3 October 2014

HIJAB2GO Hijab and Shawl Online Shopping Malaysia.

Ok hari ni ada masa untuk update tentang aktiviti yang aku join semalam. Seperti yang kita sedia maklum yang sekarang ni trend masyarakat kita, lebih gemar untuk shopping secara online. Antara kelebihannya adalah ia mampu menjimatkan masa dan juga, tak perlu beratur panjang, tak perlu bersesak, berpanak berkuap, lemas kot, Dan pemilihan produk lebih fokus, ( you know why?) Penah tak bila korang masuk Mall atau mana- mana kedai lah, tak kisah lah.. Dalam duk tengah nak survey atau nak belek-belek barang yang korang duk tengok tu, mesti ada salegirl yang mengekor ko rapat , macam lah ko nak rompak barang tu. Aku memang tak boleh blah bila situasi tu terjadi kat aku. Kadang-kadang sales person ni menyemak gak. follow macam lah kita ni masuk kedai tak bawak duit. Sebab tulah bertapa heavennya bila boleh shop hanya menggunakan hujung jari. Mana taknya, walaupun korang dalam tandas pun masih sempat untuk serve website mana yang korang rase tempted nak tengok.  Dan yang penting tak perlulah korang nak carry paperbag shopping sepanjang korang keluar lepak tu, Habit ini semuanya ada pada aku, yer walaupun nampak sedikit sarcasm atau diva. aku memang tak suka nak bawak kehulur hilir paper bag atau bag plastik yang mengandungi barang yang baru dibeli. Rimas kot. So altenatif untuk semua keadaan ini adalah dengan ber SHOPPING ONLINE!!!!I like!!!!

Dan dari rentetan coretan diatas, ada kena mengena dengan yang aku join semalam. Penah dengar HIJAB2GO tak? Hah mesti pernah kan? Dan mesti ada diantara korang yang dah pernah shopping produk diorang kan?. Hah ada yang tak tahu ek?? Ok meh aku cerita sikit tentang latar belakang HIJAB2GO ni kat korang. HIJAB2GO adalah satu rangkaian perniaagaan secara online yang menawarkan koleksi fesyen tudung terkini serta produk kecantikan dengan harga mampu milik dan juga boleh dilayari melalui sistem mudah alih dari rangkaian ios atau android yang mana korang boleh muat naik Apps ini dengan percuma tanpa sebarang charge dikenakan. Ini yang aku maksudkan, dengan kuasa hujung jari pun kepuasan dalam ber shopping mampu dipenuhi. Skang dah caya?!.kihkihkih.. (hamboi statement  aku ni cam good2 je..susun ayat kot masa nak taip ni).

Kalau korang minat nak tahu lebih lanjut tentang produk yang mereka tawarkan, boleh lah layari website rasmi mereka di  WWW.HIJAB2GO.COM, Juga LIKE page FB HIJAB2GO  . Follow Instagram mereka di IG HIJAB2GO . Melalui sini korang boleh mengikuti setiap pekembangan semasa tentang produk baru dan update terkini aktiviti jualan yang bakal mereka adakan. Yang pasti  korang mesti akan suka dengan setiap fesyen tudung yang mereka jual,kerana Hijab2go ingin memastikan setiap tudung yang dikeluarkan bersesuaian dengan perkembangan fesyen dan style yang mampu menyampaikan  massage dimana dengan bertudung juga kita mampu untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa batasan dan sekatan. Bebas bergaya dengan penuh selesa.

So aktiviti semalam adalah melibatkan sesi focusgroup discussion berkenaan Website terbaru mereka. Yela akan datang mereka akan muncul dengan wajab baru dan lebih trending, Dan mereka memerlukan maklum balas dari kita..kita kita..awak..awak..korang korang si hijabistas untuk memberikan maklum balas melalui soalan soalan yang dikemukakan tentang wajah terbaru yang bersesuaian untuk di realisasikan melalui laman web rasmi mereka. Hah.. nampak tak, kegigihan mereka dalam memastikan keselesaan setiap pengguna/ pelanggan di ambil kira dari setiap sudut. Dari mula korang clicks website untuk survey sehinggalah penghataran dan penerimaan barang. Semua aspek ni memainkan peranan penting untuk maintain kualiti service yang dorang tawarkan.



 Ok ni Maya orang kuat HIJAB2GO bersama gadis gadis remaja yang turut serta dalam aktiviti survey semalam.


http://photos-g.ak.instagram.com/hphotos-ak-xap1/1738449_1690305847861614_1197626223_n.jpg

Farah, Hamizah,aku Fiza dan Dayah. Farah ni IM tempat aku yang sanggup tunggu sesi temubual dan survey hingga akhir. Dayah dan Fiza ni adalah team dari HIJAB2GO.

http://photos-e.ak.instagram.com/hphotos-ak-xap1/1742181_642993165816012_1374541477_n.jpg

The happy faces of the HIJAB2GO team (photo from hijab2go instagram)

http://photos-f.ak.instagram.com/hphotos-ak-xaf1/10706920_529850923812965_875859986_n.jpg

Nampak x ketekunan aku dan hamizah tu.. sungguh sungguh menjawab soalan yang di ajukan..

 

Sepanjang aktiviti berjalan. Aku dan yang lain amat berpuas hati. kitaorang enjoy sangat yang paling best dapat goodie box yang mana dalam die ada tudung yang super cantik..

 

 Tq hijab2go..nanti boleh bagi lagi.. eh eh,,,tak tak,,, nanti saya shopping kat page awak lagi okeh.. dah booking dah yang mana nak beli tggu next gaji. hikhikhik..



0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!