8 July 2014

Puasa dan Juadah


Assalamualaikum.. wah liplapliplap dahnak pertengahan puasa sudah. Macam tak sangka cepat betul masa berlalu skang kan?. Ish..kenapa pantas sangat ni, Untuk bulan puasa ni kebiasaannya apa yang korang akan masak ek untuk juadah berbuka?. Aku? Cam biasa lah masak jela, tu pun lauk2 yang simple dah mudah. Paling penting nak masak tak perlukan bahan2 yang kompleks. Nak2 aku gerak balik dari opis jam 4.30 tajam setiap petang, berlalri anak kejar train, pahtu sampai bukit jalil, jalan kaki lagi ke car park yang jauhnya dalam 30meter. Pahtu redah jammed..dupdapdupdap..sampai umah kul5.45, jemput Azriel dari rumah baby sitter. Sampai dalam umah dalam jam 6.05minit.. sebab baby sitter azriel yang baru hanya tinggal sebelah bangunan rumah aku. So tak perlu tekan minyak untuk jemput die. Guna tenaga sahaja.
Sampai umah, letak handbag, tanggal jam gelang tudung kepala semua, mula sesengkan lengan baju sebab nak kejarkan masa berperang kat kitchen plak. Ok ngam2 bila sampai umah aku akan de frost kana yam/ikan/daging atau sebarangan bahan basah dalam microwave. Dalam pada nak tunggu bahan basah cair tu aku potonglah sayur bahan lain. Semua aku buat secepat dan sepantas mungkin. Hah! Azriel sudah aku lekakan dengan channel Disney Junior, bagi sepotong biskut dan air yakult, diam lah die leka melayan kartun.
6.40 petang kebiasaan suami sampai umah dan akan tolong tengokkan azriel. Aku akan make sure yang semua yang aku planed siap sebelum jam 7mlm, sebab aku kena kejar waktu solat asar plak. Yer memang salah aku delay solat. Tapi aku akan pastikan yang aku tak tinggal solat (hihi) alasaan..tiba2..
Ok ngam2 kul7 aku siapkan hiding sume aku solat dan bersihkan diri. So ape je hidangan yang sempat aku masak sepanjang bulan Ramadhan ni. Jom lah layan gambar menu yang tak seberapa ni ek.


 


 
 camne melihat hasil air tanganku ok x?

Masak dengan penuh semngat inilah hasilnya. walau kelam kabut tapi puas hati sebab aku masak sendiri. Antara sebab gigih jugak nak masak walau masa sangat lah terhad adalah sebab, Bila melihat juadah yang ada kat bazaar adalah sangat ngeri. Harga yang diletak untuk satu juadah amatlah tak masuk akal. Betol2 bikin duit lah peniaga. Kadang2 rasa die pun kelaut. Bab kebersihan semestinya jadi perkara utama aku titikberatkan. Tapi tak semua peniaga lah yang macam tu. Dan kalaupun aku pergi bazaar aku akan pastikan orang yang meniaga keadaan kedai dah juadah die nampak bersih dan kemas je. Harga pun kena tengok jugak. Syukur jugak sebab suami bukan jenis yang cerewat bab makan janji ada nasi ada lauk xperlu gulai2 bagai janji simple. macam tu juga lah aku. yang sangat jarang nak mkn nasi.

P/s : last but not least Slamat menjalani ibadah puasa. Slamat berpuasa cukup, Macam aku dah confirmed dah kena ganti puasa selama 6 hari. gamaknya gigih lah tahun depan mengantikan puasa. Jom lah pakat kumpul amalan dan pahala banyak2 untuk bulan yang penuh keberkatan ni. amin..

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy pun masak sendiri je dear
lagi puas hati dan kebersihan pun dah pasti terjamin kan

ComelComot said...

hehehe.. bab kebersihan tu mmg penting stuju sgt2 mkn sepuas hati dan xmembazir kan?

Cuba Klik tengok apa jadi!