7 August 2014

# Aktiviti comel # Raya 2014

Jumpa kawan lama

Setelah sekian lame, Sape sangka jodoh panjang, ada rezeki bertemu kami setelah 12tahun kot terpisah hubungan. Melainkan dak rai lah...

Hari raya ke 4 aku dah planning siap2 dah pesan siap2 kat asben untuk simpan date dan masa tu untuk aku luangkan masa kat Melaka. Umah dak rai. Kebiasaanya setiap tahun aku akan ke Melaka beraya umah mak Rai. kebetulan kawan asben aku ada kat melaka yang mana dah jadi hal wajib singgah setiap kali raya. Mula2 ke Taman Pokok Mangga dan seterusnya baru lah Air Molek. Umah mak Rai.

Masa tu memang takda plan pun nak berkumpul berjumpa ni. Yang pasti ngan Rai dah deal sebelum raya lagi. Tiba hari kejadian tu. Aku bertolak dari Gemas ke Melaka, destinasi pertama tentu sekali rumah kawan asben tu kt pokok mangga..lepak borak makan2 tak lame lepas tu, halo2 kawan2 melalaui update status Facebook. Tak sangka plak dapat feedback bila aku cakap yang aku nak ke rumah Rai. Kebetulan Dak Gee ngan Dak Mira ada Melaka. Dorang cakap dorang boleh join skali pertemuan ni. Apa lagi.. mesti lagi havoc. bayangkan ko bakal berjumpa ngn kawan uni ko yang dulu2 bujang dan gojes dan skang dah bergelar mak2 macam aku ni. Siyes memang excited la.

Dalam Jam 4 lebih sampai umah dak Rai.. borak2 minum lepak dalam jam 5.30ptg lebih2 camtu dak mira dan Gee sampai. Gamat lah suasana. Yang lagi gamat bila laki masing2 semua lepak bawah pokok dilaman umah mak Rai. Kitaorg dalam umah mula lah bukak citer zaman bujang. pengalaman hidup dan macam2 lagi. Bab boipren lelame hahahah giler lah. Masa nilah waktu yang sangat happy nak borak terus rase cam kembali ke alam bujang.. tapi xsampai 5 second. Dah ada yang jerit "comel anak ngko!!!" adoiyaiii anak aku ni tau..bertuah punya budak. Lasaknya. Tak reti takut tak reti serik adoiyaii. Anak dak Mira jugak yang sempoii, diam baik je sopan je budaknya. Gambar die pun ada sepanjang kitaorg bermonopod. So mampu verangan jela. Asben aku kalau dah jumpa gang kepala ngam memang die serahkan azriel kat aku jela.. Huhuhu..

So kebetulan aku ada bawak monopod..ape lagi..bermonopod lah kami. Dah macam orang jakun.. suka benar posing guna monopod. Time tu tak payah citer anak masing masing tak tau kemana. Yang tak leh blah anak aku siap sempat makan tisu. kalau asben aku nampak mau makan kaki aku. hahaha.. Sorry daddy mommy excited jumpa gang giler remaja. Terlupa yang dah ada anak. ..

Ape pun tak puas sebenarnya tempoh perjumpaan kami. Patutnya gang kitaorang adalagi yang xdapat join dan yang lost contact pun ado macam Didie, Lala, Ropol.kak azfa dak atiey adoiyaii sape lagi aku dah lupa. hehe gang2 bebudak industry dan instrument course ni. Lepak mesti nak sesame tepi longkang. Sangat NostaGila kenangan ni. Rindu giler zaman tu.. Blom bab bergaduh ngan bebudak dari course marine dan metalfab.. gang jejaka giler kentang hati kering tu semua. Sampai sekarang aku akan ingat camne budak marine campak kasut aku dalam kolam enjin boat dorang. mengong betol...

Dulu aku cukup bengang ngan budak2 marine dan metalfab diorang ni group psiko kot. Tapi dalam duk psiko tu ada gak aku duk syiok cinta monyet.. ehhh..ehhh.. memang monyet pun sebab amamt yang duk rapat ngan aku tu rupanya dahda awek yang memang wajib dinikahi.. so syiot..nasib lah Tuhan nak tunjuk. hahahha..Tapi tak terkesan pun kat hati aku. Takpe lah.. zaman muda2 kot masa tu umo baru 20 tahun kot baru cukup umo. hahah..

Skang semua dah bergelar mak2 dan apak2.. hahah sangat berbeza rupa masing dulu dan sekarang.


Layankan lah gambar2 kami yang kegedikan ni..

ni gambar dulu2 kami...



teka yang mane aku..hahahahah layannnn

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews