20 July 2014

Persiapan Raya 85%

assalamualaikum... Wah!! kejap je masa berlalu lagi 6 hari lagi ummat Islam bakal meraikan kemenangan iaitu hari raya aildilfitri. so syiok sebab dapat balik kampung jumpa orang tua, lepak lame2 dan tak perlu pikir pasal keje. sebab aku tekad amik cuti panjang. Bestnya..

Tahun ni adala tahun kedua Azriel sambut raya.. semestinya persiapan untuk dia lah yang paling havoc. hah jangancakap anak laki tak mampu bergaya.. Sakan kot shopping baju bajan untuk dia, sampai mommy naik jeles plak lepas anak.. anak je yang daddy utamakan. Tapi takda hal lah.. aku kan keje, tau2 lah aku cari keperluan aku sendiri untuk beraya nanti. Tapi setiap tahun suami memang akan sponsor baju raya kasut raya dan segala keperluan raya lah. Sakan kan.. mommy nak bergaya gak.

Seperti kebiasaan setiap tahun. haruslah cari baju suami dulu, tengok colour dan size yg available, agak2 dah berkenang dan harga mampu milik. trus beli dan next action cari kain ela kat azriel yang seketol sebijan ngan warna baju suami. (owh untuk baju azriel memang aku akan jahit sendiri lah) sebabnya suami aku lebih suka aku jahitkan sendiri baju anak. Lagipun ada feel lain tau bila anak kita pakai baju yang kita jahit. Kalau tempah pun dah sama mahal ngn baju suami. so apa salahnya aku kan ada sikit kebolehan menjahit. walau buat expert tapi boleh,,,lah.. Settled baju azriel barulah cari baju mommy, hah bab baju mommy adalah sangat kompleks sebab paham2 jela mommy ni cerewet gak kadang2 nak baju yang fensyen2 aja... tapi alhamdulillah jumpa gak warna dan corak jugak pattern yang digemari.  So tema kami tahu ni adalah







Hahahah... tappi ni bukan baju raya aku lah ni contoh warna lah.. (sumber dari Mr Google)

pakai baju ni masa raya mau kena bantai ngan laki aku..gelabah ayam betol pakai leather jacket ingat nak sambut krismas ke?.. hurm.. itu warna contoh tema baju raya kami tahun ni yer. Tak dapat nak attach sebab baju azriel masih dalam 85% nak siap. tang leher dan poket blom jahit. Kira oklah lah ni,, nanti raya baru nampak betul2 kan baju raya kami.

So dalam 2 minggu untuk sampai hari raya ni, sakan lah aku dan suami pegi beli dan blah... semuanya banyak dan lebih kepada keperluan azriel. Untuk aku semestinya nak langsir baru lah. Setahun dah kot langsir lama tu di guna pakai. Bosan gak. Haruslah tukar langsir baru kan. So untuk azriel tahun ni aku sempat lah shopping yang ni.. Tak tau lah akan datang.. daddy pun boleh tahan belikan jugak untuk azriel.. hurm.. sakan lah  anak oiii..


 Ok ni part aku yang shopping untuk azriel.. biasalah mak2 bila time lunch kua lepak klcc ampang park,, apa lagi ini makan die..




Ok ni part daddy yang shopping untuk Azriel.. huntunglah azriel dapat baju seluar kasut dan macam2 lah..bergaya sakan lah anak mommy nanti..Untuk anak kan..Jangan tipu kalau korang bukan macam kami, kalau barang2 anak walaupun harga RM100 satu atau lebih, sanggup jugak spend.. Cer barang sendiri, walau RM50 pun pikir 10x nak beli ke tak.. huhuhu..Rezeki anak kan..


Aku lak shopping tudung untuk raya kat waffiya dollscarf link sini. onon nak pakai raya.. tak tahan tengok cantik.. trus rasmi hahahah.. comel2..



Maaflah ..so kena lah cari tudung raya yang baru ni.. Tengok camne nanti, skang dah tengah pikir ni ada satu store tu memang ada jual shawl2 cantik dan harga mapu milik. tunggu lah jumaat nanti nak usha.

Pahtu gigih lah aku cari heels untuk open house..wah mengadanya untuk open house pun aku beli heels, yela.. kena ada lah satu sebab lepas raya ni mesti banyak event dan semestinya nak g open house nanti nak gak bergaya hover mak datin. Gamaknya kukuh x tapak kasut tu aku pakai sambil dukung azriel?? hurm.. tak perlu bayangkan sebab aku dah bayang dan nampak sangat horror.. Maybe masa pakai heels ni aku mintak suami yang dukung azriel jela..

dan aku shopping di Zalora yang skang tengah buat sale gile kentang dan siap bagi voucher lagi kalau nak shopping untuk next items link sini.

 taaaadaaaa...


 cantik tak kasut open house aku.. hahahha bila sampai size sangat ngam2 ngn kaki. dan..dan sangat2 selesa.. suka2.. Tapi kasut raya belom beli lagi sebab kasut raya suami akan sponsor. hihi..


Baju raya tahun ni dapat lah 3 pasang + yang mak jahit ada 2 pasang. Tapi tu pun tak tau lah yang 2 pasang tu mak aku sempat jahit ke tak. dah 2 tahun dah aku duk peram kain tu kat mak aku. Kalau mak tak jahit jugak terpakse lah aku cari altenatif lain cari baju raya. huhu..

Untuk kuih raya plak aku dah beli 12 balang pelbagai jenis dan kerepek yang di sponsor khas dari suami, pahtu raya tahun ni jugak aku ada buat kelainan untuk orang tua aku.. nak tahu kelainannya kena tunggu hari raya tu nanti lah. So baru lah boleh tahu apa yang lain. Raya sebelah family aku takdalah semeriah mana sebabnya adik2 aku ramai yang tak dapat balik. yang kat serawak dan kl tak dapat balik sebab takda cuti.. huhu.. so Gamaknya anak pompuan mak ayah aku tahun ni aku sorang jela,, yang lain adik beradik laki. hurm..

Tapi aku akan pastikan tetap meriah lah.. walaupun adik beradik perempuan takda balik beraya.

rasanya stakat ni jelah persiapan yang blom 100% lagi untuk raya tahun ni. Kena tunggu next week la. baru ada benda yang boleh di share..



0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!