17 November 2014

Dream Trip to Macau

Dream Trip to Macau

Dalam duk beleh belek page nuffnang, teriba ada terbaca satu contest “ Dream Trip to Macau”. Ini juga aku dapat info dari blog IM (tahnks IM). OK contest kali ni aku mestilah menceritakan tahap ke excited kan aku untuk join Dream Trip to Macau. Honestly aku memang tak penah sampai sana. Teringin jugak sebab last company trip aku tak dapat join (sedih).
Tiga Perkara Paling Menakjubkan yang membuat  aku nak sangat melawat Macau, adalah kerana Dengar baca, tengok serta pengalaman dari keluarga dan rakan taulan yang Macau adalah tempat yang bagus untuk dilawati kerana terdapat tempat-tempat menarik yang mampu buat korang rasa tak nak balik Malaysia. (iyer ker?) wendu nasi lemak kang…


Serba sedikit tentang Macau.


Macau - terletak di tebing barat Pearl River Delta di selatan Wilayah Guangdong , China - berdekatan dengan bandar Tanah Besar Zhuhai dan terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah barat Hong Kong. Macau terdiri Semenanjung Macau, Pulau Taipa dan Coloane. Semenanjung Macau adalah hab wilayah dan disambungkan kepada Pulau Taipa oleh tiga jambatan jalan raya. Beberapa hotel resort antarabangsa yang besar dengan infrastruktur sokongan baru - terletak di atas tanah tebus semula antara Taipa dan Coloane dalam daerah yang baru dibangunkan dikenali sebagai Cotai. Pada tahun 2005, Pusat Sejarah Macau telah tercatat didalam Senarai Warisan Dunia UNESCO terhasil oleh keunikan sejarah dan persekitaran kebudayaan. Kini Macau menempatkan dirinya sebagai Pusat Dunia Pelancongan dan Riadah kerana ia membangun sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang berkualiti.


Bila baca full profile tentang Macau terus terpanggil untuk mencuba nasib dalam masa yang sama mampu diberi peluang untuk mengali dengan lebih dekat tentang susur galur pemerintahan juga warisan budaya masyarakat dan kepercayaan mereka. Disamping itu juga dapatlah kiranya kita merasai keindahan alam semulajadi di Macau.
Antara tiga perkara yang menabjubkan untuk wajib melawat Macau adalah Shopping tanpa had,melawat tempat menarik dan bergambar di setiap tempat yang Berjaya aku jejaki. Seperti


Macau Giant Panda Pavilion



Memandangkan aku pengemar binatang terutama kucing, teringin sangat nak peluk Panda secara live.(bestnya...). Macau Giant Panda Pavilion terletak di bukit di Seac Pai Van Park di Coloane dalam susun atur berbentuk kipas kira-kira 3000m2, Macau Giant Panda Pavilion direka untuk menggabungkan alunan semulajadi rupa bumi dengan ciri-ciri seni bina.
Pavilion ini terdiri daripada dua 330m2 suku aktiviti tertutup dan 600m2 kawasan luar untuk  kawasan pameran tertutup 900m2. Dua laluan menonton dari ketinggian yang berbeza menyelaraskan sepanjang pinggir hadapan kipas susun atur kawasan aktiviti tertutup, diakses oleh dua aliran pengunjung. Kemudahan dalaman termasuk pusat logistik dengan sarang panda, buluh-basuh dan rumah penyimpanan, bilik penyediaan makanan, makanan gudang 
.
The House of Dancing Water


Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, sebanyak USD250 juta dikeluarkan untuk  ‘The House of Dancing Water’, ianya adalah persembahan berasaskan air  yang indah juga cemerlang di dalam meluahkan budaya Asia di atas pentas.
Digambarkan oleh mereka yang penah jejak tempat ini ianya macam Istana Budaya tetapi persembahan jalan cerita dan lakonan artis artis tersebut memang mantap ditambah pula dengan aksi aksi menarik mereka. Korang akan terpukau bila dapat menonton aksi mereka kerana mereka berjaya membawa korang untuk menghayati jalan cerita dan korang akan rasa seperti berada dalam jalan cerita.

Macau Science Center





Macau Science Center - direka oleh arkitek Cina-Amerika terkenal di dunia I.M. Pei - adalah berwarna perak dan berbentuk kon dari luarnya. Terdapat empat belas galeri diatur dalam lingkaran yang berbentuk gerbang tersebut.
Yang ni pula lebih kurang macam Pusat Sains Negara kita. Ia direka oleh arkitek China-Amerika  yang terkenal di dunia iaitu IM Pei. Terdapat empat belas galeri diatur dalam lingkaran dan satu lagi dengan bentuk gerbang.

Selepas Beijing dan Hong Kong, Macau adalah kota ketiga di dunia yang memiliki 8000 x 8000 pixel skrin peralatan. Ia juga menjana kesan 3D melalui sistem unjuran 3D definisi tinggi di Teater Angkasa Planetarium, sistem digital yang pertama pada masa yang sama dilengkapi dengan ultra definisi tinggi (8000 x 8000) dan kesan visual 3D di dunia – semuanya direka bentuk untuk memberikan pengunjung gambaran yang menghiburkan dari pendidikan ke dalam dunia menarik sains. Selain itu, model berskala sama daripada kapal angkasa Shenzhou-VII dan beberapa robot pintar automatik akan dipaparkan di Macau Science Center.
Last but not least adalah SHOPPING!!!
Jujur cakap sape tak suka shopping, sekarang bukan golongan wanita sahaja tapi kaum lelaki pun tak nak kalah. Dan aku dapat tau Macau adalah tempat terbaik untuk shopping. Dari barang semurah sekupan hinggalah yang paling mahal dah berkualiti. Info dari
SHOPPING TANPA BATASAN dan TARIKAN PELANCONG KE MACAU

 Anda boleh menjumpai banyak kedai-kedai bebas cukai dan berjenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Macau. Malah, pengunjung sukar untuk membuat pilihan dengan ratusan jenama mewah di kedai yang perlu dikunjungi di Wynn Esplanade, Shoppes Grand Canal, Shoppes at Four Seasons, Shoppes Cotai Central, The Boulevard in City of Dreams, One Central Macau dan Galaxy Macau - The Promenade termasuk New Yaohan Department Store, Macau Fisherman Wharf, Hotel Lisboa, The Landmark Macau dan Grand Lapa Hotel. Kedai bebas cukai di Terminal Feri Macau dan Lapangan Terbang Antarabangsa Macau juga destinasi membeli-belah mewah yang popular.
Ini adalah tempat yang aku teringin sangat nak jejaki.

Berharap sangat  Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia  
dapat pilih aku sebagai one of the pemenang (hihi harapan menggunung tinggi ni), supaya aku dapat merasai sendiri pengalaman berada dibumi Macau dan menceritakan kembali pengalaman kepada masyarakat luar untuk dijadikan rujukan dan juga panduan bila mahu menjejakkan kaki ke sini.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Macau boleh lah klik ke link berikut yer

Check out Macau Government Tourist Office’s official website and official Facebook page 
  Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia

Terima kasih untuk info serta sumber-sumber bergambar yang diperolehi sepenuhnya dari
 Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia

juga MR GOOGLE.

10 comments:

MissNadia said...

waa.. seronoknya. ehh ye ke seronok sangat xmo balik malaysia.. huhu

ComelComot said...

Miss Nadia - ken..mmg xla.. Malysia tetap di hatiku gitu hahah

Melvin Paul said...

Post yg menarik! Good luck!
http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

ComelComot said...

Tq Melvin Paul

Liza Licha said...

all the best :) seronok jugak melancong oversea

Nys Anis said...

good luck dear !

ComelComot said...

Liza Licha - thank you babe. Tu lah.. just cuba nasib kot2 mane tau ek...hahah verangan kena ada

ComelComot said...

Nys Anis - tq dear

Invisible Me said...

All the best kak. Hehe

ComelComot said...

IM tq yunk

Cuba Klik tengok apa jadi!