19 January 2015

21st Century Chewable Vitamin C-1000 Review

Assalamualaikum,

Kali ni. Aku nak buat review tentang  Chewable Vitamin C-1000  dari keluaran 21st Century. Seperti yang sedia tahu dan maklum 21st Century ni ada keluarkan pelbagai jenis supplement perubatan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak. Sebelum ni aku takdalah familiar sangat dengan produk ni. Tapi sebab nak try produk vitamin C, Dengan cara paling senang dan selamat, juga produk di recognized oleh jabatan kesihatan. Yela untuk seorang ibu yang berkejaya dan punyai 2 character berbeza dirumah juga diluar. Inilah cara terbaik untuk menambahbaikkan kesihatan luar dan dalam. Korang pun tahu, even Azriel dah berusia 1 tahun 9bulan tapi dia masih breastfeed, disebabkan itu juga, kulit aku akan cepat kering dan merekah. Kalsium dalam badan pun dah berkurangan, sebab segala zat dalam badan di transmit to anak teruna ni. Yang dapat cantik berseri selepas tu dia juga. Untungnya jadi baby. Minum susu mommy terus jadi cantik. Ahak~~~

So tergerak hati nak cuba Vitamin C-1000 dari 21st century ni. Alhamdulillah, pertama sekali sedap sangat. Sebab ia berperisa oren. Kesan terhadap badan juga yang aku boleh Nampak, kulit jadi lebih lembab. Luka cepat kering. Nampak lah kulit lebih glowing. Sebab didalamnya terkandung extract buah oren. (yela kalau nak kupas buah oren sampai 50 biji, memang taklah untuk sekali hadap). Tapi berbeza dengan kapsul Vitamin C-1000 21st Century ni. Pengambilan sebiji sehari selepas makan pun dah cukup untuk menampung jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita.

Harga tak mahal RM29.90 je. Boleh didapati di farmasi Watsons dan Guardians berhampiran. Okla harga tu kira mampu milik kot. Sebelum ni ada je aku cuba produk vitamin C brand lain. Result pun sama bagus. Tapi harga tu yang tak berapa nak bagus. Huhu setiap bulan dah kena set allocation untuk supplements badan. Bukannya murah kebanyakkannya. Dan sebab tula aku bertukar kepada ini. Tahan untuk 60 hari lagi. Mampu?? Hah.. Sama je kesannya. Ada yang tanya aku makan apa untuk kulit muka dan badan sebab nampak elok dan sekata. Selain menjaga pemakanan (kadang makan hentam gak). Inilah salah satu vitamin yang aku amalkan. Dan semestinya jangan lupa minum 8gelas air putih setiap hari ok. Lebih lagi bagus.


KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK ANDA

  • KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
  • ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
  • TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.



VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

  • * Memperbaiki kesihatan kulit muka.
  • * Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
  • * Batuk, demam selsema, jangkitan.
  • * Warga tua.
  • * Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
  • * Wanita yang mengambil pil perancang.
  • * Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
  • * Pesakit kencing manis.


Peringatan tambahan : sebelum membeli sebarang produk, perkara yang wajib diambil kira adalah sticker hologram yang menunjukkan produk itu adalah original dan ada kelulusan dari kemeterian kesihatan. Tarikh manufacture jugak tarikh luput dan kandungan serta cara ambilan ok. Jangan sebab nak cepat cantik korang men hentam je. yang dapat mudarat korang juga nanti. So berhati-hati dan berlaku bijak bila membeli yer.

 Bagi mereka yang malas nak berjalan, boleh juga didapati secara online dilaman website rasmi HEALTH SUPPLIMENTS  klik je kat link tu. siap Free Delivery untuk pembelian lebih RM50. jemput singgah macam-macam produk ada dalam tu. 

7 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

woww... fufolar post . mest ramai yg gugel vit c nih =)
kemam2 macam gegula zaman kecik2 dulu

wong meimot said...

Momoy-stakat ni yang ni paling murah jimat dan sedap.. paling best sebab jika diamalkan kulit rasa glowing dan tak kusam.

.::: Princess MOMOY :::. said...

Patut lah kulit comel cantik =)
itu rahsianya ya

wong meimot said...

hihi... alam masa yang sama dalam diam comel follow gak cara dan tips cantik gebu macam momoy. hihi

dorothy aka dot said...

Tq for info yg beguna ni.ari sya beli produk 21century ni.nak try katakan.biasanya mkn vit blackmore.tp mahal.ternampak vit c ni.pas tu google skit.skrang lega jga rasanya ada yg dah amalkan.

Haliza said...

kena simpan dalam peti sejuk ke? tapi kalau simpan kat luar boleh tak

wong meimot said...

Haliza-boleh je saya simpan suhu bilik je. hihi

Cuba Klik tengok apa jadi!