25 February 2015

Farewell Diyana " Gonna miss u sis!"

Assalamulaikum, Terlalu sebok sampai tak sempat nak update blog, lagi-lagi banyak story mory yang terpaksa di skip. Oleh sebab masalah kangkangan masa yang terlalu terhad. Maklum lah aku skang dah bergelar student dalam masa yang sama bekerja lagi plak tugas pun bertambah dari jaga anak dan masak serta kerja office semata , sekarang assignment dah tentu. Macam mana aku bahagikan masa. yang tu nanti kita citer lain yer.

Apa yang nak di sharekan dekat sini adalah mengenai Farewell Diyana. Siapa Diyana??

Diyana atau nama sebenar Wan Nur Diyana Wan Kamaruddin adalah office mate aku yang sama-sama bekerja under one roof. Tapi opkos lah dia jauh lagi senior dari aku yang baru berlarian anak nak catch up more years untuk sampai tahap beliau. Mulu-mula masuk dulu, mati-mati ingat dia ni awek bujang yang takda boipren, muka cute dan innocent giler. Miliki bentuk gigi kecik-kecik kiut miut, membuatkan dia nampak manis bila senyum.  Mengenali dia adalah pengalaman yang amat beharga kerana , not simply to describe how is she. Bagi aku, boleh di gelarkan sebagai Super Woman jugak Super Mummy yang berjaya manage all work task baik kerja office ataupun kerja rumah. Atau... boleh dipanggil sebagai home maker. Kenapa aku bagi gelaran yang de vass sangat kat dia?

Sebab-sebab yang mana-mana wanita dalam dunia belum tentu mampu untuk handle situasi adhoc dengan sendiri lagi-lagi aku lah kan. Nak jadi macam dia.. alamak jauh sangat angan-angan aku tu. Diyana ni best! Apa yang best? Dia ni kitaorang panggil kamus bergerak atau Ms Google. Korang tanya jela apa sahaja isu, perkara benda ataupun jenis penyakit dan semestinya food hunts mesti ada sahaja maklumat yang mana korang tak sangka benda-benda tu wujud (dalam erti kata lain pemalas nak membaca amacam aku) Jenis yang tunggu nak orang citer je. Kalau sesaja nak scroll mouse dan tekan keyboard search memang jarang lah. Lagi-lagi bab material dan benda update semasa ni. Hahahah.. Tapi Diyana ni, bila korang timbulkan satu topik tentang apa sahaja, straight away die akan buat research dan study pasal tu, Dan... yang penting dia tak kedekut ilmu. 

Bab hal ehwal jagaan anak, makanan kanak-kanak juga susu untuk anak-anak, korang serah je kat dia. Dia memang pakar, Kadang aku tertanya juga kenapa lah dia tak jadi doktor je. Sebab ilmu yang dia ada tu dah sama taraf dengan doktor2 kat lua. Ya.. mungkin dia takda kepakaan dalam bedah siasat ni. Aku senang je apa-apa pasal anak aku refer dia. Ada je refer doktor dan jugak tanya kawan kaum keluarga tapi kebanyakkan pendapat dan pandangan Diyana ni lah yang banyak tepat kepada doktor. Hihihi hebat kan die. Huntunglah suami dan anak-anak dia. Dahla cantik,pandai, reti masak dan tahu tentang foods dan macam-macamlah. Sebabtulah kitaorang panggil dia kamus bergerak.

Bab share cerita atau gosip, alhamdulillah dia sangat boleh dipercayai dan mampu mendengar serta bagi pandangan yang mana ia sangat positif. Senang berkawan ngan dia. Tapi semua orang ada hala tuju yang dorang dah set target. So kitaorang terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur.

Diyana akhirnya akan berpindah ke company baru. Harapannya moga Diyana akan sentiasa menyimpan sebaik mungkin kenangan sepanjang perkenalan kita. maju jaya dalam kerjaya dan maintain dengan sifat dan sikap yang humble ok. Nanti boleh tak nak anta kain untuk jahit.. Yang penting sentiasalah update koleksi tudung yang dah siap ok. hehehe..






Jangan lupakan kenangankita bersama, walau comel xpenah join u n lain breakie tapi 4 tahun lepas muka ni lah yg slalu duk lipat brochure untuk any cradle's event. Miss u Diy!! huhuhu 

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!