

Berikut kat bawah ni aku siapkan satu short video untuk di share bersama korang, tentang ketahan BBC by SEQY BEAUTY ni. dan cara pemakain BBC ni untuk rujukan korang yang masih blur atau tak tahu macamana nak apply BBC ni.



So korang boleh comparekan muka aku kat bawah ni dari jam 6.30pagi aku apply sampailah jam 5.30ptg  8 Jam tu derr...(Eh xsolat ke? yer tak solat sebab bendera jepun, dan itu mengukuhkan lagi tanggapan aku yang BBC By SEQY BEAUTY ni bagus. Muka aku takda lebihan minyak seperti kebiasaanya.



Walau muka kena cahaya matahari korang tengoklah , kulit muka aku tak berminyak pun, sekata elok je. Sebelum ni aku kena pakai tenyeh blusher tebal-tebal sebab nak bagi muka nampak pinkish, maklum lah orang kulit cerah cam aku ni biasanyaa kalau tak make up memang macam mayat hidup lah, putih tak berdarah orang tua panggil. Tapi Korang tengok apa BBC ni dah buat kat muka aku.. am so excited!!!


Licin kan.. suka,,suka suka...nya.. alahai Thanks lah kak Ceeranoh yang sudi memberikan keterangan detail tentang produk ni, semestinya service anda adalah yang terbaik. Order petang Khamis, Jumaat tengahri dah dapat. Pantas!!


Dan gambar-gambar kat atas aku tak edit yer. Untuk menyakinkan yang produk ni baguih.!!

Oklah bebel banyak banyak tak guna kot kalu mana yang terkesima dan teruja nak mencuba BBC By SEQY BEAUTY ni boleh lah menghubungi sis CEERA di 012-3388457 atau follow IG Ceera Noh (@ceeranoh) 

harganya pulak..


Pilih tona warna mengikut ukur jalur warna korang yer,..



Murah bukan?mampu bayar ok. Nak cantik kena lah spend sikit, setakat RM55 untuk kualiti dan amount yang bertahan dari 2 ke 3 bulan sape tak nak kan. Dan dalam masa terdekat akan ada juga


Cleanser...... harga RM45 utk 60ml. berbaloi-baloi bukan? Jangan tunggu lagi cepat2 meriahkan ruangan whatapp kak CeeraNoh tu yer.

Oklah lagi lama aku karang kang lagi melalut.. diakhiri dengan Assalamualaikum wtb.. dan selamat beramal!! Peace!!




You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.