Le Bye Char Koay Teow Puncak Jalil

by - November 11, 2014

Assalamualaikum, Ok untuk pagi Isnin yang penuh blues ni, bagi menghilangkan blur-blur kepala yang tak puas bercuti lagi. So aku update lah dulu aktiviti Jumaat lepas. Memang dah terlepas topik, tapi nak gak update. Malam tu kitaorang kena bawa Azriel inject untuk 18bulan. Alhamdulillah ni adalah last injection dia. Lega.. sebab tak sanggup tengok madang badan kena cucuk jarum. 



Lepas balik dari klinik, asben tanya nak makan dinner kat mana, So dalam kepala memang takda sebarang idea nak makan apa untuk malam tu. So kami pusing- pusing lah sekitar taman Puncak Jalil, area rumah kedai yang baru buka. Sehinggalah kami jumpa satu Restoran  Char Koay Teow baru ni.





Char koey teow yang kitaorang order.


Suasana cozy dan aman je, amat sesuai kalau nak makan makan sambil meet up discussion. Tempat bersih dan service pun alam. Warna warna yang digunakan pun sangat ceria. harga pun boleh tahan lah , kira mampu bayar.




So Dari apa yang aku boleh katakan, kedai ni masih baru. Menu masakan pelbagai yang lebih menjerumus kearah masakan ala Utara. Bagi 3.5 bintang dari 5 sebab char kuaw teow die tawar. atau memang tak letak garam lansung. Rojak dia biasalah guna kuah rojak Mak Bee kot. so memang sedap lah, Yang lain minuman dan kudapan untuk lekakan Azriel.. ok lah, macam goreng kat umah je.

So bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh lah korang ke alamat seperti dibawah;


Le Bye Char Koay Teow
Malaysian Restaurant
No.35-G (Jalan PUJ 3/8 Taman puncak jalil,
 Bandar Putra Per), 43300 Seri Kembangan, Selangor

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.