21 September 2014

Cantik dengan Cuka Epal Organik

Sebelum ni aku tak tahu tentang kebaikkan pengamalan pemakanan melalui cuka apple ni. Tapi bila buat research baru lah tahu, rupanya banyak juga kebaikkannya. Cuma tak semua orang tahu akan kebaikkannya. Dan ada juga yang waswas tentang cuka epal ni. Kejelasan tentang fatwa berkenaan kandungan dan cara pembuatan cuka epal ini juga masih lagi didalam perbincangan. Ada fatwa yang mengatakan ia haram dan ada juga yang mengatakan yang ia  tidak haram kerana  ia bermula dari perahan kemudian menjadi alkohol lalu selepas itu berubah pula menjadi cuka. Memandangkan ia TIDAK MEMABUKKAN sebaliknya mendatangkan lebih BANYAK KHASIAT dan FAEDAH kesihatan, Kekeliruan di situ.

Perkara ini timbul untuk aku ketahui bila aku tempoh hari terbeli cuka epal ni, Tapi dari kedai ubatan berdaftar, atas sebab, setelah mengetahui kebaikkan bila mengamalkan pengambilan yg teratur.
Cuma mula menjadi was was bila timbul isu halal haram. Di sebabkan itu jugak aku mula mencari kesahihan tentang cuka epal ini.  Di bawah terdapat detail yang aku peroleh dari The Secret Medicines

Di bawah ini aku sertakan bagi sesiapa yang malas nak membelek page sebelah.

Ibarat pepatah Inggeris yang bermaksud 'sebiji epal sehari, mampu menjauhkan doktor'. Sememangnya epal mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Epal mengandungi semua nutrien penting termasuk vitamin, serat dan mineral.

Apple cider vinegar atau dikenali sebagai ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber. ACV telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV untuk merawat sakit telinga. Hippocrates, yang sering digelar 'bapa perubatan moden' juga pernah didapati menetapkan ACV sebagai sebahagian kaedah rawatan. Juga disebut dalam banyak teks zaman dahulu yang menyatakan sebagai penawar untuk berbagai jenis penyakit. 



Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.

ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya. 



Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.

Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam.
 
ACV juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh ACV setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka. 

Begitulah sebahagian dari manfaat yang didaapati dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain memastikan ia organik, anda mestilah memilih ACV yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik.


Gambar menunjukkan perbezaan dua jenis ACV, yang di atas adalah jenis ORGANIK jenama Solana Gold dan BRAGG yang mengandungi 'mother' berwarna pekat manakala di bawah ini BUKAN ORGANIK yang telah ditapis berwarna jernih keemasan.  

Untuk panduan pembaca sekelian, ACV jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV ORGANIK dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12.  Kedua-duanya diimport dari AS.

Elakkan dari membeli ACV murah tanpa perkataan 'with the Mother' seperti di bawah. 



 Khasiat Cuka Epal 

Selain harga yang murah, pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan


Status ACV Dalam Islam
Dalam dunia Islam, masih terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama tentang status halal haram ACV. Ini kerana ia bermula dari perahan kemudian menjadi alkohol lalu selepas itu berubah pula menjadi cuka. Memandangkan ia TIDAK MEMABUKKAN sebaliknya mendatangkan lebih BANYAK KHASIAT dan FAEDAH kesihatan, kenapa ia perlu diharamkan.  Yang pasti, produk terakhirnya ialah dalam bentuk cuka, bukan lagi dalam keadaan alkohol. Pihak TSM mengambil pendirian dan percaya kepada pendapat ulama yang mengatakan ianya adalah HARUS.

Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!