Pneumococcal/pneumokokus Vaksin

by - September 20, 2014

RAMAI yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak kanak. Perkara ini harus dipandang serius kerana kira-kira dua juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati setiap tahun. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal

Penyakit itu antara penyakit pembawa maut yang paling mudah berjangkit pada hari ini. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap seminit di seluruh dunia akibat jangkitan bakteria pneumokokus.
Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.


Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.

Penyakit Pneumococcal penyakit serius di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.

Tahu tak apa kepentingan vaksin Pneumococcal ni kepada bayi anda.? Mesti sesetengah korang memang tak tahu, atau sudah sedia maklum dan ada antaranya tak brapa nak amik kisah sangat. Sebab yakin sepenuh hati yang anak anak mereka tidak akan di jangkiti atau di serang virus ni. Imunisasi setiap kanak- kanak jugak berbeza mengikut tahap ketahanan masing masing. Imunisasi adalah penting untuk kanak-kanak, terutamanya bayi untuk melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya. Ada sebahagian kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi / vaksin di atas sebab-sebab seperti mempunyai salah faham atau kebimbangan tentang kesan sampingan serta komplikasi; kurang pengetahuan tentang jadual imunisasi; ataupun disebabkan kesibukan kerja harian.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, vaksin adalah kaedah paling berkesan bagi mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti kuman ini. Vaksin itu adalah imuniti kelompok yang bermaksud ia boleh membantu melindungi kumpulan kanak-kanak daripada diserang jangkitan pneumokokal .

"Ibu bapa di Malaysia kini boleh melindungi anak-anak mereka dengan vaksin pneumokokal pediatrik generasi akan datang daripada GlaxoSmithKline (GSK), untuk mencegah penyakit pneumokokal invasif (IPD) dan Otitis Media Akut (AOM) yang disebabkan oleh streptococcus pneumoniae di kalangan bayi dan kanak-kanak dari usia enam minggu hingga dua tahun." jelas Dr. Zulkifli.

Ia adalah vaksin berkonjugat Protein D influenza Hemofilus tidak berjenis dan polisakarida pneumokokal 10 valen.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pra kelayakan kepada vaksin ini untuk penggunaan global. Pra kelayakan ini adalah yang pertama untuk vaksin menentang penyakit pneumokokal.

Sebelum tu mari kita kenali dengan lebih detail apa itu Vaksin Pneumococcal atau Vaksin pneumokokus(nama pun dan saintifik sangat).
Manfaat jangka panjang. Khusus bagi bayi dan anak terdiri dari 7 serotipe S. pneumoniae sebagai penyebab 80% terjadinya IPD pada bayi dan anak di bawah usia 2 tahun yang mempunyai kekebalan tubuh belum sempurna. Antibodi yang terbentuk setelah vaksinasi lengkap dapat bertahan jangka panjang, karena vaksin ini bisa merangsang pembentukan sel memori di dalam tubuh anak.

Terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.
2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Pneumococcal kenali sebagai bakteria Streptococcus pneumoniae. Ia adalah penyebab penyakit pneumokokus (PnD), penyakit yang amat mudah berjangkit dan merebak di kalangan kanak-kanak melalui cecair yang dilepaskan ke dalam udara apabila mereka bersin atau batuk. Pneumokokus bukan sahaja boleh menyebabkan meningitis, malahan penyakit lain yang berbahaya seperti pneumonia, bakteremia (kuman di dalam darah) dan jangkitan telinga tengah.

Bagaimanakah vaksin pneumococcal bertindak

Vaksin ini asilkan daripada lapisan luar protein dinding sel bakteria yang berupaya untuk merangsang badan bayi anda mengeluarkan antibodi. Keupayaan ini akan membantu badan bayi menghasilkan sel imun khas untuk melawan jangkitan pneumokokus.


Untuk keterangan lanjut korang boleh terus dapatkan maklumat disi. BABY CENTER. kat sini segala mak nenek tentang vaksin dan pencegahan dapat diketahui.


So untuk Azriel aku dah dapatkan kedua dua dose vaksin Pneumococcal ni. Yer agak mahal harga untuk setiap dose. Tapi demi anak kami relakan jua. Bukan apa sekarang bermacam macam penyakit yang timbul dengan pelbagai nama dan gelaran. Kadang kesian aku tengok anak kecil yang takda kudrat dan daya macam kita orang dewasa terpakse hadapi situasi yang teruk macam ni, Tak sampai hati. Ditambah pulak dengan pengambilan awal vaksin ni dapat lah kiranya kita berusaha untuk tidak dijangkiti, dan menguatkan daya tahan anak kita.
 Sekarang keadaan cuaca yang tak menentu dan suhu muka bumi yang terlalu tinggi sehingga memudaratkan anak kita. batuk, selsema dan demam yang sukar dijangka bila akan datang menyerang menjadikan aku seorang ibu yang lebih prihatin.

Sepatutnya vaksin ni, diwajibkan oleh semua pusat perubatan termasuk kerajaan, dan sebolehnya jadikan ia vaksin yang percuma. Bukan apa, tak semua ibubapa mampu untuk membayar dengan harga RM290 untuk tak sampai 5ml setiap suntikan. Sedangkan ia adalah virus dan penyakit yang merbahaya dan paling kerap menyerang kanak kanak. Dan di setiap seminar kesihatan jugak harus memaklumkan bahawa vaksin ini wajib untuk diambil untuk setiap kanak2 didalam kalangan sesebuah keluarga. bukan dengan menyatakan ia hanyalah keperluan dan bukan kepentingan. Sedangkan kita semua tahu ia adalah perkara terwajib dan penting untuk diambil kira.

Apapun terserah pada masing masing, bersyukur pada ibubapa yang memiliki anak yang jarang diserang sakit. Sekurang kurangnya tak semua anak anak kita memerlukan bantuan untuk menguatkan imunisasi.

Dan aku terlalu berharap yang anak aku tidak lagi terlibat atau diserang penyakit penyakit pelik ni. Aamiin...

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.