Korea Eps 1

by - December 24, 2013

(6 December - 11 December 2013) Destinasi percutian kali ini tahun ini adalah Korea yer Tuan Puan. Yer Kampung halaman si Lee Ming Hoo ataupun Jo in Sang kalau gamaknya korang tak kenal jugak Tempat tinggal ahli keluarga Running man. Hah!! Dan dan je trus ingat kan..mentang-mentang lah rancangan tu fofuler.
Bertolak dari KLIA airport pukul 12 tengah malam, penerbangan mengambil masa dalam 5jam, Dan akhirnya sampai di Incheon Airport pukul 7.10pagi. No Flight yang aku naik masa tu KE672 (Korean Airline) Semestinya stewardess dorang cun melecun kulit putih mulus lagi licin tinggi dan jugak kurus ramping. Baru naik flight dah fefeeling Kpop.

Sampai je kami di sana disambut mesra oleh oppaonni tour guide yang bakal jadi our navigator sepanjang tempoh percutian. Miss Ahjuma Miki and lagi sorang mamat kpop tu tak hingat nama dia ah tapi muka memang jambu lah. Hah baru ingat oppa Ricky. Quite handsome la jugak.

Breakfast dulu dengan donut dan juice dan seterusnya kami dibawa berjalan




Gyeongbok Palace 




di mana istana terbesar dan utama diantara 5 istana lain. Dan  National  Folklore Museum. Untuk sampai ke sana pakcik bas tu bawak kitaorang jalan jalan pusing Bandar Seoul pass by Presidential Blue House. Aduhai tak boleh nak kata apa apa sebab permandangan kat sana sangat lah cantik, dengan suhu sejuk boleh tahan dan warna pokok pokok dan daun daun kat sana merah dan kuning keemasan buatkan sesiapa yang tengok akan terpegun. Terdetik terus kat hati ni alangkah seronoknya kalau Malaysia ada musim macam ni. romantic view.
Lunch kami makan kat Halal Restaurant (style India Buffet) Dah kenyang kenyang kami terus lah check in Hotel. (Soeul Palace Hotel 5*****). Setelah itu bermula lah journey kami ke destinasi yang bakal aku ceritakan.

Kimchi making class.



Best jugak sebab akhirnya dapat lah kiranya aku belajar cara penyediaan kimchi, selama ni duk gila layan korea movie memang lansung lah tak tau macam mana kimchi di sediakan. Kimchi lebih sinonim dengan kobis bunga yang mana cara penyediaannya memerlukan tempoh tuaian. Makna kata kobis tu di basuh dan disapu dengan rempah ratus yang pedas menyengat semuanya dan diperam sehingga matang. Dan aku dapat tau lagi lame ia di perap lagi sedap rase kimchi tu. (memang budaya masyarakat korea segala sayur ikan atau ape sahaja diperap berbulan bulan atau makan tahun) menjadikan ia makanan asasi mereka. Bayangkan akar pokok pun boleh dijeruk,perap untuk dimakan. (hebat). Dari segi rasa aku sangat suka sebab ada rasa pedas pedas. Kira kena tune lah ngan lidah aku yang sukakkan makanan pedas.

Hanbok




Pakaian tradisi masyarakat korea, cantik dan sopan je baju diorang, inilah pengalaman pertama kali dan tak kan dilupakan  sebab boleh sarung Hanbok ni. Azriel pun dapat sarung..heheh so cute..(puji anak sendirilah plak). Asal usul Hanbok (Korea Selatan) atau Chosŏn-ot (Korea Utara) adalah pakaian tradisional masyarakat Korea. Hanbok pada umumnya memiliki warna yang cerah, dengan garis yang sederhana serta tidak memiliki saku. Walaupun secara umumnya "pakaian orang Korea", hanbok zaman kini "pakaian gaya Dinasti Joseon" yang biasa dipakai secara formal atau semi-formal dalam perayaan atau festival tradisional.
Setelah selesai kami ke

N Seoul Tower





N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan observasi yang dibangun di atas Gunung Namsan di pusat kota Seoul. Dibangun pada tahun 1969 dan terbuka untuk publik tahun 1980. Menara ini sudah menjadi simbol untuk Seoul, dengan tinggi 236,7 meter (777 kaki) atau 479,7 meter (1,574 kaki) di atas permukaan laut.
Menara ini juga disebut dengan nama Namsan Tower atau Seoul Tower. Setelah pemilik aslinya merger dengan CJ Corporation, maka namanya diganti jadi N Seoul Tower (nama resmi CJ Seoul Tower).

You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.