29 September 2014

Review : NYX Matte Lip Cream SMLc06 Istabul

Ok semalam lunch, kitaorang lepak KLCC jela. Takda lah makan pun, pergi semata nak cari biskut Azriel. sebab weekend aritu pegi cari biskut die kat tesco, giant, Jusco pun takda. Stock ada hanya yang perisa oren, Azriel suka yang original Furley Rush. Skali pegi masuk Cold Storage pun takda jugak stoknya. Adoiyaii..

So teman dak Wani masuk MemoryLane katanya nak beli kad untuk somebody which is sgt special katanya. Pun tak jumpa jugak.. hurmm.. Takpe hilangkan rase kecewa dengan order large size Chartime perisa puding Caramel. Minum sampai muntah.. silap lupa nak tambah topping so rase die just biasa2 je. Yang penting aku berjaya habiskan tapi dak Wani makan suku buang. katanya tak larat nak habiskan.. (tula tamak lagik).

Macam biasa bila dah Sampai KLCC kot2 mana pun mau gak masuk Sephora kan? hah.. ko kang dah tersangkut kat situ. Tapi memang dari sebulan lepas aku nak cari lipstick brand NYX ni. Hangat diperkatakan yang kualiti nya sangat lah bagus. So aku ada lah minat kat satu kaler ni dan 1st time nak try. Tapi setiap minggu pegi masuk Sephora ,still gak xda stock, sedih.. last2 aku terbeli..

Hah, 1 lip cream, satu lagi matte lipstick (pertama kali nak blaja pakai lipstick, slalu guna lip tint atau lip ice je) acam cantik je tu yang nak beli tu, dah last skali Stick Blusher.

So hari ni aku pakai Lip Cream matte kod SMLc06 Istanbul



Finishing pada bibir aku sendiri.. cantik tak kaler die? kan..kan?
Review aku tentang matte lip cream

tekstur yang sangat likat which is matte finishing, ringan bibir rase lembap sapuan sekata dan sangat tahan lama, 1st time guna terus teruja untuk tambah koleksi warna yang lain. serious korang kena try. So aku boleh ratekan yang lips cream ni 5***** . hah tamak tak? sebab die bagus sangattt.. arghhh rase nak jeritt. Harga yang mampu milik dan termurah dialam semesta.


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!