13 January 2015

Resepi kari ringkas dari SDTKC


Ini adalah pertama kali seumur hayat aku masak kari, Yeah.. but still not good as kakak In Law aku. Kak Nor, kari untuk roti jala die, wa cakap lu memang terbaik!! jilat kuku tangan kalau makan, likat lekat rempah yang terkandung dalamnya sangat lah akan buatkan kau teringat. Takpa nanti aku blaja lak dengan dia. So Kari yang ni plak Officemate aku yang ajar dan die yang bagitahu yang buat kari ni semudah 1,2,3. janji koyakin bahan yang kau campak tuh adalah bahan untuk menjadikan masakan kau akan merasa seperti kari.

So Gambar di atas adalah dari hasil keje tgn aku sendiri. Terasa bangga lah jugak selepas pertama kali percubaan, dapat pujian dari en asben. Korang mampu? yer..yer aku tahu mampu. sebab korang memang pro bab bab masak gulai mengulai ni. Aku memang ke laut lah. Tapi berbekalkan semangat dan ikhtiar tak henti-henti, sanggup mintak si Wani temankan masuk pasaraya beli bahan. So malam tu Alhamdulillah tercipta satu menu dengan hasil air tangan sendiri. (Ok sila tepuk tangan..pop..pop.. kemeriahan) tenkiu-tenkiu..

Aku pun rasa kari aku ni dah hebak lah, ada rasa kari lah takda plak jadi rasa Tomyam atau sebaliknya. So meh aku nak share resepi tak seberapa aku ni kat sini, Mana tahu boleh jadi rujukan beginner macam aku mulakan langkah ketuk senduk dan kuali kat dapur. Bolehlah kiranya mengilhamkan idea dan cara aku sediakan dish kari ni kan.

Bahan-bahan

500g daging/daging tetel
Sekotak santan (nak guna santan asli pun boley, maknanya secawan lah atau ikut tahap keselesaan rase santan dalam gulai)
4 sudu besar serbuk kari Babas
cili boh/giling/kisar. (ikut tahap kepedasan yang korang suka.
1 biji bawang besar - 5 biji bawang merah- hiris slice
3 ulas bawang putih
Halia - 1 inci
1 batang kulit Kayu manis
1 asam keping
1 bunga lawang,
1 bunga cengkih
Garam/cukup rasa
Gula
1 pelepah daun kari
1 biji tomato
3 batang bendi
1batang terung

Cara-cara

  • Panaskan 4sudu minyak masak, dah tumiskan bahan yang dicancang halus (bawang merah,bawangputih,kulitkayu manis,bunga cengkih,halia, sampai naik bau dan keemasan warnanya
  • Masukkan rempah kari dan jugak cili boh/giling/kisar. masak lagi.
  • Masukkan daging/daging tetel gaulkan semuanya masak sehingga adunan sebati dan kering, baru masukkan santan. masukkan daun kari, garam/cukup rase,gula.Masak sampai didih.
  • masukkan tomato,bendi dan terung masak sampai pecah minyak.
  • Hah..apa lagi dah siap masak boleh lah hidang dan dimakan yer tuan puan.
Senang bukan? Yer senang sampai aku tak tahu bezakan yang aku masak skng kari daging bukan ikan, so sepatutnya masukkan ketang dan xperlu pun tomato atau terung dan bendi. Tapi biasalah aku kan beginner dahtu plak aku kan tengah diet karbo. Konon tak makan nasi. Makan sayur. So sayur yang banyak-banyak tu aku yang makan, sebab en asben tak makan sayur sangat. hanya sayur terpilih je dia makn. heheeh.

Kot ada nak mencuba cara aku ni boleh lah yer. dan selamat mencuba. Dan lihat apa rasa dia bila dah siap masak yer. Asben dan Sifu Hazwani Tajaluddin bagi A untuk kari ni. hihi.








0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!