16 May 2014

# Aktiviti comel # makan makan

Pertama kali rasa nasi daun pisang.

Tengahari tu, aku ngan Wani biasalah kitaorang dua suka sangat kepit2 berdua g memana, walaupun si Aiman husband si Wani dtg lunch skali. Cam biasa lah tetap jugak aku keluar berdua dengan die. Nak kata aku kacau dorang dating memng tak lah sebab Wani pun offer aku join die lunch. Nampak tak seboknya aku dengan urusan laki bini nak berdating tu. Lantak lah janji aku lunch ada teman. hahah.


So hari Jumaat macam biasa, waktu lunch yang panjang, biasa lah sembahyang jumaat. Golongan kami wanita wanita si kaki window shopping ni mesti dah plan nak makan atau nak ronda kat mane, Biasa port lunch tak lain tak bukan, Ampang Park, G Tower, NZ, KLCC, Palivilion atau pun Kedai kat bawah opis aku je B1. Memandangkan Koggelavani our Investment Manager dah tender, so ni lah masa2 terakhir kami dapat makan bersama, disamping, pertama kali aku dan si Wani merasa nasi daun pisang. Nampak tak kejakunan kami. Hah!! betol weii seumur 30tahun aku lah tak penah merasa makn nasi berlapikkan daun pisang. hahah dah macam pelik bila makan xda pinggan. Tapi itulah salah satu tradisi dan kebudayaan masyarakat India. Siap Kogge dan Rhina bagitau cara lipat daun selepas makan yang membawa tanda food atau service dorang bagus sedap atau tak. Hah!! Baru tau, selama ni reti makan vadeii dan putu mayam jer. Walupun aku bukan peminat tegar nasi berkuah santan ni. Tapi apa yang boleh aku katakan, kari2 yang diorang masak..memang perghhh.. kena betol ngan anak tekak dan perut aku. pedas tapi bukan pedas cili yer, pedas disebabkan rempahratus.

Kegigihan kami berdua ikut gang lain naik train. Wani setelah sekian lame tak naik train die paling excited dan kalakar masa tu, sebab ticket skang dah tukar jadi token.


Berbeza dengan food kat New Delhi yang penah aku rasa. Baru aku tau India ada 2 bahagian rasa masakan North dan South tak sama yer. Sebelah North food dorang lebih kepada bahan tenusu dan keju. dan sangat tasteless ok.. tak pedas. Tapi berbeza dengan South India semua kena lah dengan tekak aku ni. pedas ngam,kuah2 campur die pun marvelous!! So senang citer dan dipendekkan leteran patut cuba ok.

Dan aku dapat tau Restoran banana leaf di ada banyak tempat dan yang paling femes kat Bangsar lah. Tapi yang aku pegi ni kat Lebuh Ampang. Nama Tempat ni Restoran Qader Banana Leaf. Dekat lah jugak dari train putra. penat sikit lah jalan (untuk kawan aku Wani) yang kurang stamina, hahahah tapi berbaloi..


Hidangan yang super duper sedap..nama2 masakan ni sangat aku tak boleh ingat sebab banyak sangat nama saitifik yang aku tak hafal. heheheh

2 comments:

  1. wahhh.... comel dah bertudung yer. kagum momoy lihat comel
    kelu lidah jap sebab kagum =)
    eh . komen tak de kaitan ngan entri eyh

    ReplyDelete
  2. heheh dah momoy dah 3 bln dah cml start bertudung seminggu sebelum hari lahir azriel hihi.. doakan moga cml sentiasa istiqamah ok.

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews