28 May 2014

My 1st Pandora bracelet.





Adoiyai..citer banyak nak update, dan aku tahu tak ramai pun yang nak baca. Tapi aku nak jugak update dan post.

Thanks pada en suami yang beria sangat nak aku follow trend katanya. Hahah yela zaman skang sebut je Pandora ramai yang akan bagi reaksi yang excited ataupun yang tak berapa minat hanya akan buat muka blur macam lah aku.  Yer selama ni aku hanya dengar je dan tengok je Pandora ni dari jauh. Nak kata berhajat nak beli tu memang tak lah. Minat sangat pun tidak. Tapi di sebabkan ipar dan biras yang super adore kan jewelry dari Pandora ni, terpanggil  en suami untuk  belikan aku bracelet. Silver sampai harga RM295 seketol, pada aku baik beli emas. Tapi dah suami yang spend kan. Aku sebagai isteri akur sahaja . kihkihkih.

Pertama kali dapat Pandora dari en suami bila kitaorang keluar temankan acik untuk dapatkan set henpon baru Samsung S5 kat Midvalley. Sambil2 makngah nak toup lagi satu bracelet collection die. Sudahnya en suami tersuka terberkenan, dan tanya makngah kenapa semua orang sibuk pasal Pandora ni. Kata makngah dan acik.. Pandora ni trend so bini paklang kena ada satu.. hihi.. ayat tu sangat mendalam, Tak piker banyak en suami mintak aku pilih nak bracelet mane. Dan die bayar.
Sehingga sekarang start dari hari ibu tu aku sempat kumpul 3 charms je. Semua laki aku yang invest.. kihkih.. Nampak tak isteri yang teruk jugak aku ni. Asyik nak habiskan harta laki je kan.. Nak bua camne dah laki aku yang ikhlas nak bagi. Aku trima je… Pesan en suami untuk kumpul sebanyak mungkin. Hurm..not bad gak laki aku ni. Tapi kan.. Kalau nak invest betul2 baik invest ngan dinar emas. Sekarang kan popular betol kalau beli emas. Nak2 emas tengah murah skang.

 koleksi yang aku ada stakat ni. Dan masih membelek katalog untuk koleksi seterusnya.. (sambil tengok bajet kalau masih boleh joli yer)

P/s : thank you en suami yang cuba penuhi kehendak nafsu naga si isteri. Btw i appreciate what ever method/gift from urs as long as u sincerely from heart yer. (^^) ni speaking omputeh ni..(abih romantik dahni nak ucap trima kasih)..



2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

uiss.... pandora tuuuu. cantik cantik cantik cantik sangat kena dengan comel yang putih lepak nih . terbaik la !

ComelComot said...

heheheh pandora.. kihkih pengaruh kawan2 yunk.. kalau x memang tak penah terpikir pun nak invest dlm hobi2 camni.

Cuba Klik tengok apa jadi!