21 February 2014

Cradle CNY & Tea Party at 1919 Restaurant KL



 Tahun ni Cradle buat CNY event kat 1919 Restaurant. Cawangan Kuala Lumpur. Landmark pun senang kalau nak cari tempat tu. Dekat Jalan Yap Kuan Seng je..

Secara jujurnya aku kena katakan food kat restaurant ni sangat lah sedap. Rasa nak bungkus semua food tu bawak balik. Menyesal makan lunch kat B1. Disebabkan dah kenyang aku terpaksa makan sikit je masa kat restaurant 1919 tu. Maaf lah kali ni tak dapat lah aku post gambar food bebanyak dan memang tak da pun. Sebab nya aku on duty time tu, kena jaga registration untuk guest2 yang datang.

 Credit pic dari Cik Puan Adrena ( kan dah cakap aku memang tak sempat nak amik gambar semasa kejadian berlansung).

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Satu pujian untuk Yee sang di restoran 1919 ni memang sedap. Pada tahu sebelum aku dah try makan yee sang kat Westin Hotel KL. hurm memang tak sedap dan sedikit berair. Tapi yang 1919 Restaurant ni. sedap.. Puding kacang merah pun sedap. sedap sampai masuk mulut hilang dan masuk lagi hilang dan rasa nak makan tanpa henti. Sedapppnyaaaa....



Entrance yang santai rasa macam masuk rumah sendirik je..
Suasana dalaman yang sangat lah santai dan warnayang klasik. penggunaan mengkuang pada dinding dan siling buatkan sesiapa yang datang rasa sangat selesa untuk menikmati juadah.


Battered eggplant. Crispy without being chewy, juicy but not the slightest bit greasy. Antara menu popular disini. macam ubi sira je rasenya..tapi sedap sangat.


Bersama Cik Puan Hazwani Tajaluddin yang senyum gigi cantik .


Dan aku hanya mampu berkebaya nyoya memandangkan, cheongsam aku dan sangkut kat bahagian dada... huhu.. almaklumlah masih breastfeedkan.


Orang kuat yang menjayakan event ni. Serius ini kali pilihan tempat sangatlah terbaik dan food super sedap makan xpuas dan tapau bawak balik puding kacang merah . makan dalam kereta tak sempat sampai rumah.. Nampak tak. kekejaman di situ? Bawa balik food untuk asben tapi wife dah abiskan dalam kereta. KEJAM!! tak tahan sebab sedappp!!! Tq Kak Reen dan Team!!

Dari info yang aku tau 1919 Restaurant ni dibuaka setiap hari, Sesuai untuk lunch n jugak dinner

ada pakej ala carte dan jugak buffet. Klau tak silap Buffet RM60 hinggit per pack..


So stakat ni jela celoteh aku kali ni. Tak tau bila lagi sempat nak update untuk entry terbaru nanti.

bye... jumpa lagi di next entry ok.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!