23 January 2014

KOREA EPS 2


Seoul/Nami Island/Mt Seorak

Samsung Electronics – D’light Showroom

Lawatan ke kilang..eh..bukan kilang lah showroom Samsung. Tu dia punya canggih teknologi sekarang sampai tak terkejar. Jam pun boleh jadi hp jugak camera. Canggih x?

Samsung Electronics adalah perusahaan pembuat peranti elektronik terbesar di dunia, dan berpusat di Seocho Samsung Town di Seoul, Korea Selatan . Perusahaan ini adalah perusahaan Korea Selatan yang terbesar dan merupakan ikon dari Samsung Group, yang merupakan delegasi terbesar di Korea Selatan.

Samsung Electronics adalah pemimpin pasaran di dunia untuk lebih dari 60 produk, diantaranya adalah :

DRAM,SDRAM,Flash Memory, Hard Drive, Peranti Digital, LCD, Plasma, OLED, Electronics trap, Tv, DVD Player,Blue Ray player, Home Cinema, set-top Box, Proyektor, handphone.Laptop, Monitor, Printer laser, mesin Faxs, Mesin basuh Jam. Microwave, Vacuum alamak kalau citer semua mau berbuih mulut sebab banyak sangat lah keluaran Samsung ni.






 















Nami Island




Secara ringkasnya, Pulau Nami adalah sebuah pulau yang terletak di wilayah Chuncheon, dan diberi nama Nami yang berasal dari nama Jeneral Nami. Menurut sejarahnya, Jeneral Nami terkenal dengan sifat seorang askar yang terbaek dan sangat lah loyal kepada Raja Sejo (Raja ketujuh pada masa Dinasti Joseon)...maka tak heranlah beliau diberikan layanan istimewa dan disayangi oleh sang raja sehingga menyebabkan rasa irihati kepada sesetengah pihak . Jeneral Nami difitnahkan akan mengadakan pemberontakan dan akan menggulingkan kedudukan Raja Sejo. Sang raja yang termakan hasutan telah mengarahkan Jeneral Nami dihukum bunuh sewaktu usianya dalam lingkungan usia 27/28 tahun. Ternyata tuduhan itu tidak benar sehingga membuatkan sang raja merasa bersalah dan menghadiahkan pulau tersebut pada Jeneral Nami. Sahih ke tidak cerita dongeng ni kena lah buat research ngan en.google ok.

 Azriel yang sangat kepenatan dan behave sepanjang trip. Syukur sebab dia sikit pun tak meragam masa kitaorang turun naik bas dan walau naik ferry siap leh tido. Alahai bagusnya anak mommy ni..













Deretan dan koleksi flags seluruh Dunia. Hah nampak tak Bendera Malaysia tu..hah..pun hado.
 Hah lupa nak bagitau kebanyakkan pengunjung yang datang dan kerap ke korea adalah dari negara Indonesia dan Cina.  Padan lah aku tengok muka cam Korea tapi rupanya Indon tak pun masyarakat Cina. Kira Korea ni dah jadi tempat wajib diorang datang lah.


Keindahan warna daunan yang sukar digambarkan dengan kaa kata. macam lukisan pun ada. Cantik kan?

 Yang gambar atas ni monumen yang wajib sapa sapa saja bergambar sebab itulah simbol pulau Nami


Ok tentang Pulau Nami sememangnya aku tak tahu pun pasal Pulau Nami ni. Tupun hasil dari gossip mosip kakak kakak opis ni. Kata dorang dulu Drama Winter sonata shooting kat sini lah. Dan yang teruknya aku tak tau pun pasal drama Korea ni. Kata dorang drama ni best giler punya drama sampai sape tengok je. Kena standby skotak tisu untuk lap air mata dan air hingus yang meleleh. Perghh drama betul ek? Kak Adrena ada gak mintak aku tengok drama ni. Tapi tak timbul rasa minat nak tengok lagi. Nanti nantilah. Tapia pa yang aku boleh share kat sini. Permandangan kat pulau ni sumpah cantik. Indah sungguh kejadian Allah sebab setiap warna tumbuhan pokok pokok dan bunga bunga kat sana. Sangat lah cantik. Masa mula turun dari ferry tu tengok permandangan situ..tenangnya jiwa.



Shuttle Bus (From Seoul to Namiseom Island)



* Bus Stop
1) Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park
2) Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart

* Shuttle Bus Schedule:
Insa-dong, Jamsil Station → Namiseom Island: 09:30
Namiseom Island → Insa-dong, Jamsil Station: 16:00
※ Advanced reservation required. (Inquiries +82-2-753-1247)

*Fare
7500 won one way trip
15000 won two way trip
23000 won round trip+entrance visa to Nami Island+ferry ticket.

Subway (cheaper but more transits)
Please go to Sangbong Station (line no.7) and take Gyeongchun Line. It takes about 45 minutes to reach Gapyeong Station (1800 won one way). Get off at Gapyeong Station, take a taxi to Namiseom parking lot (travel time: 10-15min, 3000 won). Take the ferry from Namiseom Dock to Namiseom Island. (travel time: 5-6min)

Maklumat lanjut sila klik sini.

Untuk rate dalam Malaysia Ringgit kenalah korang tengok ikut currency semasa ok.

Kalau ikutkan banyak sangat lah gambar gambar kat kawasan ni. Aku memang tak larat nak upload semua. Sebab sesi gila gambar banyak sangat lah. So apa sahaja info yang aku post kat sini sikit sebanyak boleh lah korang imagine sendiri camne indahnya Palau Nami ni ok.

4 comments:

Zayani Zulkiffli said...

wah. bestnya! Planning nak pegi, tapi tak pegi2 lg.

Mira Cikcit said...

Bestnya! Harap dapat sampai sini satu hari nanti

ComelComot said...

Zayani. Insyallah planning kena ada. nanti senang bila sampai masa xcuak nak g sana sebab awak dahda info.
nanti adalah rezeki tu InsyaAllah

ComelComot said...

Amin saya doakan awak sampai sane nanti ok Mira.

Cuba Klik tengok apa jadi!