11 October 2013

Pertama Kali demam selepas injection dose ke5


Sayang mummy demam buat pertama kali, alahai kesiannya asyik merengek je dia. bila duk rumah kak nor mesti kak nor bagitau yang die taknak menyusu pahtu cracking macam tak selesa. So bila kak nor call minta aku balik trus aku bergegas balik. syukur mintak tolong budak office hantar aku balik sebab kereta aku tinggal kat taman rumah kak Harlida sebab setiap hari aku carpool dengan dia.

Bila check suhu die 36.5 darjah. Sebagai seorang ibu yang baru je dapat anak memang gelabah lah bila anak demam. pergi klinik rupanya Azriel demam sebab dapat injection untuk 5bulan. Mana lah aku tahu bantai bawa dia inject lepas balik dari family day. Rupanya ada pantang gak kalau nak hantar anak injection untuk monthly dose, kena bawa masa hari cuti tu pun kena lah bagi seminggu selepas trip ke mana mana destinasi. Ini bagi memberikan bayi kita ketenangan dan rehat yang cukup, yela kesian anak kita penat penat ikut kita travel tiba tiba kena inject plak ngan doktor. Demam lah dia. Merengek je anak mummy.

Jadi satu kehairanan pada aku tiba tiba Azriel tak berpeluh, sebab Azriel ni jenis yang kuat berpeluh tapak tangan n kaki dia akan basah sebab berpeluh. mungkin sebab dia demam kaki tangan die semua panas, apa lagi aku call Dr. Getha yang memang doktor panel untuk jaga kesihatan kami sekeluarga. Dr arahkan aku kerap basahkan kepala azriel dan lap tubuh die. Paling terbaik biarkan azriel dalam aircond dalam suhu yang rendah. alhamdulillah berjaya. Azriel demam dalam 2 hari setengah je. pahtu sekarang dah ok dah. Lega rasanya bila anak kita kembali senyum dan ceria.









0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!