Estee Lauder Take It Away Gentle Cleansing Milk Review

by - September 18, 2014


Estee Lauder Take It Away Gentle Cleansing Milk


Apa yang aku boleh review dari kesan pemakaian product ni adalah, didatangkan dengan bentuk botol sederharna berwarna biru gelap, seperti gambar yang aku attached, dan kemudahan bila nak apply hanya perlu pam pada pemicu, memberikan jumlah yang cukup untuk pemakaian. Botol yang unik serta tulisan emas yang menambahkan kemewahan jenama serta kualiti product.


Bersesuaian untuk semua jenis kulit. teksturnya berbentuk losyen/ creamy putih yang sangat ringan. fomulasi yang mudah larut dan mudah untuk menanggalkan kotoran dan kesan pemakaian make up sepanjang hari. Didalamnya terkandung bahan dari tumbuhan botanikal alam serta pokok lidah buaya yang mampu melembabkan serta melegakan kulit wajah setelah seharian menampung solekan seharaian dan limau yang kita sedia tahu khasiatnya untuk melarutkan dan mematikan kuman2 yang terdapat pada kulit wajah.

Pada pendapat aku sendiri, setelah lebih dari 3 bulan pemakaian, yang aku mampu simpulkan adalah, tidak memerlukan jumlah yang banyak. cukup sekadar 1,2 titis pada palm dan gunakan face cotton untuk dioles pada wajah. Mudah dan make up pun senang tanggal, walaupun jenis make up yang di gunakan jenis waterproof.

Mesti korang tak perasan kan nampak x? cairan losyen jernih tu lah Estee Lauder Take It Away Gentle Cleansing Milk.

 Testimonial : Sebelum apply dan wajah penuh make up... (abaikan muka aku yang hodoh tu)




Selepas : Taaaadaaaa... bersih segar..nyaman lagi.. terasa kulit lembab dan licin... weehooo..



Kesimpulannya : Aku suka hasil pembersihan yang ketara sangat berhasil dan mampu menanggalkan jumlah make up yang tebal. Cuma sangat tak friendly pada mata. Sebab ia berbentuk losyen so tak berapa sesuai bila nak di sapu pada mata untuk menaggalkan maskara. (kadang salah sapu boleh pedih mata, sebab tu lah gambar tutup mata, kalau bukak korang terkejut kang sebab mata aku dah bertukar jadi momok.) kalau berbentuk air mungkin lebih baik. 

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.