19 October 2014

BadDay dan Stress


Gambar sekadar hiasan..


Assalamualaikum, ok.. hari ni aku nak mengomel je kat entry kali ni. Sebab mood aku masih tak berapa nak betol.. Dahnak piyed la kot. Ok topic pertama, BAD DAY! Korang penah ada bad day tak? Bad day ada dalam macam macam bentuk, dan salah dan keadaan. Contohnya rambut, tudung, make up, appearance, ootd, eh macam macam lah.

Sebelum aku berhijrah aku mesti aka nada masalah untuk setting rambut aku, yela aku jenis yang suka cuci rambut setiap kali mandi, so makna kata 3 kali aku mandi 3 kali jugak lah aku syampoo rambut, Bila dah syampoo nak kena dryer .. bila dah dryer kena piker nak sikat selit style rambut camna, ingat free hair ni senang ke, kadang2 korang dah set cantik2 rambut  korang cun cun kukug dan kemas tiba2 angin lipas siling terbangkan alunan susunan style korang, mau tak hangin. Ish.. stress jugak weii. Kadang kadang korang buat2 lah ikat rambut sebab korang malas cuci rambut seharian dan nak cover dari menampakkan putih salju membasihi bahu. 

Dahtu kadang kadang korang nak apply make up, so dari malam semalam korang dah set kekonon nak make up ala-ala make up no make up atau light smudge kat mata, Tapi pada pagi kejadian, ditambah pulak dengan terlewat sedetik dua dari bangun tido, korang hilang focus. Make up korang mesti tak seperti diharap. Bajet sangat nak buatkan muka korang ala kpop make no make up style tapi harommmm.. tak seperti yang korang rancangkan..tah kenapa tiba tiba eyeliquid korang tertiba terpeleok.. kat ujung curve alis mata, dah kenapa mascara tiba2 jadi gompolan tar kat mata. Ish memang sakit hati, sudahnya korang pergi kerja tak pakai make up sebab kesan make up tadi korang dah cuci bersih , sebab tak sanggup tengok muka dan mata korang jadi hantu kak Limah. End up whole day punya motd korang hanya apply lipbalm tu pun pakai yang bertukar kaler tu, bajet nak nampakkan muka korang yang freshhhh sanggattt.. stress..

Lain pulak,,kes aku bila dah berhijarah ni, Bila setiap kali aku nak bersiap, mesti aku kena pikirkan banyak perkara do and don’t. Yela baju tak boleh terlalu ketat lah tak boleh sendat lah tak boleh mengikut alur badan lah, kira segala pantang larang ni kena jaga, bagi mengelakkan fitnah. Tudung plak nak kena matching ngan baju, dahtu siap ada yang pakar dari segi gaya hijabisters ni bagitahu siap siap kat aku, kalau pakai baju corak, tudung kena kosong. Kalau pakai baju kosong tudung kena lah ada corak corak sikit baru ada kontra, warna pun memainkan peranan penting, kaler block memang dah jadi trending masa kini, tapi kalau tak sesuai tempat dan acara memang ko jadi bahan ketawa masyarakat. 

Bab kain lak memang aku kena lah mintak mak aku sambung balik belah terkoyah yang aku suka pakai dulu. Yela kalau pakai tudung takkan korang masih nak seksa? Nanti kes camni pun mampu mengundang fitnah dan orang akan mengumpat. Hurm.. manusia kan.. biasa lah.. mulut akan tetap berbunyi selagi tak tido atau mati. Dan aku bersiap pagi ni, pakai tudung, dah gosok cantik cantik tudung tu, skali buat style asek tak kena, dah rasa tak selesa, bengang pun ada, huhu last last aku terpaksa tukar tudung biasa lah wide shawl cotton kegemaran. Stress lagi..

Bad day ni boleh datang dalam pelbagai cara, macam mood aku sekarang pun takda mood sebab pagi pagi nak keluar pergi keje, elok je nak masuk MEX Highway, tau lah keadaan jalan situ pagi2 semua berebut nak sampai kerja awal. Dari 10 lane ke 2 lane, Dahtu datang satu Myvi yang bajet keta ko kecik dan solid boleh sesuka hati selit sana sini, Nah!!! Suka suka hati ko je langgar telinga si snowy aku, dahtu takda adab punya orang angkat tangan tanda mintak maaf pun tak, Dahlah ko guna lorong emergency ko himpit lagi keta aku, dahtu kat mana lak aku nak lalu. Dah sah2 itu memang lorong aku. Silakak betol. Tak kisah lah aku memang hati sakit jugak mengenangkan ada lagi perangai manusia yang sombong dan keji camni pada zaman skang.. haromm betol..Stress lagi lagi.. dan lagi..

Nasib baik keje documetation aku dah siap.. lega.. yang ni tak stress..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!