12 August 2014

Miss Rose Maker pencil liner Riview

Ok baru baru ni aku ada lah duk selak selak gambar dalam instagram. Duk gigih menumpukan sepenuh minat kat barangan jualan online dalam instagram tu. Antaranya produk make up semestinya menjadi tarikan aku. kagum bila tengok perempuan perempuan ni make up cantik2 siap dengan lipstik pink munggil.



Tengah duk belek2 gambar terberhenti kat insta Cik Kathy . Hah kebetulan memang tengah mencari cari eyeliner yang senang nak apply. Yela nak2 orang yang nak semua siap laju2 cam aku ni. Sejak ada anak ni semua benda kena pantas tak boleh lengah2. Kebetulan jugak Cik Kathy kita ni ada jual Penciliner dari brand Miss Rose. Aku sebenarnya tak tau nak describe liner pencil ni as a what. Sebabnya kalau aku panggil pencil mesti orang akan sangka ia jenis mcam pencil2 yang boleh sharpen tu kan?. Eh tak..tak bukan die ni macam pen maker gitu. Hah..yela cam pen maker.. So aku istilah kan ia sebagai maker pencil-liner (ok tak??) nampak lah sikit bezanya bila korang bayangkan kan?. Nak bagitau korang ni yang product ni sangatlah bagus. Kenapa aku cakap bagus, sebab aku sendiri dah beli sekali 2 pcs aku beli. Sikit tak rasa menyesal yer. Haga pun Cik Kathy jual dengan harga RM15 + lah postage RM6 seunit. Kualiti dan finishing sangatlah bagus. Tak comot, dan cepat kering. Yer aku tahu ada diantara kita kat luar sana ada gunakan eyeliner yang jenis liquid dan jugak yang jenis pencil.

Beza kedua jenis eyeliner ni bergantung kepada cara penggunaan dan ketebalan bila diorang apply. kalau jenis liquid once korang dah apply gigih lah korang berdiri depan kipas untuk keringkan liquid eyeliner korang, yela kalau korang jam2 tu jugak bantai g bukak mata selepas apply confirmed dengan yakin aku cakap liquid liner tu akan bertepek melekat kat kelopak mata atas. Betol tak??kan..kan?? hahah aku tau lah sebab aku pun hadapi masalah yang sama. Ok untuk yang jenis pencil plak. Yer ..yer memang senang nak apply, laju je ko mencalit ke alis mata.. see.. finishing punya lah cun ..hitam tebal.. ala2 mata kajol gitu. Tapi tahukah bila korang mula berpeluh atau tengah celik2 mata jadi berair atau apa2lah yang melalui bahagian mata korang, secara tiba2 korang tetap jugak akan kerdipkan mata, lap mata atau sebarang aktiviti yang melibatkan kawasan mata. Nah!! amik sebijik ..free2 dapat mata smokey eye.. hoii tengah hari buta smokey eye benda lak.. pahtu smudge pahtu sekitar mata jadi nampak lebam..argghhhh ... aku pun penah lalui ni. Cantik pada awalnya kesudahannya jadi cam ni..


  Sumber dari En. Google memang tidak pernah mengecewakan.


So kenapa aku cakap maker pencil-liner ni. Sebab bila korang apply, calit kat alir.. secara tenang atau dalam kalut pun korang tak perlu risau yang mata korang akan comot. Tak perlu tunggu sampai liquid tu kering dah tak perlu terlalu berhati hati untuk buat line atas alis. Tersangat mudah dan aman je. Walaupun masa aku tengah apply kat alis sambil si Azriel bergayut kat kaki mintak dukung. Tapi finishing die .... jangan terperanjat plak.. 

tadaa....



Nampak tak dari mata kosong sampai berconteng tu..cantik kan??kan..tetap nampak hitam pekat ala2 mata minah arabic gitu.. ecehceh.. suka lah plak. Dan yang paling suka sangat dengan maker pencil liner ni sebab bila cuci nak solat takyah beria ria tonyoh sampai terkopek kulit mata korang. 

Ok lah citer panjang tak guna kalau korang tersuka terminat dan memang tercari cari sesuatu yang memudahkan korang dalam masa yang sama boleh cantik sila lah singgah dan bertanya kepada veliau di no Tel/whatapp :0133506535.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!