Ayam KFC masak cara SDTKC

by - January 27, 2015

Bukan susah nak buat ayam KFC. Yer beli tepung segera dah pap..pap.. campak dalam bekas, celup telur gaul tepung. Ehh.. jap.. silap tu. Tetap jugak takkan jadi macam ayam KFC ok. So aku ada trick macam mana nak goreng ayam dan mendapat hasil keranggupan sama macam ayam kat KFC.





Ok mudah saja deh.. bahan-bahannya adalah

Bahan tepung gaul

1 kotak Tepung goreng ayam segera / 1 cawan tepungtepung gandum
1 sudu kecik blackpepper powder/ serbuk kari/ serbuk lada (ikut tahap kepedasan dan ke originalan yang korang suka.
Secubit Garam, atau secukup rasa
1/2 cawan Tepung jagung
satu sudu kecik baking powder.

bahan-bahan diatas  ni gaulkan sekali semuanya.

Bahan untuk celup

1 biji telur ayam
1 kicap sos Meggi
cubit garam
1 biji bawang putih (tak nak pun takpe)
cukup rasa

Pukul hingga semuanya sebati yer.

1 Bekas tupperware bertutup.

Macam biasa adunan ni cukup untuk setengah ekor ayam.

  1. Celupkan ayam ke dalam bancuhan telur. kemudian bahan tepung tadi dimasukkan siap-siap ke dalam bekas tupperware. Bila ayam sudah dicelup kesemuanya masukkan ke dalam tupperware yang mengandungi tepung tadi. Tutup dengan penutup. Apa lagi... Goyang samba lah sampai lah semuanya sekata diselaputi tepung mengikut kehendak dan ketebalan tepung yang korang suka.
  2. Selepas tu gorenglah dalam api sederhana kuat dalam 15 minit. Dah siap dihidang yer.

Selamat mencuba. Tak menyesal sebab aku dah buat dan memang menjadi rase dia macam ayam KFC. Gorengan pun ranggup.







You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.