2 October 2013

Pertama kali bercuti bertiga Mummy+Daddy+Azriel = IMPIANA CHERATING

Sepanjang kelahiran Azriel ini adalah percutian pertama baginya. Yer dan kami bertiga bersama ke Cherating Pahang.

Impiana Cherating destinasi Cradle Family Day ( company aku)bagi tahun ni. Dan sesuai dengan tema percutian "FAMILY DAY". Alhamdullilah berkesempatan lah aku bawa anak tahun ni. Tak sangka dah masuk 3 tahun bersama Cradle, dari awal penglibatan aku dengan syarikat dibawah naugan MOF ni. 1st year family day aku adalah sebagai seorang yang bujang, tahun ke dua pulak aku dah kawen dan ini adalah tahun ketiga. Memang cun2 aku akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata dan kami sekarang bertiga. yeahhhh aku sangat happy.

Perjalanan mengambil masa dalam 3jam lebih sebab 2x buat pit-stop untuk solat dan refill minyak. Nak kata bosan sepanjang perjalanan takda lah sangat sebab Azriel pun behave je dalam carseat. tido sepanjang perjalanan. mungkin sebab selesa kot. kalau ikutkan memang dah serasi dengan carseat sebab setiap pagi hantar umah makngah kan?. aku apa lagi anak tido mak pun same lah tumpang tido walau hanya tido tido ayam.


  Apa pandang pandang daddy camtu ..cam gangster tau..hahahha

Kitaorang bertolak dalam pukul 10.30pagi  camtu lah dan sampai sana dalam jam 2petang sharp. sampai sana  kitaorang dapat bilik special sebab bagi kami yang berkeluarga keselesaan anak anak sangat lah penting..weeehooo " Superior Deluxe Seaview" harga dalam around RM700++ tapi sebab kami datang satu group dapat lah diskaun corporate price dalam RM400. Bila masuk bilik tu pertama kali. wah kau terasa cam kat umah sebab besar betul ruang legar bilik tu dengan permandangan laut dari lua tingkap...alahai damainya..



Jom layan gambar bilik yang sempat aku snap












Oh lupa juga di sediakan babycoat yer supaya mummy dan daddy boleh geli geli. maihahahahahah..

Agenda petang tu hanya free and easy saja. So kitaorang just lepak dalam bilik sebab penat kot. Belah malamnya baru lah ada aktiviti BBQ. Dalam pukul 10malam ada aktiviti melepaskan anak penyu. Aktiviti ni aku tak join sebab keadaan masa tu gelap dan aku pulak ada anak kecil sangat lah tak sesuai kan.

Hari kedua aktiviti bermula dari jam 10pagi. Biasa lah kalau dah join family day mesti lah ada aktiviti sukanneka. yang mana hanya en suami tolong wakilkan aku. yela aku kan sebok jaga anak.


sampai tertido ini budak nyaman sangat lah tu


nampak tak hero aku punya santai cam taiko kecik je. memerhatikan daddy dari jauh melaksanakan games yang organizer buat. 
Sumber gambar game ni dari fb kak reen sebab aku memang tak sempat nak snap time ni Azriel merengek nak tido.

Settled game semua kitaorang makan lunch dan balik lepak bilik. berehat sampai lah petang en suami keluar join men sukan pantai dengan suami2 office mate lain. aku hanya lepak bilik sebab Azriel masih tido tak sampai hati nak kejut. lagipun sebelah malam nya kami ada Dinner lah


As the theme for this year’s family day dinner is Asian Film Festival, we CROCS need your votes for the awards. I will place the voting slips on everyone’s desk tomorrow. One (1) vote per person only. Voting will be closed on 4th Sept 2013.
Thanks!

1.    Pelakon harapan terbaik
Miza, Nana, Sam, Zam, Dani, Linda, Razak

2.    Penjaring gol terbaik
Ilham, Hafiz, Eizzar

3.    Anugerah pembeli-belah terbaik
Dalena, Eliza, Farah Wahidah, Diyana

4.    Audio terbaik
Rais, Sha, Su, Harlida

5.    Anugerah mentor terbaik
Munir, Salihin, Azman, John

6.    Anugerah cerekarama terbaik
Syaz, Adrena, Andi, Comel

7.    Anugerah pelakon seram terbaik
Hairry, HT, Hazel, Ju, Azlin

8.    Anugerah dialog terpantas
Lina, Hanim, Akhir, Rhina

9.    Anugerah pantry terbaik
Gene, Kogge, Wan Azwan, Ishak

Nampak tak aku pun tercalon tapi tak berjaya hahahah....

So untuk Dinner malam tu aku pilih watak keluarga legend cina kungfu "Fong Sai Yuk"

tadaaa...out #ootn#


 Tengoklah hero aku tu. owh ye lupa nak mention kenapa Azriel pakai sampai 2 topi sebab topi cino kungfu tu longgar so aku cover guna topi die lah untuk senang muat.

malam tu dinner habis jam 12.00 malam. dan untuk tahun ini lucky draw yang aku dapat adalah..


huhu aku aku aim benda lain dapat benda lain takpe lah, grand price die pun hanyalah iphone5 aku tak minat tapi 2nd grand price Samsung S4 memang menagis gak lah sebab aku tak dapat. Takpe takda rezeki.

Hari ke tiga adalah hari terakhir pagi tu bangun tido kami breakfast  pahtu turun lepak kat pantai kejap tengahhari kitaorang gerak balik.




Rate yang aku mampu bagi untuk Resort ni 3.5 jela kot. sebab accommodation memang best cuma resort ni tak friendly stroller, jenuhlah aku ngan en suami duk pikul kiri kanan sebab kat sane takda lif semua tangga. lebam ko..huhuhu...tak sesuai untuk family pasangan yang ada anak kecik. tapi untuk pasangan yang baru kawen andaikata nak honeymoon sambil ehem ehem memang sesuaiiii sangattt...




2 comments:

amy jeff said...

x kisahlah kat mana pun kita ada, asalkan kita dengan family kita, itu cukup best dah. ^^

p/s : your son is soo cute >.<

ComelComot said...

betol...stuju sgt padahal hari2 balik keje saya lepak dlm bilik je ngn anak teruna saya..yer sgt2 best.

tq2..

Cuba Klik tengok apa jadi!