28 August 2014

# Aktiviti comel # me family

Happy birthday paklong Amin 39th

Semalam kitaorang satu family gather together ngan family along dan angah sebab nak celebrate birthday pak long. Flaming Steamboat jadi port pilihan kitaorang makan makan. Start jam 8malam semua family berkumpul.

Skang Flaming dah upgrade, front entrance pun dah lawa. makanan diorang tetap sama macam dulu, tapi tak silap aku setahun yang lepas food banyak2 tu diorang hidang besar2 cuma kali ni diorang potong kecik2. Mungkin diorang taknak membazir, Paham paham jela bilaperut kelaparan nampak silap kenduri pun nampak sedap. Kuah sup dan tom yam tetap sama, sedap pedas macam dulu. Yang tak sama adalah keadaan aku lah, dulu makan penuh rasa merdeka, makan top up makan makan dan makan sampai lebam, Tapi kali ni aku dahda anak, nak makan pun curi2 je masuk mulut, maklum lah Azriel dah mula melasak. taknak die duk dediam lelama dlm baby-chair tu. So terpaksa lah aku monitor dan suap ape yang die boleh makan. agak nampak die cam dah bosan je, barulah aku akan buka youtube bagi die layan ELmo. Lega lah untuk sejam pertama. Lpas tu dah start bosan balik.
Daddy syok lah makan dengan jaya dan merdekanya. Sampai balik rumah semalam tak habis habis diecakap perut die rasa macam nak pecah sebab terlalu kenyang. Dulu bayaran untuk dewasa RM21 je bagi dewasa, kanak2 RM10 skang dah RM30 sekepala kanak2 RM12. Tapi untuk birthday's treat dapat FREE, hanya bayar guna IC. So Pak long lah untung makan sampai lebam tak payah bayar. Tapi have to make sure yang attendees kena 6 orang ke atas lah baru dapat offer tu.

Citer banyak pun tak guna jom jela layan gambar apayang kitaorang dah melantak semalam.



 nampak x fish cake yang ada bentuk2 character cartoon, budak2 mesti suka.. aku pun suka sedappp..




 Dalam banyak2 food yang kat atas aku paling suka makan dan ratah udang. suka sangat makan udang, hah lagi satu ketam.. walau susah nak makan die, sebab ada cengkerang dan kulit yang keras tapi isi die manis.



wie-fie setelah perut kekenyangan...

P/s : slamat hari jadi pak long semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik serta cepat kayo dan rayo...

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews