15 December 2014

Bekal dipetang hari dari Mommy Maz Azriel


Kali ni nak update pasal babysitter baru Azriel. Namanya Maz, umur adik2 aku je 27tahun, ada anak 2 orang, Cantik orangnya muka anak mami abis, tinggi. Yang pasti kalah lah ketinggian aku yang fendek ni. Masa memula kenal dia, nampak dia macam tegah jugak firm dalam setiap peraturan yang die bagitahu sepanjang tempoh sebagai baby sitter Azriel. Ini bulan ke 2 dia jaga Azriel, alhamdulillah nampak gaya macam boleh kekal lama. Kenapa? sebab aku tak penah tengok Azriel beria nak kat orang sama macam bila alu hantar dia ke rumah Maz. Haah Maz ada anak lelaki 6 tahun dan jugak 3 tahun, kira pangkat abang2 lah, Mahunya azriel tak nak kan?. Azriel kan suka kat abang abang ni, paling dia anti gegurl. Memang pakai kaki je kalau xsuka.. adoiyaii Xsopan camtu yer Azriel.. NO..No.. Mommy tak suka no polite gitu..


ni kueh bakar yang die bagi semalam, yang food lain die penah bagi tak sempat aku nak snap sebab, dapat2 je trus sebat dalam keta skali ngn azriel hahah..  (Thanks Maz)




Tapi memang betol, Azriel bila aku hantar pagi pagi ke rumah Maz, beria dia turun dari dukung terjun terus terjah Abang abnag dia tuh. siap tak nak salam mommy.. alahai anak, nak berkawannya dia. Dan plak Maz jugak rajin cook  dan jugak baking untuk budak budak ni. Alhamdulillah aku bersyukur sebab dapat baby sitter yang jaga anak aku macam anak sendiri. Bukan senang yer nak jumpa pengasuh yang betol2 jaga anak kita secara serius.  Semalam siap buat kuih bakar lagi. sedap.. kata Maz Azriel suka. kekdahnya.. bukan Azriel je yang suka, aku pun sama memang suka kuih2 lembik ni. Alahai aritu die buat cokodok manis, elok je bulat rupanya.. aku buat haram xjadi bulat.. sume cokodok aku leper je. Pahtu ada satu hari tu Maz buat apam susu.. ish kira hebat jugak lah minah ni masak-masak during jaga anak2 asuhan. Ada satu hari tu die bagi aku sjeruk mangga yang tengah duk pemes tuh sebekas kau.. sampai la ni tak habis makan.. sedap.. rajinnya la hai die

 oops lupa nak bagitahu. Maz bukan jaga Azriel sorang tapi dia jaga seorang budak laki umur 2thun lebih dan jugak seorang bayi 10bulan, Kira takdalah susah kot nak jaga sebab semua dah besar dan senang jaga.

Nampak pun Maz jaga Azriel elok dan Azriel suka kot duk lepak lama-lama umah Mommy Maz. Owh Azriel bahasakan Pengasuh die "MOMMY MAZ". Btw thanks Maz saya harap awak mampu jaga anak saya macam awak jaga anak awak. Alhamdulillah syukur sebab Azriel pun suka dan nak dengan awak. memang tak dinafikan Azriel mudah dengan sesiapa je. Tapi bila habis cuti hujung minggu selalunya Azriel memang susah nak rapat ngn baby sitter balik. Ok lah.. saya lega kat situ. Tengok anak anak Maz pun baik2 dan Azriel pun suka.. Lagi lagi bertambah lega. 

P/s : Harapan moga-moga Azriel kekal dengan baby sitter ni sampai ler ke besar. So takdalah nak susah nak cari baby sitter lain. dan membesar bersama kanak2 ni sampai ler masuk skolah. ok x?

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!