8 January 2015

Azriel 1 Tahun 8 bulan.

Kisah teruna kesayangan kami Zairiel Azriel Hezry. Sekarang usianya dah 1thun 8bulan. Alhamdulillah semakin sihat cerdik dan pandai mengambil hati. Paling best bila dalam tempoh sekarang dia dah boleh bercakap. Walau menggunakan bahasanya yang tersendiri. Paling terbaru Azriel dah pandai hafal ABC dengan lancar tapi dalam dailet dan pelat seorang toddler la. Sampai huruf G je. Selepas tu dia mesti diam ataupun ubah topik lain. Hahahah takpa anak oii mommy paham, jangan nak stress bukannya nak kena amik peksa. Ini jugak dibuktikan oleh pengasuh sendiri yang Azriel sangat aktif dan pandai menghafal ABG dengan lancar walau pelat tapi Pengasuh pun terkejut "kagum katanya sebab compare to salah seorang budak yang dia jaga usia tua setahun dari Azriel sangat ketara. Azriel sememangnya macam overdose atau lebih senang dikatakan hyperaktif. Memang sejak dari lahir, walau lahir tak cukup bulan tapi dia sangat aktif, kuat makan, kuat menyusu, aktif bermain, berlajar apatah lagi sangat mudah dan cepat paham bila kita instruct dia buat apa-apa.

Kalau ditanya cara aku mendidik dia, adalah tidak sehebat sesetengah ibu bapa, Memandangkan kami datang dari ketagori ibubapa sebelum Gen Y ni. Adalah tersangat urban. Hahah kenapa aku cakap camtu. Sejak Azriel kecil lagi kitaorang dah dedahkan dia dengan gadget haha.. makpak pemals camnilah, nak bagi leka anak supaya tak meragam kami pancinglah guna gadget. tapi takdalah aku dedahkan sepenuhnya tanpa pantauan. lagipun dalam gadget Azriel kitaorang dah installed siap-siap apps yang sesuai untuk bayi dan peringkat toddler seusia Azriel. Ramai je yang menentang cara kami yang terlalu dedahkan anak dengan kecanggihan gadget, Ada yang kata memudaratkan anak sebab dia akan anti sosial atau akan menjadi kurang aktif dan akan merosakan fizikal dan penglihatan. Yer mungkin itu boleh terjadi sekiranya ia tidak di monitor dan dipantau. kalau korang biar je anak main sendiri handle sendiri benda tu pahtu tak setting lighting utk mata memang lah akan memudaratkan lama kelamaan.

Kelebihan yang mampu dilihat bila aku sendiri bagi pendedahan pada Azriel tentang gadget adalah, anak aku lebih cepat belajar. Yela kami berdua ni kerja, ada masa brapa kerap jam sangat dengan anak. bila nak mengajar dia tu. takkan nak mengajar sambil masak dan buat keje umah. Macam tak brapa fokus. Haah betul nak mengajar anak kena fokus kat dia je. Tapi masalahnya tahap dan cara kita mengajar tu nanti adakah akan sampai untuk anak implement kan nanti. Tak berapa setuju jugak pada sesetengah ibubapa yang sukasuki je kondem kami sebab ajar anak kecik2 dah bagi main Ipad. Salah satu bagusnya adalah, sekurangnya anak-anak lebih terdedah, zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. Cara dan penerimaan mereka juga berlainan. dan anak aku takkan pelik atau terkejut kalau melihat anak anak lain tekan tekan Ipad. Yang tak mampu tu lain citer lah tak termasuk dalam ini cerita da. Dan sekarang aku sendiri kagum sebagai mak, bila anak ko sendiri yang ajar cara nak main game dan selesaikan game yang mana, korang tak penah sedar pun, bila tah masa ko installed that game. hahahah "speechless parent". Lagipun aku hantar Azriel kat umah babysitter homebase, Cara asuhan juga berbeza dengan Nursery. So itulah cara dan ikhtiar aku mendidik anak. Selain dari beli buku warna, pensil kaler atau toys yang mencabar otak dan minda nya berhubung. Dan tak semestinya sesetengah anak kita bijak adalah disebabkan minum susu mahal ataupun makan vitamin atau supplement dari syarikat yang suka mengaut untung semata mata untuk end result. tak jugak yer. banyak cara yang penting kena berani dedahkan mereka dengan cara penerimaan mereka. 

Secara jujurnya, aku sangat depending pada ketahan anak aku sendiri, aku takkan paksa kalau dia tak mampu tapi jujur aku akan biarkan ank aku buat sesuatu dengan sendiri, supaya aku mampu lihat takat mana dia mampu buat dan dengan cara mengajar dia serik bila buat sesuatu yang merbahaya. Biasanyalah aku akan biar je anak aku panjat sofa or katil.. tapi (dalam Masa sama Peratilah sama, jaga takut2 tergelincir) aku buat camtu supaya dia tak gayat dan tak takut tempat tinggi. kalau dia jatuh aku takkan cepat-cepat pujuk, sebab aku nak dia paham yang benda dia buat tu salah dan akibatnya jatuh dan dapat sakit. lepas 10minit camtu baru pujuk balik. Taktik lah ni.. (hahaha sebab tu kot anak aku lasak tahap gaban) Tapi tulah berbeza dengan suami yang terrrrlalu manjakan Azriel. Siyes!! manja tahap dewa.. alahai aku tengok, en asben susah gila nak marah atau titik kulit anak dia. Kalau aku mulut takda bunyi sebab aku memang berat mulut sikit nak bebel ni. Bukan dia paham pun kalau ko duk bebel nak2 bebel benda yang memang dia xtaupun benda tu SALAH. Apalagi.. aku akan pokpok atau jentik jari dia. Alhamdulillah skng ni kalau nak marah Azriel aku hanya perlu acah2 jentik atau celik mata je. terus anak aku tak jadi nak buat salah. Insya Allah sampai bila bila lah paham camtu. hahahah Kejam!? Mana ada kalau dengan niat nak mengajar, dan jangan lah ko bantai anak ko macam dia buat kesahan kanun keseksaan. Sengal apa..kanak-kanak kot.mana paham ler.. kesalahan dan tentu akan buat, tapi kena lah korang perhatikan dia.

Oklah, Azriel sekarang sebok dengan buku lukisan dia.. hahha apa yang die lukis pun pandailah lah kitaorang pahamkan dan jugak sebok sepak bola dalam umah, mentang mentanglah mommy ko dah clearkan perabot dalam umah kan. Dan yang nyata sekarang azriel dah reti nak salam orang, xkesahlah org tuh budak ke baby ke, asal orang baru dia nampak dia akan mintak nak salam. pahtu kalau dengar lagu kanak-kanak macam Elmo's collection mesti akan terjoget bajet bintang Kpop si Rain. Flying kiss.. of cause sapa2 akan dapat lambaian cinta dari dia.. heheeh.. mintak celek ibu jari sep tangan dan angkat tangan bila ditanya "SIAPA NAMA ZAIRIEL AZRIEL HEZRY?" sambil jawab..aya... (cumilnya) huhu. dan boleh bercakap dah anak aku. Kalau nak citer semua banyak sangat kepakaran yang Azriel ada tapi ruang page ni macam dah tak berapa nak bagi ruang. hahahah kang melalut sampai London lak kang aku karang. Cukup lah sampai sini sambil aku uploadkan antara video terbaru yang aku sempat rakam sepanjang tempoh dia membesar.

Dah reti nak bergaya, malam buta pun pakai spec hitam hahahha.. lawak lah anak aku ni..


Main pasir dan taknak orang ganggu hokeyy please privacy please!! cehh dedi yang beli pun xleh ikut join main pasir..

Dan inilah kehebatan nyata yang aku dan en asben kagum.. So korang tengok dulu, kang bagitau kagum atau biasa biasa je..




Video last skali nilah yang buat aku akan gelak sendiri biladengar suara comel si Azriel. Hilang rasa penat dan stress tempat keje. Happynya la hai dia. cepatnya kamu membesar.. janganlah membesar cepat sangat mommy tak puas lagi tengok kamu sebagai baby.. huhu.. Bukan sebab mommy takut tua. Tapi sebolehnya mommy suka dan terlalu adore moment masa ni.melihat kamu membesar depan mata adalah satu anugerah yang sangat mommy syukur dan berterima kasih kepada Allah swt sebab bagi mommy dan daddy anak yang sebijak dan secomel ni. heheh.. sayang adik sangat-sangat muahhhh...



8 comments:

Norzilah Isa said...

good boy la azriel...dah la encem..cerdik lak tu..

tenku butang said...

Comel dak kecik ni..

Hai.. teman dtg kunjungbalas.. cantik blog awak.. dah follow sini no 757.. tq sudi singgah blog teman

ComelComot said...

Norzilah Isa- thanks ma norzilah rajin singgah sini.. owh upanya ma nozilah pun ada blog..skg gak saya pollo.

ComelComot said...

Tengku Butang-

eh..eh tengku butang follow kita? tq so mucho ya.. tq utk pujian anak sy n blog.. ada masa dtglah lagik yerr

Amietz JFKay said...

Jah pun suka melayan bebudak kecik ni ... geram nengok gelagat dorang ...

ComelComot said...

Amietz JFKay- kan.. saya suka buli.. bagi saya bila tgk budak nagis sambil buat muka cebek sebab mereka sgt comey!!!

Norzilah Isa said...

blog akk xla semeriah blog ma comel...huhuhu

ComelComot said...

Ma Norzilah, alahai.. takpe nanti sy akn dtg selalu dan akn memeriahkan blog akak ok. blog saya pun kapuk je..

Cuba Klik tengok apa jadi!