12 December 2014

Terima Kasih dan syukur Allah.

Satu pagi aku dapat panggilan dari ayah, yela tak penah penah ayah call seawal jam 9pagi semata mata nak bagitahu yang mak tak sihat. So tahap kesihtan macam mana cuba aku daptkan penjelasan dari ayah. Tapi ayah cakap doktor baru sahkan yang mak aku hadapi bengkak hati, kesan dari batuk yang lama. So ada aku tanyakan ayah kiranya nak aku balik tau tak. Laju laju dia jawab tak perlu dulu. So borak-borak ayah cakap lah sekarang kat hospital tengah follow up check up mak untuk Xtray jantung. So perbualan yterhenti di situ. Tak sampai 10 minit aku terima panggilan dari ayah mengatakan meminta aku balik dengan kadar segera. 


Si bungsu mak hanya mampu menjengah dari tirai pintu, melihat keadaan mak. CCU satu unit yang tidak dibenarkan sebarangan waktu untuk melawat. 2 orang dan 10 minit sekali boleh masuk. serta diwaktu melawat sahaja.



Apa yang aku pasti ayah bagitahu yang mak nazak, balik segera bimbang nanti menyesal. Ayah ada juga cakap yang doktor meminta kebenaran untuk kenakan renjatan letrik pada jantung mak, sebab jantung dia dah berhenti. (dengar tu jepun dah buat aku tak keruan. Ilang arah aku masa tu. Tak tahu nak cakap. Bernafas pun macam tak cukup nyawa. ) Sebab Baru malam semalam aku borak dengan mak dan sememangnya aku tahu keadaan batuk mak masa tu masih tak elok.. Tiba-tiba hari ni ayah cakap semua ni terjadi pada mak. laju-laju aku jumpa bos dan minta kebenaran untuk balik.



adik bungsu perempuan yang banyak membantu aku menguruskan azriel. so kami gilir lah handle azriel. Nasib lah dia ada.. Thanks Wafa..

En suami dan pengasuh telah aku maklumkan. Sememangnya dalam kepala mengharapkan tak ada apa yang teruk dan semua kembali stabil. Sangkaan aku salah. Mak masih tak sedarkan diri dan pihak hospital terpaksa tukarkan mak ke CCU di Hospital Tuanku Anpuan Afzan9HTAA) disebabkan peralatan disana yang lebih maju dan ramai pakar yang mampu monitor mak. So bertolak dari kl jam 3petang camtu sampai dalam kul7mlm kat HTAA tolak tambah jammed dan lori yang lembab sembab. So terus ke Unit kecemasan dan trauma jumpa ayah dan adik adik kat sana. Mak masih dalam bilik kecemasan dan doktor tengah buat rawtan susulan memandangkan mak masih tak sedarkan diri. Tepat jam 11.30 malam baru lah mak ditukarkan ke unit CCU dimana kat bilik ni, hanya 2 orang dibenarkan berjumpa mak setiap 10 minit dan jugak sebarang peralatan atau gadget tak dibenarkan dibawa masuk. Inilah pengalaman pertama aku melihat mak terbujur kaku dengan sarat wayar berselirat dibadan dan mulut dan hidung dimasukkan tube paip untuk oksigen.

hati anak mana tak hancur bila melihat keadaan mak yang sangat lemah kaku tanpa bahasa. terdiam dan dinyatakan doktor yang mak dalam keadaan koma. dan peratusan untuk sembuh adalah tipis. Cuma dijanjikan akan melakukan sebaik mungkin untuk pulihkan mak. So setelah selesai hal mak. Aku dan en suami mula hunter hotel bajet yang mampu kami menginab sementara tunggu siang. dalam jam 2.30pagi baru jumpa hotel yang paling murah RM90 memandangkan sekarang musim cuti skolah harga tak payah citer lah mau dorang dah double up rate per night. So malam tu aku ke bilik UB INN Hotel. Kalau tengok suasana lobby hotel tu dah macam hutan esotik, sebab owner hotel tu gigih bela binatang dalam hotel. so jangan terkejut bila korang yang pertama kali sampai dan masuk hotel ni akan nampak banyak ekor kucing kacukan dan anak kucing serta iguana dan jugak ikan2 yang bermacam jenis. bab bau takyah cakap lah dah bau rumah kucing sepenuhnya sebab pasir kucing bersepah kot dah lobby hotel tu. Aku boleh bagi rate 2 bintang je dari 5 bintang sebab lampu bilik air pun duk liplap cam disko naik pening kepala bila nak masuk bilik air. dahla sempit. So aku bermalam untuk 1 malam jela. 

Jantung mak berhenti utk kali ke 2.

Belumpun sampai subuh dapat panggilan dari ayah minta aku bergegas ke hospital dalam kadar segera sebab mak doktor minta kebenaran untuk karen jantung mak skali lagi. Bila aku smpai di CCU dan dapati 2x inject karen baru jantung mak bergerak balik. Dan disebabkan boleh diistilahkan oleh doktor yang mak meniggal 2x (jantung stop) maka terjadi gumpalan ketulan darah beku dalam jantung. So doktor terpaksa bagi EFP (ubat untuk cairkan darah beku dalam jantung)ini yang nurse bagi tahu aku. Tapi disebabkan virus yang merebak lebih cepat dijangka, maka terjadi pendarahan luar badan, which is darah keluar melalui liang peluh tubuh mak. Keadaan mak masa tu sangat teruk, tak sanggup untuk digambarkan sebab less than 24 hours mak collapse kaku tanpa bahasa hingga kini. Sangat buat aku tertekan. Takyah citer keadaan ayah yang menangis sepanjang bacaan yasin disisi katil isterinya. Bila aku minta ayah untuk balik mandi dan berehat di hotel, he refused my ajakan and said " how come ayah nak tinggalkan buah hati ayah sorang-sorang, touching aku dengar bila sekali lagi dia cakap sambil usap dahi mak "ini buah hati ayah ok takkan ada ganti" ayah takkan tinggalkan mak sorang-sorang kat sini.. Sayu aku menahan air mata. Terus keluar dan balik ke hotel.


Sentiasa disisi mak. Kata ayah " mak awak ni cinta mati ayah tau. Buah hati ayah satu satunya tak ada ganti" 


Keajaiban Kuasa Allah SWT di hari ke 5 di ward.

Memang tak disangka berkat doa, bacaan Yassin dan solat hajat dari semua ahli keluarga, Doktor sahkan mak mula bagi respon walau mata tak bukak, tapi kelihatan anak mata bergerak gerak, meyakinkan kami yang mak bakal sedar tak lama lagi. Dan doktor juga berikan kami harapan yang mak boleh pulih untuk treatment kali ni. Melihat pada catatan terkini pada mesin yang monitor Jantung, darah, dan nadi mak adalah memberangsangkan walau mak masih belom sedar. Deyutan masih 180 seminit, tekanan darah 123/70++ , oksigen 100%. Tapi keadaan mak semakin stabil sehinggalah hari ke 11, mak di beri kebenaran untuk balik.

Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia mendengar doa kami dan saudara yang sudi mendoakan mak saya. Sehingga hari ni mak saya bertambah baik. cuma paru paru mak masih berair dan seminggu kena buat 2 x check up kat HTAA. Autrasound dan jugak check jantung buah pinggang serta ambil darah. Bahayanya jangkitan kuman ni kan? sekali jalan je dia mamah sel dalam badan mak. InsyaAllah mengharapkan mak akan bertambah tambah baik dan pulih selepas ini. Aamiin..

P/s : Setakat pengalaman duk kuantan selama seminggu lebih ni. Aku boleh dikatakan menjadi seorang hotel hunter dan antara hotel King, Hotel Claccis, Hotel Ub Inn.. aku lebih preferred Hotel Classic Kuantan. Sangat selesa dan cantik.. Wifi die laju siyot...

Antara view yang sempat dirakam kat hotel Classic..sorry xsempat nak amik masa memula check in so gambar2 ni sedikit semak dengan keadaan kami yang keletihan dan kelam kabut. Rate harga RM100 per night. Sama je dgn hotel yang aku duduk yang lain. Tapi yang ni paling ok. Siap ada Breakfast. Kalau yang lain tu.. sempit dan terhad ruang. huhu.








8 comments:

hyde dea said...

alhamdulillah , semua nye dah ok...
kuatkan semangat eh comel..

ComelComot said...

Hyde dea- tq awk.. syukur sgt2..

Invisible Me said...

Allahuakbar. Kuasa Allah. Alhamdulillah. Moga mak akak cepat baik :)

orked violet @ SYA said...

moga mak awak cepat sihat. aminn

ComelComot said...

IM- tq dik, haah kuasa Allah. Lega dan rase penuh syukur sebab masih diberi peluang untuk berbakti pada mak

ComelComot said...

orked violet- tq awak..

Liza Licha said...

alhamdulillah :) moga semua baik-baik saje ya

ComelComot said...

Liza Licha- tq awak. saya mengharapkan perkara yang sama. moga mak sihat2 selalu

Cuba Klik tengok apa jadi!