13 October 2014

Makan Daging balut sayur.

Semalam kan hujung minggu so saje ngecek daddy untuk bawa kami makan, memandangkan 2,3 hari lepas geng keta aku sebok duk cerita menu diet memasing. So Timbul rasa keinginan membuak, bila tengok gambar daging balut sayur. Eventually automatic teringat daging grill makan kat restoran kat korea. Miss Korea’s food so much. Kimchi dan sayur jeruk yang sedap, salad yang segar dan bau daging bakar yang dipanggang dengan macam2 variety. Arghhh… tak tahan tempting nak makan jugak hari tu. So daddy macam paham je bila aku tak masak untuk lunch kitaorang, Kitaorang bersiaplah sebab perut pun keroncong berirama pop balada (kelaparan).

Planning ke The Mines la, Nampak gayanya sebab kat The Mines ada Seoul Garden, Tak silap aku banyak tempat menarik untuk makan daging grill dan steamboat. Tapi kat kepala hotak sekarang Nampak Seoul Garden. Memandangkan kami tak penah sampai seoul Garden kat The Mines, Melilau macam orang asing lah jugak cari tempat tu. Bila tanya orang ada yang ckp level 3, Ok level 3 tu memang dah betol tapi masalahnya. Venue location which is bearing coordinate yang betul-betul kedai tu menapak. Huhu hamper 20minit jugak lah cari. Nasib Azriel sangat sangat behave. Hurm.. such a good boy tau anak mommy sekarang.. Dah besar dah kan? Mestilah dah tahu malu kalau nak buat pangai kat tempat awam.

Bila dah jumpa cop tempat laju laju dan daddy buat bayaran, so per head RM30+- bagi dewasa, Kanak-kanak RM17 dan untuk warga tua RM25+-. Bial sampai apa lagi melantank dengan tak hingat, surely aku amik port yang bagus untuk Azriel rasa selesa, Dan mula operasi mengangkut food ler. Pilihan utama Daging yang ada pelbagai rasa yang digaul segala spices. Dan jugak jangan dilupa sayur mayor... Salad capsicum  paling banyak aku angkut. Memang niat dari rumah kot nak makan daging balut sayur. Sekarang dah ada depan mata, melantak lah sungguh sungguh. Heheheh..


 

 So ini menu makanan yang aku duk hadap sepanjang 2jam setengah dalam tu. makan sampai lebam, Untuk Azriel aku amikkan mee bentuk meggi, Tapi sudahnya tak habis sebab azriel makan selai dua je. Aku lah tak brapa gemar dengan sebarang bentuk mee.

So Kat Seoul Garden ni tak macam Yuen atau Flaming Steamboat sebab dorang hanya bagi 1 jenis kuah je. Tu pun kuah Tomyam je. Tak sedap sangat lak tu. Nampak tak keliling periuk tu daging grill yang daddy tolong masakkn sebab aku bizi layan Azriel.


Tak caya, Nah! tengok tu,, macam macam buat supaya die leka dan aku dapat makan sepuasnya. Walau makan dengan satu tangan tetap jugak kenyang. Sebab daddy bakar mommy ngapp..yeahhh apa yang penting..keje sama!!
 

Dua hero sepanjang hayat ni..Thanks daddy sebab belanja dan thanks Azriel for been so behave during our makan makan session. Mommy love you both so much..muahmuahmuah,,

Ok belanja gambar mommy dan Azriel ek..

OOTD mommy aritu 
- Levis jeans
- Wide shawl from wafiyahdollscaft
- chiffon cardigan from Pearl Harbor buetique
- inner from Niccii
-wedges from Vicci


 Last skali ...

 Kepenatan + kekenyangan.. Bzzzzz...

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!