Apakah yang dimaksudkan dengan uri? Adakah berbahaya jika uri berada di bawah?






Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.




Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.



Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).



Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.



Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.



Risiko


Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.



Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.


Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.


Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.



Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.



Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.




Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.






Selamat





Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.



Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.



Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.




Kali nih, cuba merajinkan diri update tentang barang persiapan ape yang dah ako sempat sediakan untuk si kecil kami yang bakal hadir menyerikan lagi kehidupan kami berdua. Dulu selalu tengok akak2 kat opis tu je yang sebok2 shopping barang anak, dahtu kalau ako shopping barang budak pun hanyalah untuk adik paling kecik atau anak2 buah. Sekarang tak sangka sampai sudah turn ako. Baru lah ako tau camne kalut ributnya bila untuk kali pertama beli barang2 barang yang pertama kali untuk bayi sendiri.

Hah sepanjang nak adakan semua yang terpanpang kat gambar bawah ni, bukan ako main redah je beli, semuanya berdasarkan list- list yang telah ako sediakan masa bulan kedua tempoh pregnancy. Ini jugak ako dapat bantuan dari opismate ako Diyana, memandangkan veliau dah ada pengalaman dan dalam masa yang sama baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata yang ke-2. Tahniah babe!!!

So bila ako refer list-list tu tandalah ako membeli sebarangan barang yang sama berulang kali. Dan pulak en suami bukan jenis yang suka beli barang sikit-sikit seperti kebiasaan orang lain. Katanya takut nanti terbeli banyak kali. Ako setuju je, tapi kalau ikut logik baik beli sikit-sikit setiap bulan takdalah terasa sangat pengaliran duit waktu tu. Macam kes ako ni last-last baru nak beli ..hah amik ko senyum cuka lah bila membayar. baru ako tau barang -barang baby ni ternyata sangat mahal dari barangan orang dewasa. Baju new born pun, baju saje ok, dah RM17.90 itu pun selepas diskaun, fuhhh. Siap lah mommy/daddy pahni.hahahah....(tapi bagi ako dan en suami InsyaAllah selagi termampu ape ada hal bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri jugak.kalau boleh nak yang terbaik)

Setiap senarai yang dah ako beli, ako akan strike off so xdalah terbeli sampai 2,3 kali.


Inilah senarai yang menjadi rujukan ako semasa membeli.


:
:
:
:
:
:
:
:
Dan hasilnya...









p/s : Masih ada lagi senarai yang belom beli..insyallah tggu hujung minggu ni la plak.

Kejap masa berlalu, sampai lupa bila mula2 disahkan pregnant. Syukur rezeki dari Allah swt, setelah keguguran untuk kali pertama akhirnya Dia menggantikan yang lebih baik dan indah kejadiaan. Setiap detik dan waktu ako lalui dengan penuh rasa syukur. Tak sangka perut dulu yang leper cam lempeng, pinggang yg ramping bak tiang letrik sekarang bertukar cembung da macam liquid paper aka kanta cembong. Tapi takpe tetap perasan diri masih gorgeous walau ukuran bukan lagi dibawah par. Hahaha

Mengenangkan berat yang bertambah. Yer sekarang berat ako da cecah 68kg. Dan berat baby 1.2kg. Tuh dia... Sampai kena tegur ngn doktor supaya dapat mengawal kemasukkan nasi kedlm mulut. Dah xboleh makan manis,masin atau ais, dikuatiri akan menjejaskan diri ako juga baby. Taknak baby besar sgt nanti kesudahannya keluar ikut tingkap kang budak ni.

Nescaya itu ako telah memulakan diet ako untuk berpuasa nasi pada sebelah pagi n sebelah malam. Kata doktor itu sahaja cara yg bole kawal diri ako dari put some more weight.. Which is not good la untuk kami berdua. Sekarang ako akan makan roti 4kpg waktu pagi. Lunch nasi dan malam yogurt sahaja. Minum air suam atau air teh panas kurang gula( cam xda gula je pun ini en suami yg akan buatkan setiap kali nk minum air panas).

Sekarang jugak ako mula menglami sakit pinggang bahu jugak perut. Keaktifan bayi kami membuatkan mommy ya xmampu tido mlm. (ok ni muka da mula ala2 panda eyebag tebal sedepe) jenuh tenyeh concler.. Mmg xmnjadi pun sbb mata kuyu kalah ikan puyu. Xpelah sekurang kurangnya ako tahu baby ako sihat cargas lagi bijak. Mau tak bijak. Masa last check up kat Dr Getha baby siap lambai tangan lagi dahtu buat peace paling klakar baby buat jari2 ala2 tengah mengira. Pe lagi kecoh nurse n doktor gelakkan baby kami ni. Nakal tau..indah sungguh kejadianMu Ya Allah. Syukur Alhamdulillah...

Sekarang ape yang penting bagi ako adalah menghitung hari detik bahagia untuk melihat si pemilik mata bulat bercahaya dan sempurna insyaAllah. Doakan kesejahteraan kami anak beranak. Amin....





Salam sume, cam xpercaya plak skang kandungan ako dahpun berusia 29m1h. Bab size takyah lah cakap sememangnya ako dah berstatus mak buyong standard lah kalau body cutting dah kelaut.

Bab kandungan ako plak alhamdulillah sgt2 sihat dan terlalu aktif. Lasak memang tak hingat. Kadang kadang ako yang penat sbb baby terlalu aktif. Paling tak leh tahan pada waktu pagi bila baby mengeras, yer dan time tu jugak lah perut ako sampai senget dibuatnya. Pantang orang sentuh perut ako atau raba perut mesti baby akan tendang. Suka sungguh die men tendang tendang dalam perut ako tu. Mesti die tengah buat aksi akrobatic ke gimnastik ke tahlah, kata daddy die plak baby tu bakal juara olimpik dunia.hahahah...mane2 jela.

Bila baby dah mula membesar, sah2lah akan berat kadang kadang sakit pinggang ako huhu..trase sengal2 badan, sakit bahu lenguh2 sendi. Tapi takpelah adat lah orang pregnant kan?. Ako pun rajin balik kmpung jumpa bidan kampung minta urutkan badan n perut. Memang lega lah badan ni bila mak bidan tu usap2 urut badan ni. Lega rasanya. Hilang rase sengal2 urat2 bengkak kat badan ni. Lagipun bagus sebab mak bidan tolong betulkan peranakkan ako, yela kadang kadang baby kita ni jatuh duk bawah sampai effect kat kita rasa sakit tu. Pahtu dapat juga elakkan dari kandungan kita dari keluar sebelum tempoh ataupun baby kita tersepit atau terselit. Yer ini memang terjadi bila ibu tu terlalu aktif atau terlalu penat. So dengan urutan tu dapat membantu lah betulkan kandungan ada dalam kedudukan yang sesuai dengan usianya.

Harapan ako semoga baby sihat dan cergas, juga sempurna. Aminnn.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Team building untuk 3hari 2malam kat sini.



Tengah mabuk kepayan dengan lagu ni...tak penah lagi ako rase sejiwang lagu ni..hukhuk sangat2 tersentuh la lagu die..nak2 bila layan drama TV3 setiap minggu jam 7petang.


Sup..sup..itulah yang terjadi kepada kitaorg laki bini. Pelik heran bagi aku sbb yg pregnantnya ako. Tapi yg mengidam lebih adalah en suami.
Nak di jadikan topik post kali nih adalah pasal sup. Sup siam..perghhhhh dengar cam layan lentok baik punya, tapi aku dah tak sanggup nk mkn telan apetah lagi hidu. Suami mengidam kat sup ni sejak awal bulan lepas. Dan boleh dikatakan hari2 aku masak sup untuk dinner. Bukan sup kosong tau. Buat sup siam tapi gilir2 la. Malam ni sup tulang. Sok sup daging.lusa sup ayam tulap sup cendawan. Tak cukup ngan itu siap die bawa bekal pegi keje. Makna kata gigih la aku bangun pagi siapkan bekal untuk die. Fuhhh. So dlm sebulan ni itulah menu yang akan aku sediakan untuk en suami. Dan itu adalah permintaan veliau. ( uiks sape peknen ni?) Kompius jap..
Tak kisah lah sbb sekarang aku dah boleh masuk dapur. Lega rasanya bila masak dgn tangan sendiri dan dapat tgk en suami makan berselera siap bertambah. Penat kacau sup td hilang..

terima kasih datang singgah