6 January 2015

Jalan-jalan ke Petrosains Suria KLCC.

Assalamualaikum, memang citer ni dah basi, maklumlah citer hujung tahun lepas, yang hanya selang beberapa hari sebelum tahun baru. Btw at first nak wishes all of you. Happy New Year 2015!! Semoga segala yang dihajati dah dirancang berjalan dengan lancar dan diberkati hidup semuanya Aamiin..

So entry kali ni pasal bawak Azriel jejalan ke Petrosains. Uiks gigih ko bawak anak yang baru masuk setahun jagung tu kan. Sudahnya yang excited lebih makpak. Betul lah memandangkan kami pergi beramai ramai bersama family dan ipar duai. Sume bagai nak kagum teruja lah masuk. Eh..eh aku rileks je sebab aku kan penah keje ngn Petronas dulu. dah kerap masuk bila buat safety walk dan jugak penah bawak adik bongsu aku masuk. Cuma kali ni aku rasa kureng lah bahan interaktif yang ada compare to previous version yang aku bawak adik bungsu dulu, siap ada pameran dinosaur. Yang mana banyak lah fossil zaman batu termasuk dinosaur yang macam real kat ruangan pameran. So rasanya kalau pendapat aku lah.. kurenglah kali ni. kalau nak pegi lagi sekali kena tunggu dorang buat pameran musim/trending tentang sains teknologi terbaru ataupun pendedahan tentang zaman kejadian manusia dan pembangunan populasi. mesti lagi best kot. Yer nampak macam kompleks tapi tentu sekali akan menarik ramai pengunjung. (hakikatnya sebenarnya bulan lepas kan cuti sekolah orang ramai giler kot) Beratur nak naik coach je pun beratur dekat sejam..uiks lebam.. Nasib baik bawak anak yang duk dalam stroller.. priority untuk golongan mak-mak macam aku lah. Masa tu aku bayar tiket untuk family pakej RM30 untuk 2dewasa dan 1 kanak-kanak (hijack ank along sorang utk cukupkan syarat) dan Azriel Free sbb bawah 3 tahun..

Korang nampak tak apa  yang anak aku buat?! hah lah tido.. ada ke patut, senang lenang belum start enjin lagi awak dah nak lelap. (takleh kata kat dia jugak kejut bangun pagi awal kot. Kul8 pagi dah bangun bersiap.) Nagntuk sangat lah tu alahai kesian anak mommy. So masa naik coach ke tempat pameran pun dia masih sambung tido, sudahnya daddy yang hover melayan equipments dalam pameran. hahhaha...





Banyak sebenarnya gambar tapi biasalah aku amik yang penting je hahah,,(padahal malas nak mintak gambar ngn en asben).

Bukti ke excited kan en suami melayan peralatan ke bulan.. 


 Bajet kekonon tengah tido dalam kapal angkasa kat bulan lettew.. hahahah.. Taktahan tu clutch bag tu letak lah tepi u.. tak pandai wayang lerw.. salah tu etika tido dalam pesawat angkasa tu. kahkahkah.

Apa-apapun si teruna kami dah nak gerak balik baru lah dia sedar tupun sebab tak silap kami masuk kat ruangan interaktif sains yang ada host kendalikan projek sains tu cakap guna mic, of cause la.. terjaga anak aku. Dahtu dia buat karok kepuk dalam tu.. semalaya lah dengan lalakan anak aku.. adoiyaii. Lepas pujuk barulah ok. Mungkin terkejut la tu. Pahtu kami trus ke KL Tower untuk tengok ikan-ikan kat sana (ikan ek.. ciput je ikannya).

Btw thanks Acik for the treat dan thanks daddy bawak kami jalan jalan yer. len kali kita masuk Underwater World Langkawi lak tau. 

Sekian..

1 comments:

anniz mohtam said...

Baru plan nk g esok bwak budak2 yg blum sekolah ni sblm cuti sekolah. Tp mmg dh pk kan keadaan klcc tu mcm mne. Pk parking lg. Nk crik tmpt mkn lg.. hmmm.. dlm tu stroller-friendly tak keadaan die? Hehe.. xtw plan nk bwak storller ke ber baby wearing je nt

Btw. Salam perkenalan! 😊

Cuba Klik tengok apa jadi!