15 January 2014

Sakan posing 3D Trick Art Museum kat Icity

Tricky action!!

1st time dan pertama kali sampai Icity. Yer jangan nak gelak memang sebelum ni tak penah pun sampai. Ini gara gara janji tinggal janji en suami nak bawa jejalan Icity masa zaman masih bujang. Tapi sudahnya dah beranak pinak barulah en suami lembut hati nak bawa kami. Creadit to Along sebab arranged kan sesi jejalan ni. Kalau tak memang susah sangat nak pergi. Mau je aku drive sendiri pergi kan? tapi macam tak syiok lah plak.

Tiket masuk sangat murah RM10 bagi dewasa dan percuma bagi kanak kanak dibawah 90cm. Hah! so makna katanya Azriel masuk secara PERCUMA!!. Ni tiket untuk Trick Art Museum ok. Harga untuk House of Horror dan Red Carpet lain yer. Untuk harga Red Carper RM35 bagi dewasa. House of Horror plak tak ingat nak tengok bape harga tiketnya.

Jom layan imej imej yang mampu buat korang kagum.. siyes tau.. tak caya..Moh ler kita...





        
Aku paling suka gambar ni sebab ape? . Sebab Azriel sangat membantu dalam melayan kegilaan si mommy.. Memang tak mampu di bedung sekali sangkut terus melayan..maapkan mommy ok.




Bersama ipar yang super duper gila weng2 dan sporting..






Kebahagiaan terserlah bila perut en suami kelihatan agak ketara, aku yang pregnant dan kembang die plak yang lelebih moncitnya..Takpe lah dad..cukup segala kasih dan sayang kan..ok lah tu.


So Selepas korang tengok gambar2 ni ada terasa kagum tak dengan aksi aksi yang aku buat ni. Yer kagum dengan lukisan diorang jugak kagum kan jugak ngan caa aku pose kan.? kan??

So nak tau camne nak kesana..



Waktu buka dan Bayaran Masuk

Muzium terbuka dari 11 am sehingga tengah malam (1 am semasa percutian).

kemasukan bebas jika anda telah membeli satu Waterworld @ tiket i-City.

Jika tidak, kos kemasukan RM10.

Pintu masuk bersebelahan bangunan Red Carpet Wax Museum

 Address :

XG 7, Jalan Plumbum X 7/X,
 Pusat Komersil Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
Malaysia ‎
+60 3-5566 1019 ‎ ·
 i-city.my

So nanti jemputlah datang beramai ramai ok. Tak rugi sebab memang enjoy ok....

Bye..bye..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!