6 July 2014

# Aktiviti comel

Erti sebuah hijrah

Assalamualaikum dan slamat pagi. Masa aku mengarang entry kali ni adalah ketika aku berada dalam train menuju ke opis aku yg nun jauh di tengah kota kuala lumpur. Ramai betul manusia hari ni. Kenderaan kat jalan pun boleh tahan. Sampai jammed ler. Jarak umah aku ngn train bukan jauh pun. Tapi masa yg diambil utk sampai mencecah 45minit. Ini sangat giler. Takpe lah kata Monday's blues kan. Semua bangun lewat lah tu, sebab sambung tido lepas sahur la kot.

Sekarang kan kita dalam bulan mulia bulan ramadhan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ni jugak lah segala perbuatan amal kebaikkan kita akan dihisab dan kita juga bertanggungjawab mengumpul sebanyak mungkin pahala untuk simpanan akhirat. InsyaAllah dengan segala amalan mulia yang disertakan dengan perbuatan ikhlas akan mendapat redha dariNya insyaAllah. 

Bagi aku ini tahun pertama aku berhijab. Dan aku masih dalam proses mempelajari untuk memperbaiki segala kelemahan diri. Baik dari luar atau dalam. Belum cukup matang lagi tempoh aku berhijab kalau dihitung dikira baru 3bulan lebih aku berhijab. Aku akan cuba menjaga aurat dan maruah aku sebaik mungkin. Juga tingkah laku dan cara percakapan. Aku bukanlah seorang yang cukup sempurna untuk transform dengan serta merta menjadi yang terbaik dikalangan terbaik. Sekurangnya aku cuba berubah ke arah kebaikkan. Banyak lagi yang aku perlu pelajari. Mematangkan lagi tertib dalam solat aku dan pembelajaran al quran. Alhamdulillah suami amat memahami dan menyokong aku untuk meneruskan niat aku untuk berhijab. Alhamdulillah juga. Bila kita berhijab satu beban atas badan kita akan berkurang. Terasa ringan sebab aku mengalaminya sendiri. Terasa tidak terbeban bila pikirkan bila aku nak tutup aurat. Dan alhamdulillah solat aku terjaga. Dan aku cuba pastikan yang aku sempurnakan ia mengikut rukun2 yg ditetapkan.

Mungkin ada yang salah anggap atau mungkin ada yang fikir antara sebab aku berhijab adalah di sebabkan terikut dengan revolusi trend muslimah berhijab dan lebih nampak stylisto gitu bila berhijab. Memang tak dinafikan berfensyen dalam islam tidak salah jika ia memenuhi syarak dan hukum yg ditetapkan. Tapi aku berhijab kerana kerelaan aku dan bukan paksaan dari mane2 pihak. Haha baru aku tahu berhijab pun mempunyai variasi gaya bermacam macam. Dan itu mengukuhkan lagi sangkaan aku bila wardrobe aku bertambah untuk koleksi berhijab aku. Bukan baju n tudung mahal2 pun tapi tetap lah banyak...

Macam mane terdetik hati untuk berhijab?!.. yang ni ramai je yang tanya. Kenapa aku tiba2 nak berhijab ni. Sebelum ni aku boleh dikatakan terlalu terbuka dalam berpakaian. Mungkin ini anugerah yang Allah nak bagi kat aku. Mungkin tak ada pada orang lain. Korang mesti ingat entry aku yang lepas pasal anak aku Azriel yang tiba2 kena rotavirus.? Hah selepas dari hari tulah aku tekad untuk berhijab. Sesetengah orang memang ada pasang niat untuk mula berhijab nak2 dibulan mulia bulan ramadhan ni. Tapi aku freckling bgtau yang tak penah terdetik atau plan bila n ketika aku akan berhijab. Masakan tidak. Aku masih lagi shopping baju2 ala2 kpop dress dan hot pants untuk koleksi pakaian harian aku. Tapi disebabkan datu detik ujian yang Allah bagi tempoh hari telah membuka mata hati aku untuk berhijrah. Dalam tempoh azriel diserang virus. Aku tak penah berhenti untuk solat dan berdoa supaya Allah segera sembuhkan azriel.  Mane mampu aku tatap beliau dalam keadaan yg sangat menyedihkan. Seorang bayi riang tiba2 terpaksa terbaring bersama jarum ni tangan n drip dari botol ke botol. Aku susah hati. Tidak dinafikan setelah bergelar seorang ibu. Baru lah aku tahu susahnya hati peritnya jiwa kosongnya hidup bila melihat anak kesayangan terbaring kesakitan. Dan keadaan azriel makin teruk dari hari ke hari. Itu membuatkan aku makin susah hati dan mula terdetik, adakah Dia tidak mendengar rintihan dan permintaan aku, setiap masa aku berdoa. Tapi keadaan azriel tak jugak berkurangan. Sampailah ada 1 malam tu suami aku xdapat bermalam sekali kat ward. So tinggallah aku dan azriel dlm ward bersama jururawat bertugas, memandangkan ward azriel adalah single room. So mudah untuk aku solat dan buat aktiviti.. malam tu aku solat dan minta pada Allah supaya sembuhkan anak aku. Sehinggakan aku mengalirkan air mata. Dan selepas selang dari beberapa malam tu aku ada dpt satu mimpi yang mane mimpi tu aku xsanggup untuk ingat. Takut semua ada. Dalam mimpi tu. Aku terjaga dari satu tempat yang luas. Seluas luas mata memandang tiada seorang pun manusia tiada satupun tumbuhan suasana kosong. Tinggal aku seorang. Bila aku panggil suami dan anak dorang pun takda. Memang takut. Sunyi.. banyak kali aku menjerit tapi takda satu makhluk pun yg dengar dgn jeritan aku. Sehingga aku terdetik. " aku dah mati ke?" "Kat mane ni? Mane daddy? Mane Azriel? .. Azriel camne? Hah dah kiamat ke?? Mane family aku. Kenapa aku sorang kat sini.. dalam ketakutan terlampau aku tersedar dari tido..melihat anaku azriel lena tido dlm dakapan aku dan suami yang tido bersebelahan kami.. istifar panjang aku. Padahal aku tido mlm mmg bukak aircond ngn kipas. Tapi kenapa aku berpeluh?. Macam aku betul2 baru selesai dari marathon.

Selepas malam kejadian tu, setiap kali lah perkara tu berulang tayang dalam fikiran aku. Menakutkan. Bila aku pandang muka suami dan anak aku mesti rase ketakutan. Takut kehilangan diorang. Tak sanggup 2 nyawa dan tulang belakang aku ni. Tak sanggup aku pikir selanjutnya. Sebolehnya aku nak mereka berdua sentiasa selamat dalam lindungan rahmat ilahi. Dan dari situ pelan2 terdetik adakah ini tanda untuk aku berhijrah dari buruk kepada kebaikan. Walaupun aku sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dalam agama. Terlalu jauh lalai terhadap duniawi. Tapi aku tetap berusaha untuk cuba mengubah semua itu sebaik mungkin. Aku insan yang banyak kelemahan jadi maafkan lah jika tutur kataku cara penampilan dan perwatakkan aku menyinggung mane2 pihak yang terase ok.

Ini yang aku rase bila aku mula berhijab. Terase sangat terjaga penampilan. Mula dipandang hormat oleh masyarakat. Cara orang berinteraksi dengan kita juga sangat berbeza. Pemakaian kita jugak nampak sangat sopan. Terjaga solat. Yela bila aku berhijab ni, terasa janggal kalau tinggal solat atau tak solat. Rase tak lengkap urusan hidup hari tu. Solat itu tiang agama. Bila solat terjaga insyaAllah semuanya lancar dan seharian kita jugak dilindungi insyaAllah. Aku ingat lagi satu pesanan seorang ustazah anggaplah solat itu seperti oksigen. Kalau kita solat oksigen tu akan sentiasa membekalkan udara yang bersih untuk kita bernafas. Bayangkan kalau takda oksigen? Matilah kita. Mati dengan sia2. Oksigen adalah keperluan ibarat solat iaitu ibadat kita untuk bekalan akhirat kelak.. so nak hidup dalam redha ilahi kenalah jaga solat kita. Bila kita menjaga solat kita bermakna kita kena lah juga menjaga etika peradaban kita seharian. Memastikan semuanya selari. Balncing of life gittew. Dunia dan akhirat.

Dan untuk itu. Berikanlah ruang dan peluang untuk aku berubah. Dan bimbing serta tegurlah jika ada yang tidak kena. Aku tak mampu untuk keluarkan sebarang dalil atau hadis untuk sahihkan setiap ape yang aku catatkan disini. Kerana ini semua datang dari rase hati aku sendiri. Aku bersyukur kerana memiliki orang keliling yang amat prihatin dan sudi berkongsi ilmu agama dengan aku. Banyak lagi aku ketinggalan ni. Banyak betul yang kena ubah lagi. Kena touch up lagi cacat cela dalam sikap dan habit aku. Dan aku harapkan ianya berubah sebaik baik kejadian. Dengan izinNya.

P/s: sejak pakai tudung ni. Gigihlah tgk utube channel untuk pelajari cara2 lilit tudung. Pahtu mula lah sebok dan cari baju baru. Yg longgar dan long sleeve. Alamak! Baju lame banyak gak ni. Ngat dah kena buat clearance ni. Sempena bulan ramadhan yg mulia dan baik ni. Aku ngat nak wrap semua baju2 lame tu untuk bagi sedekah pada yang memerlukan lah. Ok x idea tu?.. kan..

Oklah cukuplah luahan panjang lebar aku untuk kali ni. Selamat menjalani ibadah puasa, ibadat tarawih dan jugak cari sebanyak mungkin pahala untuk bekalan akhirat nt. Amin...

4 comments:

  1. Alhamdulillah dear .
    dear mula awal lagi dari Momoy
    terasa kekurangan diri
    btw, dear salam ramadhan dan plsss...momoy nak address dear
    email momoy tau. nak bagi kd raya nih

    syalyx_00@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear momoy cml baru je email kan momoy address sorry sgt2 sbb lambat reply. Huhu kankangan masa yg terhad utk anta. Tpi arini dah igt trus laju2 email momoy.
      Takpe yunk.. perubahan perlu hadir dgn sendri bukan paksaan atau kehendak org lain. Ape2pun cml doakan momoy jugak berada dalam limpahan rahmat Allah n berjaya dlm hidup. Salam raamadhan sygku sahabat ku.

      Delete
    2. terharu momoy baca.
      tengkiu dear comel

      momoy dah dapat email dah. tq tau =)

      Delete
  2. alahai xpe2 kita sama2 doa yg terbaik untuk kehidupan masing2 ok. camne dah beli baju raya blom ni

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews