Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah dalam kekalutan masyarakat dunia duk heboh dan bersedih dalam kehilangan pesawat penumpang MAS MH370. Aku pun dirundum duka jugak. Itulah apa nak di kata bila Tuhan memilih kita sebagai insan terpilih untuk menghadapi ujian yang sukar.
Pada tarikh 14hb genab Azriel 11 bulan 1 hari  sudah. Happy memanglah happy anak dah besar kot. Dah pandai sebut certain ayat jugak dah paham ape kita cakap. Tapi Malang tak penah berbau kan? Kalau bau dah lame boleh prevent kan?
Nilah kisahnya atau lebih dikenali dengan kronologi mula-mula tanda Azriel dapat Rotavirus.

Jam 12.05pg (15.03.14)

Azriel tiba2 merengek nak kata lapar, baru je menyusu kot dalam setengah jam macam tu tiba2 die menangis, cam biasa lah bila azriel menangis aku akan hulur lah susu badan kat die mesti die diam. Tapi kali ni die menolak. Tapi bila hulur air kosong dlm botol susu tu. Laju je sedut macam orang yang dahaga sangat2. Badan die mula dedar, panas2 suam. Aku bagitau bubu yang azriel macam nak demam, atas nasihat husband aku bagilah ubat demam kat die siap2 isau gak kalau panas tu melarat, memandangkan sebelum ni azriel penah demam suhu cecah hingga 40cel. So lepas bagi ubat die mintak lagi air kosong dalam botol, skali lagi aku tengok die minum dengan rakus air kosong tu. Husband cuba ajak nak bergurau dan dukung die. Tapi Nampak sangat die macam xlarat dan malas nak layan ajakkn kitaorg. Bila die cuba nak craw je. Tiba2 die rebahkan badan melepet atas lantai marble. Tanggapan aku mungkin panas kot. Selepas tu aku bawak masuk bilik untuk tidokan die. Cam biasa bila die nak tido kebiasaannya die akan merengek sambil tenyeh2 muka dan mata, tanda nak tido. Malam tut ah kenapa die diam je. Mungkin sebab lali ngan ubat demam kot. Selepas setengah jam panas die dah takda, berpeluh pun kepala anak mommy ni. Lega perasaan aku. Dan kami tertido.

Tiba2 azriel sedar, cam kebiasaan kalau die sedar die nak menetek lettew.hihi.. so aku hulur macam biasa. Die minum macam biasa tiba2 die tolak badan aku serentak die muntahkan semua susu yang die baru minum. Banyak ok susu yang keluar. Tulah pertama kali aku tengok azril jeluak (muntah) sebelum ni mane penah. Aku angkat die tapi xsampai seminit die muntah lagi, abis basah tilam semua cadar. Aku bawa die ke ruang tamu. Macam biasa tak berhenti die muntah2. Dengan baju2 aku seluar yang aku pakai kena muntah die. Husband plak tukar turn sementara aku tukar baju. Tapi azriel tetap muntah dan terus muntah. Kesian aku tengok die. Badan plak makin panas. Skali lagi bagi ubat demam. Tuakrkan baju die dan pampers die. Tidokan die.

Jam 3.15pg (15.03.14)

Aku sedar2 azriel merengek dan tiba2 menangis kuat. Dalam masa yang sama badan die panas sangat ada lebih dari 38cel. Hati memang rase tak sedap. Aku kejutkan husband, bagitau husband untuk bawa azriel ke hospital terdekat memandangkan jam baru pukul 3pagi. So Paling dekat dengan rumah aku adalah Hospital serdang. Sebelum tu sebelum aku ceritakan dengan panjang lebar. Mintak maaf banyak2 bukan niat aku nak aibkan mane2 staff dlm sana. Tapi sebolehnya kalau ada golongan yang dari dari bawah bumbung sana tolong alert ok. Perkara ni melibatkan nyawa. Hilang sekali adalah untuk selamanya. Dan ini adalah anak darah danging aku, bayi kecil yang belom  capai tahap kematangan insane dewasa.

Terus bertolak ke ward Kecemasan, biasalah untuk pertama kali datang kena register dulu. Gigih lah aku sambil dukung azriel dan bagi id card kat MA tu. Sementara husband pegi cari parking. Ada aku cakap dengan MA tu yang anak aku muntah banyak kali, selamber die cakap takpe puan itu perkara biasa untuk bayi seusia azriel. Kononnya aku merayu kat dia boleh tolong percepatkan rawatan azriel. Tengokkan dulu apa punca dan kedaan azriel yang suhu makin naik. Tapi pemintaan aku tak di hiraukan.

Antara dialog aku dengan MA tu…
Aku        : Kak anak saya tak sihat rasenya demam panas ni, dah bagi ubat tapi suhu die tak turun2 lagipun tadi die muntah banyak kali.
MA         : Takpe puan, sila duduk dulu nanti saya panggil.
Aku        : Tapi anak saya dah panas ni, lagipun die dah Nampak sangat lemah.
MA         : Yer puan saya tau, tapi kat sini ada procedure dan lagi plak orang yang dating jam 12tghmlm tadi pun blom dapat jumpa doctor. Lagipun anak puan saya tengok masih ok dan masih bukak mata elok je tu. Duduk dulu yer.
Aku        : (dalam Hati.. WTH!!!ftftttttt..hotak die azriel aku ni dah lemah lah bengong). 

Ni hasil dari sepencarian doktor n nurse dari Serdang Hospital..amik skali kat kaki da..


Alahai kesian anak mommy, habis tangan kiri kanan kena cucuk, tu blom lagi cucuk amik darah..



Aku pegilah duduk dengan berharap lepas ni turn azriel cepat2 kena panggil. Dalam 15minit azriel dipanggil. MA tu check lah keadaan azriel pahtu die cakap, alah anak puan baru nak demam ni. (EH ko ni biar betol aku yang dukung die punya lah panas terase ko boleh cakap ank aku baru nak demam.) mane ko belajar medic ni samdol..ishhh.. So aku tak yakin aku cerita lah semua history kat MA tu. Cam biasa lah MA tu cakap xpelah camtu kita amik sample darah untuk hantar lab.
Luruh hati bila tengok tangan si cinonet si comel di tusuk2 untuk cari urat. Azriel cam biasa lah menangis melalak, memecah hening dinari kan..dahlah brapa kali cucuk plak tu boleh siap cakap “akak tak Nampak lah urat awak..jangan lah menyorok.” Ish..memang hell betol. Lepas amik darah . Dan dinyaakan yang azriel hanya demam bersuhu 38cel (kategori suhu baru nak demam). Aku di minta tunggu turn untuk jumpa doctor. Amik lagi no. menunggu lah kitaorang. Dalam tempoh 2 jam tu baru lah dapat jumpa doctor, dan dalam tempoh tu jugak azriel dah poo poo sebanyak 5x ( 5x dlm 2jam ok! Bukan 24jam).Dah jumpa doctor lagi satu hazab plak. Doctor perempuan cina yang lembut lemah gemalai dengan suara dengar tak dengar tu bagitau. Anak aku diarrhea, kerongkong sedikit bengkak. Pahtu tengah doctor tengah check azriel still poo poo untuk kali ke6. Doktor tu bagitau , itu symptom biasa bagi diarrhea. 

Dan katanya lagi normal lah budak demam bila keracunan sebab die dah dehydrated. So doctor tu cakap nak amik darah lagi sebab katanya nak anta lab. Padahal baru 2 jam lepas MA adah amik darah die. Itu blom part nak cucuk cari urat. Giler vangang terase nak mencarut semua ada. Aku sendiri tak paham college mane atau institution mane yang ko grade untuk melayakkan ko menjadi seorang doctor. Adake patut tangan si azriel kiri kanan di cucuk2, dah lah cucuk boleh plak ko membela mengagau cari urat sudahnya jarum dalam daging aka bawah lapisan kulit nipis anak aku. Ko pandai buat ke tak ni. Aku masih kuat bertahan sebab aku lebih kepada yakin bahawa yang buat keje tu semua adalah expertise yang terlatih gittew… Tapi haram memang kecewa. 4 lubang kiri , 4 lobang kanan ko cucuk satu pun ko xberjaya cari urat. Bangkai betul..  Sudahnya husband aku berkeras untuk minta doctor sediakan katil untuk tempatkan aku dalam ward. Sebab kami tak yakin yang azril nak minum seleps tengok keadaan die yang makin lame menjadi jadi cirit birit die. So azriel di tukarkan masuk ke Zon Kuning (Semi Kritikal) ward observation sementara tunggu katil kosong mandangkan katil pagi tu penuh. Sementara tu azriel di beri ubat demam melalui montot (suppository voren 12.5mg). So kami ke ward Kuning.  Sampai sana seorang doctor laki tolong cucuk carikan urat. Kali nih bahagian kaki jadi mangsa. Syukur Doktor laki ni hebat skali je die cari urat kat kaki dan jumpa. Tengok azriel pun takda lah melalak meronta kesakitan sangat. So diorang sambungkan drip kat azriel memandangkan keadaan azriel yg dah makin kerap poo poo.

12.30tghari (15.03.14)

Dari 5pg sampai lah jam 12.30tghari ( 7 jam) azriel dibiar je dengar tube drip tu. Lalu lalang nurse duk berkeliaran kekonon bizi buat keje. Tapi azriel takda plak diorang buat follow up check up. Dahtu keadaan die makin tak tentu. Sampai habis pampers yang aku bawak boleh dikatakan dlm tempoh tu azriel dah poo poo dlm 11x ok. Ko gamak sanggup tak nak poo poo sebanyak tu. Mau2 tak boleh duduk guna bontot kot aku rase. Panas dia pulak makin menaik suhunya. Sekor nurse pun takda nak tolong tengok2 kan. Sampai lah aku tanya buat ape letak azriel kat sini. Jawapan nurse tu. Tunggu doctor kanak2 datang nanti. Tapi tak pasti jam berapa. Mungkin petang sikit, alas an doctor banyak keje. (woi ko ingat suhu anak aku yang makin mencanak naik ni boleh di tahan tahan ke) mintak aku sabar.. coii.. anak aku dah lebih 10x kot buang air. Sampai aku sendiri dah tak boleh beza azriel tu kencing atau poo poo sebab rupa najis die yang macam air sungai mengalir tu.  Geram jugak husband aku pun tanya lah satu nurse ni. Tak da check atau bagi ubat ape2 ke kat azriel memandangkan badan die makin panas, dan dia pun mula merengek, kesakitan (budak kalau sakit bukan tau nak cakap, hanya dengan tangisan jela mampu die tunjukkan keadaan die) dan aku kenal azriel bukan jenis anak yang suka menangis tak tentu pasal. Boleh plak si nurse sengal tu tanya soklan balik kat laki aku (“ anak encik demam ke”?) hah tak ke bangang. Giler la ko ni.. makan gaji buta ke hape?

Suasana Bilik selesa dan sangat privacy, cuma die tak sediakan katil ibu dan anak berasingan. Takpelah lagipun tengah anak aku duk sakit xsampai hati aku nak biarkan anak aku tido sorang2.

 Azriel yang masa ni mampu baring je..die punya montot takyah citer merah2, Pelapik biru tu untuk elakkan poo poo azriel melimpah. yelah sehari sampai 5x tukar cadar. sudahnya nurse bagi plapik ni.

Sudahnya aku dan husband buat keputusan bawak azriel keluar dari situ dan mula cari hospital swasta yang paling dekat dengan rumah. Syukur Alhamdulillah rezeki azriel Hospital Pakar An Nur Bangi ada kekosongan dan kami boking siap2 ward untuk azriel. Blom habis drama ni, Lepas dapat tau aku nak bawak keluar azriel baru lah nurse ngan doctor kat bawah tu kelam kabut cari doctor kanak2 untuk sahkan keadaan anak aku. Doktor kanak2 turun dan bagitahu kalau nak keluarkan anak aku diorang tak kan bertanggugjawab sekiranya perkara tak di ingini berlaku. Woii selama beberapa jam aku duk tercongok tunggu asstant dari nurse2 ko mcam2 boleh jadi kat anak aku lah. Sepatutnya ko kena bimbangkan yag itu. Doktor sendiri tak boleh pastikan anak aku sakit ape yang pasti diorang cakap azriel keracunan. Ish..ish.. SubahanAllah… apalah korang ni. Citer banyak takda trus aku ngn husband sain letter untuk kluakan azriel dan kami blah dari situ. 




Bagi aku cukuplah sekali pengalaman ngeri yang mane sampai mati aku takkan lupa how they treated my nyawa. Macam ko layan anak kucing yang tersepit kepala kat pagar skolah tau x? Memang aku takkan maafkan korang. Lantak lah.. hati aku serik dan kecewa dengan korang ok. Yer aku tau kerajaan kan? Murah..orang ramai..penat..doktor takda.. tapi boleh tak korang utamakan nyawa yang melibatkan bayi kecil. Dorang ni insane kamil yang memang tak tau ape, tak paham ape2…  Kalau anak korang macam mane. Dan aku tak maksudkan semua hospital ok. Kalau ikutkan 5tahun lepas aku penah jugak dating serdang hospital ni. Tapi time tu semua MA sangat bagus dan efficient. Cepat dan tau ape tindakkan. Masih lagi cuba berfikiran positif. Mungkin waktu tu nasib azriel tak berapa baik macam slalu.

Sampai Hospital An Nur Bangi , register dan trus jumpa Dr. Phia dan Dr Phiakan yang azriel mengidap jangkitan kuman dalam usus atau lebih familiar dipanggil ROTAVIRUS. Keadaan die sangat teruk berat susut dengan mendadak dan azriel dah tak aktif. Dr pun cakap azriel dah truk. Perut die dah kembang, sebab kembong. Huhu sedihnya
Ok Sampailah ke sesi rawatan selanjutnya, akan aku terangkan punca dan kesan Rotavirus pada tubuh si kecil. Jangan sesekali menganggap ia perkara remeh kerana penah terjadi kes sehingga melibatkan nyawa yer. So Sila baca dengan tekun dan selidik punca untuk rujukan kita bersama di masa hadapan ok.

Azriel hadapi waktu sukar pada hari pertama dan kedua, sebab die kerap poo poo sepanjang hari tu. Paling kurang die poo poo untuk sehari adalah sebanyak 18x. Giler lah mau tak melecet montot anak aku. Alahai kesiannya anak. Doktor mula on medication untuk rawat dia. Start masukkan antibiotic, smecta,BBG,dentanox,paracetamol,prebiotic dan akhir skali zink cream untuk rashes die. Dan dalam tempoh rawatan 10 botol drip Berjaya dihabiskan anak mommy ni. Kuatnya anak mommy melawan penyakit. Kesian die tak sanggup aku tengok. Nasib baik lah perkhidmatan dan layanan nurse kat situ sangat bagus efficient dan mesra pelanggan gitu. Bukan aku pertikaikan sebab ianya swasta, tapi dapat dibezakan bila waktu nak cucuk jarum tu. Takda lah plak azriel melalak kesakitan. Siap boleh layan Ipad citer Dibo the give Dragon lagi. Korang mampu?!.

Pampers tak yah citer 64keping pampers Berjaya dihabiskan dalam tempoh 41/2 hari. Itupun husband aku terpakse lari ke giant cari pampers murah untuk topup. Mane tahan 5 ke 10 minit sekali die membuang. Dan paling kesian dan terus rupa poo poo die dah xda bentuk sikit pun tak forming cam kebiasaan. Tak sanggup nak ingat bila sambil aku breastfeeding die, dalam masa yang sama die poo poo mengalir cam air kencing, banyak dan melimpah. Mane tak surut anak aku tu.
Tempoh Kritikal.

Aku ingat masa hari ke 5, azriel akan beransur kurang dan kononnya dah boleh discharge la. Petang tu die merengek nak tido so aku tido kan, nurse pun bagi siap2 ubat sume, aritu hari rabu, husband aku keje. Sementara azriel tido dapat lah aku mandi dan kemaskan sikit barang2. Dalam jam 8.30 malam tu, hati aku tak sedap, aku bangun dan intai azriel atas katil yang tengah nyenyak tido. Lame aku tatap die, makin lame aku tengok die macam lain macam, aku tengok tangan die dah gengam erat, aku cuba usik dan kejutkan die, tapi die tak hiraukan panggilan aku. Tangan die dah sejuk muka die tiba2 nampak sangat susut dan mata die cenkung ke dalam, memang aku cuak sangat2 laju2 aku tekan bell panggil nurse. Bila nurse check nurse tu cakap anak aku dah teruk. Kesan dari dehydrated buatkan die jadi camtu. Azriel  lansung tak bagi tindakbalas. Aku takyah citer lah. Hari pertama sampai ke 4 aku boleh tahan lagi. Sampai hari ke 5 tengok nurse dan doctor cakap anak aku tak stabil dan effection makin teruk, mau aku tak melalak. Tapi syukur sebab aku berada di klinik pakar kanak2, kita serah pada doctor untuk uruskan, diorang lebih tahu sebab belajar. 

2petang (21/03/14)
 
Alhamdulillah selepas sesi rawatan dan nasihat dari doctor. Keesokkan harinya azriel beransur pulih. Walaupun die masih poo poo dan bentuknya yg blom fully form tapi takdalah seteruk sebelum. Lega bagi aku itulah kenangan pertama dan terakhir dalam hidup kalau boleh.. tak sanggup dah nak tengok azriel masuk spital dan kena cucuk sana sini. Selepas 7 hari berhempas pulas azriel melawan penyakit, akhirnya doctor benarkan kami balik. Hureeyyy.. mommy happy dan tak sabar nak gemukkan balik anak mommy.

Terima kasih jugak pada doctor DR SITI ARBAIYAH BT MUN SARIKH,
B.Sc (UKM), MD (UKM), M.Med (Paeds)(USM),Consultant Paediatrician. 

Die punya kepakaran cara die tangani emosi aku dan terangkan dengan terperinci pasal rotavirus ni sangat2 bagus, die pun kalakar lawak sempoi. Kata husband bila pandang doctor ni, cam ustazah pun ada. Baik sangat dan peramah. Azriel pun sukakan die. Mau taknya azriel mintak nak dukung dengan die, siap lentok badan kat doctor. Bagusnya anak mommy ni. Selalunya azriel jenis yang suka pilih orang2 tertentu je die nak pegi. 

Thank you doc, Sebab tolong ubati anak saya, Yer saya tau itu semua keizinan dari Allah, tapi tanpa usaha dan doa serta bantuan nurse2 kat situ mesti azriel lambat lagi nak sembuh. Thank you mommy happy sebab azriel kembali pulih dan kami boleh balik.

Antara susu yang dicadangkan untuk bantu pulihkan usus azriel samada (yang dicadangkan doktor)


Azriel suka minum pediasure compared to Novalac. mungkin sebab rase manis dan vanilla kot. 

Minum dengan seleranya. Bagus cepat bambam anak mommy

  • Novalac AD Special
  • Pediasure Vanila
Dua susu ni adalah susu terbaik setakat ni untuk bantu kanak2 yang mengalami cirit birit dan masalah alahan pada lactose susu. Sebab susu ni dah ada semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh seorang bayi dan kanak2. Yer ia susu mahal, padan lah dengan kandungannya. Susu ni adalah lactose free dan siap dihadam, so tak perlu lah usus anak kecil bekerja kuat untuk digest food, memandangkan system pencernaan dan usus yang masih lemah di sebabkan jangkitan. Azriel sangat sukakan susu pediasure. Sekarang die mampu habiskan 21oz untuk tengahari. Malam cam biasalah susu gantung suda… Yang bagusnya susu pediasure ni. Azriel baru minum 3hari. Berat die dah increase 500g. Wow..besar bijik mata itam mommy. Syukur akhirnya azriel boleh bambam balik. Cuma dalam tempoh sebulan azriel xdibenarkan mkn solid food. Kalau pun die nak, aku hanya boleh suapkan die 5scoop je. Lebih2 doktor x bagi sbb usus masih lemah. Tu pun food die tak boleh pejal. Kena cair2 cam baru nak start bagi baby 6 bulan makan.


Ok jom balik mommy adik dah bosan duk spital lame2..


Jom kenali virus jahat ni dan cara pencegahan.

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yg menjadi punca utama cirit-birit teruk atau AGE di kalangan kanak2 di negara maju dan negara membangun. Ia juga dikenali sebagai pembunuh kedua kanak2 di seluruh dunia selepas radang peparu.
Jangkitan rotavirus  adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan.

Penyebab utama rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yg kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yg mengandungi rotavirus ke mulut serta makanan dan air tercemar. Virus ini juga boleh berjangkit melalui permukaan peralatan spt permainan, tombol pintu dan pinggan-mangkuk yg tak dibasuh dgn betul. Rotavirus boleh kekal selama beberaja jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di permukaan yg keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dlm najis individu yg dijangkiti.

Mengikut laporan WHO, seramai 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti rotavirus setiap tahun manakala lebih drpd 400,000 org pesakit maut kerana dehidrasi (kehilangan byk air dlm badan). Setakat ini tiada rawatan khusus yg boleh merawat jangkitan rotavirus .
* Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah.

Tanda-tanda Penyakit Rotavirus

* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak

Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit 

* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
Apakah vaksin ini selamat?
Terdapat dua vaksin rotavirus yang ada di pasaran, iaitu vaksin Rotarix (keluaran GlaxoSmithKline) dan vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co).
Vaksin Rotateq telah dibenarkan berada di pasaran pada tahun 2006. Sementara  Rotarix mendapat pelepasan FDA pada 2010.

Sebelum ini terdapat banyak laporan yang meragui samada pemberian vaksin ini selamat untuk bayi. Pada 16 may 2010 FDA US telah memberikan jaminan keselamatan bagi penggunaan vaksin ini.
Dalam kenyataan yang bertajuk “Rotarix Vaccine: Update to Clinicians and Public Health Professionals”, FDA memberitahu dalam ujian klinikal yang melibatkan puluh ribuan kanak-kanak dan berjuta-juta pengalaman yang dicatatkan sebagai clinical experience, kedua-dua jenis vaksin Rotarix dan RotaTeq adalah selamat digunakan.
Fatwa mengenai vaksin rotavirus

Sayangnya kedua-dua vaksin ini menggunakan dua jenis rotavirus, porcine circovirus (PCV1 or PCV2) yang berasal dari haiwan babi.

Maka satu fatwa mengenainya telah diwartakan dan boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-rotateq

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Dalam hal ini kedua-dua Rotarix dan Rotateq adalah haram kerana mengandungi unsur haiwan babi.
Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin Rotateq adalah tidak dibenarkan kerana pada ketika itu  ia dianggap tidak dharurat dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Kebanyakan ulama fiqh dari Mazhab Syafie berpendapat berubat dengan suatu yang najis adalah haram dan tidak harus.

Islam hanya mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan darurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan dari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)
Oleh itu fatwa itu memberikan kelonggaran jika negara benar-benar memerlukan vaksin ini akibat wabak cirit birit yang teruk melanda di kalangan kanak-kanak, dan jika tiada alternatif lain.
Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor sebelum mengambil vaksin ini. Jika seseorang itu berada di daerah yang mengalami wabak, sudah tentu terdapat keperluan mengambil vaksin ini.
Jika tidak, langkah berjaga-jaga harus diberikan. Pastikan bayi kita dijaga kebersihan dirinya, meminum air yang dimasak dan ibubapa juga harus selalu mencuci tangan bagi mengelakkan rotavirus tersebar menjangkiti orang lain.

Selain itu kita juga perlu    

  • Jaga kebersihan makanan agar tak dicemari 
  • Jangan kutip semula makanan yg dah terjatuh - kalau dah jatuh buang sahaja terus
  • Basuh tangan sebelum menyediakan dan menyentuh makanan
  • Kurangkan pemakanan mentah spt ulam-ulaman atau yg tidak dimasak
  • Masak makanan dgn kepanasan atau haba yg sempurna
  • Didih atau rebus air minuman sehingga benar2 panas - jgn minum air yg direbus setakat suam
  • Bersihkan perlatan makanan dan minuman sebelum guna, sebaik2nya dgn air panas
  • Pilih premis makanan yg bersih

Langkah berjaga-jaga

Kanak-kanak yang mempunyai demam yang rendah boleh mengambil vaksin ini. 

Walaubagaimanapun, jika ada keperluan memberikan vaksin rotavirus, haruslah berbincang dengan doktor. yang merawat.

Vaksin rotavirus ini tidak boleh diberikan kepada bayi/kanak-kanak yang mempunyai daya tahan yang lemah (compromised immune systems). Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalani penyakit berkaitan usus dan penghadaman.

Oleh kerana vaksin ini mengandungi virus yang hidup, maka penjagaan yang lebih harus diberikan ketika membersihkan najis dan membuang lampin anak yang telah diberikan vaksin. Dalam masa seminggu selepas diberikan vaksin, najis berkemungkinan mempunyai virus rotavirus.

Wallahu a’lam.

6 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

ahhh... terkejut momoy baca entri nih
azriel sayang. get well soon yer
sob sob
dear comot momoy nak puji cara dear tulis entry nih. sangat berguna dan informasi sangat pada org lain walaupun bukan pada momoy (tapi masa akan datang mana tahu kan. Amin doakan momoy dapat jodoh)

dan sambil baca momoy layan gambar azriel. walaupun sedih dan gelisah baca tapi tak boleh tahan dengan kecomelan azriel. cute sangat anak comel ni. tapi sian dia sakit. tapi sorry tau azriel sayang , momoy tak namapk tu sebab u comel sangat. huhu

dear jemput join GA. momoy bz 2 bulan ni tapi nak juga buat GA

ComelComot said...

Dear momoy sayang, long time no see, so susah nak chitchat ngn momoy.. lagi2 momoy makin bz kan skang huhu.
btw thanks dear pujian tu terlalu tinggi. xpandai mengarang cam mommy tpi rather to learn la.. GA tu ape dear. huhu (nampak x xpaham lagi bahase blogger ni..) huhu

.::: Princess MOMOY :::. said...

itu lah . momoy bz 2 bulan nih . huhu...mid of may baru free sikit
comel pun lama x update blog. hehe... kadang singgah sbb nak tgk comel & azriel
bestnya comel dah ada baby. comel pula tu. serius cute & putih macam ibu dia. arggghh gream sangat bila tgk gambar azriel nih.

ComelComot said...

yela slalu momoy jarang update dah tau mesti momoy tgh OS kan. Comel xsempat nak hupdate kadang2 setiap hari adalah bizi packed penuh ngn aktiviti semuapasal keje n anak huhu. memang rindu nak berblog rancak macam dulu tapi kena pandai bahagi kan masa. kalau tak camni lah asek bersawang je blog comel ni.

heheh semestinya comel pun xsabar nak tgk momoy duk dipelamin bersama bakal suami.. jengjengjengejng..sape lah gelaran tu kan?? hihi

hyde dea said...

bahaya nye....
selalu tgk situation yg mcm ni, bile nak bwk keluar pesakit , baruler doctor, nurse semua beriya-iya nak buat keje... kalau x, lenggang lengok semua... apa ler attitude mcm tu ..
patient bayar kot...(emo kejap )

ComelComot said...

ok mommy to be jgn nak emo sgt ..awak jaga kesihatan awk skng itu lagi penting.. xmo xmo stress2 kene ceria.

tapi xsemua nurse n doc camtu.. ada a few tapi ini pengajaran buat saya lah.. so next time awak dah boleh tahu apa vaksin yg perlu utk anak nt ok.