7 August 2014

# Raya 2014

2014 raya di Rompin


Assalamualaikum, rasenya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilftri maaf zahir batin kepada semua pembaca even silent reader. hihi aku tau setiap dari korang..jeng jeng jeng.

Oklah Nak citer sikit2 pasal raya 2014 aku. Tahun ni aku beraya di sebelah keluarga aku. Happy bukan kepalang dah masuk 3 tahun baru lah berpeluang beraya pertama di rumah orang tua sendiri. Selalunya mesti kampung husband.. ish.. ketidak adilan disitu. Tapi skang lega sebab asben cakap tahun ni kita beraya di Rompin. Uwarghhhh syok kot.... ape lagi aku dengan gigihnya menyediakan segala yang mampu untuk bekalan dikampung. antaranya menempah sebanyak 20 balang biskut. hahah (untuk kedua blah keluarga ni) kerepek asben yang sponsored 7paket. gigih bawak biskut. Nak2 tahun ni tahun pertama beraya ngn keluarga bersama azriel.

Sebenarnya aku nak start citer dari mula pun tak tau nak start dari mane. sebabnya gambar raya ada dalam camera dslr aku. yang jadi masalah skang. camera aku tu, kitaorg lupa letak kat mane.. samada di kampung Rompin atau di Gemas. Sedihnya lah hai kalau tak dah boleh upload dan cuci. Gambar dalam tu banyak yang cantik2 dan jadi. Gambar 1 family lak tu. adoiyaii.. Sampai ke hari ni masih tak jumpa camera tu kat mane.

Ape2pun Bagi aku raya tahun ni paling meriah bagi aku, Sebabnya ayah cakap raya tahun ni paling bermakna bagi veliau. Juadah pagi raya yang mak sediakan serunding ikan, satay bakar,ketupat nasi, rendang ayam mamag (mil yg masakkn), laksa penang (aku yang masak) brownies  cake aku gak yang masak. pahtu yang lain tu biskut2 raya jelah.

So nak gambar2 raya 1st memang takde yer.. stakat gamba dr hp je mampu aku hupload.. (sentap)..


Ini je gambar yang sempat dirakam, dan semua gambar ni yang terselamat dalam hp samsung aku. Harap2 cepat2 dijumpai camera nikon aku tu. amin..

So Aku beraya sampai hari ke2 je umah orang tua aku, selepas tu berbalik ke kampung asben. kampung sebelah je kot.. nanti update lagi citer raye seterusnya.. (ikut mood kerajinan ek)

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews