2 September 2014

Beriadah bersama Tersayang

Minggu lepas, merupakan cuti panjang selama 3 hari, dengan kesempatan yang ada. En suami sempat lah bawa kami berdua berjalan jalan. Tak jauh pun ke Port Dickson je. Itu pun sebab saja nak bawak Azriel jalan jalan tengok laut dan main pasir. Sebelum ni mana ada masa nak bagi anak kenal dan rase rupa pasir. Lagi lagi Daddy dia sangat2 lah particular tentang keselamatan dan kebersihan anaknya. Gerak dalam jam 12 lebih camtu, sesak lah jugak jalan nak ke Seremban, Kat sana kitaorang sampai dalam jam 3 lebih camtu. Lepak kat pantai Blue Lagoon sebab keluarga abang ipar ada melepak kat sana dari pagi. so kitaorang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Takdalah bermalam pun. Just lepak lepak bagi Azriel main pasir dan tunggu matahari terbenam. Cantikya dapat tengok sunset pada waktu senja. Dulu 2 merasa zaman bujang je. hahah skang dah ada anak memang takdalah nak lepak laut sangat. Tak sangka pulak masa kitaorang sampai tu air belum pasang lagi dan Tak bawak baju yang proper untuk Azriel turun laut main pasir. Nasib lah banyak kedai2 yang jual baju dan selua pantai. So Dapatlah belikan baju dan seluar pantai kat die. Klakar sebab baju dan seluar tu besar dari size Azriel. Terpaksa lah dari takda. Murah jugak bajunya Baju rm8 dan seluar rm10. Siap2 tukar campak die main pasir. Excited sangat sampai termakan pasir. Hah Daddy die apa lagi bising sangat2 lah sebab pasir kan kotor. So aku jawab camni " Takpelah daddy budak2 nak expole memang macam ni, normal lah budak2 makan pasir, rambut penuh pasir sebab diorang excited kot" walau masih berkeras dan tak setuju, Akhirnya en suami akur jugak dengan kata kata aku. Kitaorang lepak sampai senja kot. Best rasanya len kali kena datang bermalam pulak. Tula en suami tak plan pun nak datang sini. Semuanya sebab kebetulan. Lepas je puas melayan kerenah anak main air dan pasir baru lah kitaorang staright away balik Gemas. Sebab MIL dah siap masakkan dinner untuk kitaorang. Macam tak elok plak sebab MIL dah siap masak dan gigih ko nak makan luar kan.

layan gambar jom.

Nampak tak kesungguhan si kecik ni bila dapat main dengan pasir, Wah excited, Aku naik leka bila tengok die duk ngangkut pasir guna penyodok tu. Alahai dah besar anak mommy ni... huhu..Dulu kamu kecik cinonet je, skang dah pandai melawan tau ape yang nak dan taknak.

Jom layan view sunset waktu senja plak. cantik kan... no filter image ni tau.









Melalak sebab tak puas main pasir.. mommy memang takkan bagi sebab kamu dah mandi dah bersih dah wangi. sorry sayang..Daddy pun tak benarkan lagipun kamu dah cukup kepenatan yer

Hero kami yang tewas finally setelah seharian bermain pasir dan air. penat sangat lah tu sampai nganga tido...sayang sangat anak mommy ni.


Last but not least Gambar kami sekeluarga.. Mommy sayang keluarga mommy..nyawa dan syurga jiwa sampai hujung waktu..


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!