6 September 2014

Reward points dari Daddy

Semalam en suami bagitahu yang dia nak blanja aku charms Pandora yang mane menjadikan Charms ke 15 aku dalam koleksi. Ini bersempena tamat tempoh probation aku sebagai Disbursement Investment Executive. Wah gembira tak terkkata rasa macam kejap je masa berlalu. Yela sebelum ni kan aku bertugas sebagai Secretary pada CEO aku. So sekarang aku dah bertukar profession.  Sememangnya tak dinafikan kerja di dalam unit baru ni banyak cabaran serta benda baru yang aku pelajari dan banyak lagi yang aku perlu belajar. Disamping jugak meningkatkan mutu kerja aku. Huhu cuma sentap bila boss aku tegur 2 perkara yang perlu aku kurangkan adalah datang lewat ke tempat kerja dan juga kurangkan menatap telefon. Hahahah.. nasib bukan pasal keje.. tapi tetap jugak perkara serius yer bila ia mampu memberi impak tak baik pada prestasi kerja aku. Kata boss nak kerja dalam unit ni kena fokus, bila fokus kerja jadi sempurna. Baiklah Boss ..saya mintak maaf lain kali saya akan lebih fokus. ( kena bagitau bubu/ whattapp group jangan nak whatapp aku sangat dalam waktu kerja nanti boss marah.hhihi)

Berbalik pada habuan yang aku dapat dari en suami kali ni .....


Sumber gambar dari Mr. Google

dan yang ni real fresh from oven dari tangan bracelet aku..wooowooo


Hehe.. itulah koleksi terbaru aku "dangle Boy" untuk mengambarkan anak aku Azriel.. kiranya aku bagitau en suami, ibarat aku carry Azriel hari2 walaupun dalam waktu kerja.. Sweet tak? kihkih..

Owh.. mesti korang curious pehal plak gambar sandal nike Azriel ada sama.. Alah ni gambar dari IG aku, Malum lah sekalikan terus combined guna apps photo grip. Dan jugak Azriel pun dapat hadiah yer. Kiranya en suami bagitahu apa sahaja yang aku dapat, akan disama nilaikan juga pada Azriel. Kira pembahgian sama rata. hurm.. mencikk..padahal Azriel kalau di ikut hari2 ada je hadiah baik dari aku atau daddy die. Tapi biasalah kan, bila dah ada anak, semahal mana harga barang tu sanggup je korang keluarkan duit untuk bayar tanpa berkira. kalau barang sendiri kalau boleh nak harga rm10 dapat 3items kan? Takpelah Azriel, Diva sangat tau anak mommy ni.. apa sahaja yang terbaik untuk kamu ok.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!