10 August 2014

Tv baru aka tv raya

Hujung minggu lepas, asben beria kobar2 ajak teman pegi cari tv baru. Kata die dah lame sangat tengok tv kecik rase tak feel bila nak menghayati cerita. Choii poyo la daddy..

Al kisahnya hampir 9bulan selepas kami balik bercuti dari korea. Tv lama tiba2 terpadam dengan sendiri. Mungkin kegagalan perintang yang menyebabkan litarpintas akhirnya tv tu gelap buat selamanya. Niat nak repair tapi sampai skang tak jugak di hantar. Lepas tu bila tanya harga repair. Makaihh dah macam beli tv baru yg size kecik. Sebelum ni kitaorg just guna tv kecik size 19" inci. Tu tv dalam bilik tido aku. Mentang2 tv besar rosak barulah nak pandang tv kecik. Chehhh!!

Aku xda kisah sangat tv size macam mane pun sebab aku kurang nak menonton tv ni. Nak2 dahda anak ni memang tv tu kadang tak on pun. Kalau on pun tengok Disney Junior cartoon channel utk si Azriel. Iyer Azriel skang kalau tengok HI5 pun dah reti hanguk2 kepala ngan gelek2 montot. Alahai dah besar anak aku.

So kisahnya kami terus ke EonBig Wangsa Maju. Citer banyak takda. Asben usha dan tawaf 5, 6 kali sambil2 mamat promoter duk tanya soklan ape brapa bajet n range nak tv bape inci. Start dari situ lah asben mula recce dan terbekenang setelah mendapat khidmat nasihat dan maklum balas dari abg ipar (a.Amin).

Akhirnya..


Gambar boss kecik wajib ada..


Tadaaaa...

Finally tv baru dah siap installed. So just upgrade je size tv dari 32" ke 40". Daddy suka la tv besar2 sebab die suka layan movie kat screen tv je. Xsuka katanya tgk wayang melainkan citer tu pecah panggung. Kata dia kat umah lebih selesa.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!